JellyPages.com

Friday, April 2, 2010

teruskan tersenyum~

assalamualaikum w.b.t..lately,makin banyak assaignment pulak yang datang..di tambah dengan nak edit tesis lagi..sedikit bercelaru dan tertekan.senyuman boleh mengurangkan tekanan di samping menjadi rahsia awet muda dan sebagai sedekah..oleh itu,jangan berhenti dari tersenyum dan bacalah entri ini dengan senyuman:D



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.  Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang seorang.

5 comments:

Fetty Bom Bom said...

u've made me smile after a long bad day.thanks friend.

Sri A'jilah Mohd Samsir said...

welcome:D
wats wrong dear??do share wif me..sy tak kuat utk melihat kwn sy menanggung sedih seorg diri~

Qqiu said...

huhu..malu saye...(berlaku dpn mata)

Sri A'jilah Mohd Samsir said...

xpe2..perkara ini akan sy rahsiakan:P

Anonymous said...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.