JellyPages.com

Wednesday, April 28, 2010

exam mode

salam jihad kawan2 sekalian (^_^)
alhamdulillah, hari ni selesai sudah semua paper:D dengan izinNYA selamat lah 3 tahun saya menjadi pelajar jurusan genetics.. Bismillahi tawakkaltu 'alallah..dengan nama Allah, aku bertawakal kepadaMU..amin

selesai je paper human and medical genetics tadi, sorang kawan saya kol..meluahkan ke 'frust' an beliau terhadap paper yang diambilnya..siap nangis2 lagi..saya pun jadi serba salah..beliau nampak sangat frust..satu je yang saya bagi tahu kat beliau..kita dah usaha, so selebihnya kita tawakal la .. teringat pesanan sorang kawan..yang membezakan kejayaan seorang muslim dan non muslin adalah pada tawakalnya..tiada istilah tawakal bagi non muslim sebab bagi mereka semuanya datang dari usaha mereka sendiri..kalau mereka berusaha,selayaknya la mereka berjaya..
ini tidak berlaku kepada seorang muslim..setelah berusaha dan berdoa, kita perlu bertawakal..bertawakal kepada Allah dengan menyerahkan segalanya pada DIA..apa pun yang kita dapat selepasnya adalah di bawah kehendakNYA jua..alangkah indahnya jika kita sentiasa menggantungkan harapan padaNYA..


kita akan belajar bersungguh-sungguh dengan harapan supaya dapat result best, mudah dapat kerja tapi kita tak niatkan pun fi sabilillah..sebab tu la bila result kita rendah, kita akan kecewa..kita mengeluh..kita jadi patah semangat..kalau kita tawakal padaNYA, insyaAllah perasaan2 macam ni dapat dibendung...
 kadang-kadang kita selalu terfikir..kenapa la mereka2 yang tak study sangat tu boleh je dapat result best tapi kita yang berhempas pulas ni dapat banyak tu je..kita pun mula la tak puas hati..berwaspadalah dengan perasaan tak puas hati tersebut kerana kita seolah-olah tak puas hati dengan ketentuan Allah..moga2 dijauhkan perasaan ini dari kita..

lain pulak halnya bila meniru ni..saya tak pernah nampak orang meniru depan mata saya..tapi ada kawan2 yang menyatakan ketidakpuasan hati  mereka pada si peniru..banggakah kita kalau dapat result cemerlang hasil peniruan kita tu??berjaya pada nama sahaja tidak seindah dan tidak semanis berjaya dengan disertakan usaha yang bersungguh-sungguh, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal dengan bersungguh-sungguh..kita sedia maklum bahawa doa adalah senjata utama kita..jadi kenapa kita tak menggunakannya..sama-samalah kita berusaha untuk meletakkan Allah ditempat pertama..peperiksaan itu adalah umpama perjuangan..selagi tak habis masa menjawap janganlah kita menyerah dengan meletakkan pena di sisi..mana lah tau,saat-saat akhir pula kita mendapat ilham untuk menjawap..sebab tulah perlunya berjuang sehingga ke titisan pena terakhir^^

harapan bukan satu bebanan..tetapi satu perjuangan yang membuatkan kita bangun setiap kali terjatuh~

lepas ni tak tau bila lagi boleh sit exam..nak kerja dulu then baru sambung master..insyaAllah..mohon doanya:D

4 comments:

manna_salwa said...

salam..
setuju.. :)
usaha+doa+tawakal=kejayaan
(insyaAllah)
semoga berjaya dgn cemerlang kak..
^_^

Sri A'jilah Mohd Samsir said...

w'salam:)
terima ksh ats doanya^^
moga kejayaan jd milik bersama..aminn

Qqiu said...

rindu...semoga dapat sit exam lagi cik sri...

Anonymous said...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.