JellyPages.com

Thursday, April 8, 2010

sedikit petua^^

salam 'alaik...alhamdulillah hari ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas yang membolehkan jantung kita menjalankan proses pengepaman darah untuk mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan kita.. syukran Ya Rabb:D semoga hari ini lebih baik dari semalam..aminn
 
hari ni, semua assignment berjaya di hantar..lega lah sikit sebab boleh fokus untuk exam pulak. walaupun demam exam dah mula terasa tapi entah macam mana sempat pulak buka blog Dr. Fadzilah Kamsah..terjumpalah petua ini...


ye kawan-kawan..petua mencari pasangan^^

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
ulasan saya: mungkin maksud kat sini, pasangan kita itu adalah orang yang kita kenal..orang yang kita kenal tapi berada jauh dari kita (contoh: belajar di Amerika-->asmalina,anda adalah contoh terdekat) juga dikira sebagai orang yang dekat dengan kita..kerana saya tidak mendefinisikan "jauh" itu sebagai jarak.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
ulasan saya:selalu je saya dengar orang cakap.."ala,kalau dah jodoh, tak kemana.."saya rasa itu tak berapa tepat..kalau tak usaha dan tak bertawakal boleh dapat ke??orang lama pun ada cakap "yang pipih tak kan datang melayang,yang bulat tak kan datang bergolek." haa see??kalau goyang kaki je, tak datang rezeki tu..

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
ulasan saya: pantang maut sebelum ajal..(ringkas dan padat)

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
ulasan saya: kita ni selalu nak sesuatu yang baik.tapi kalau kita sendiri tak baik (mungkin dari segi akhlak) macam mana kita nak dapat pasangan yang baik..Allah pun dah janji.."perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
ulasan saya: marilah kita bersangka baik dengan orang-orang disekeliling kita. husnul- zhon (bersangka baik) ini boleh membuatkan kita rasa selesa dengan orang-orang di sekeliling kita. hati yang baik itu, pasti akan dimiliki oleh orang yang mempunyai hati yang baik juga (^^.)

sebarang petua-petua  lain boleh la ke blog Dr. Fadzilah Kamsah :D

tak tahu kenapa buat entri ni..tapi boleh diaplikasikan kn?? (^_^)/

8 comments:

t.a.y.n.s.a.b.r.i said...

saya kena lebih usaha cmni! haha! :P

@sm@lin@ said...

saya ada terbaca nama saya di sini...ihik3 :p

Sri A'jilah Mohd Samsir said...

tayn: teruskan usaha tayn (^_^)/
ahaha kalau dah ada bunga2 jgn lupa bgtw sy tw:P

asmalina:ofkos la nama awk ada:P
semoga kekal sampai akhir hayat~ khwn nanti jgn lupa jemput sy:)

t.a.y.n.s.a.b.r.i said...

haha! bunga2 ape sewi? hehe..
jgn risau, betol2 dah confirm, aku kecoh satu dunia. ok? hahaha!

Sri A'jilah Mohd Samsir said...

bunga2 ape??lagi mau tanya ke??ehehe
baik tayn!jgn lupe sy tw^^

@sm@lin@ said...

kan saye dah kate, kamu akan dpt VVIP punye jemputan..haha takdatang SIAP!!

Sri A'jilah Mohd Samsir said...

wow awk ni garang la..i like~~
sy nk mkn kt meja pengantin tw..kalau dpt jd pengapit pon best jg:P

@sm@lin@ said...

ahahaha kalo nak jadi pengapit awk kne pakai bju yg xcantik drpd saye tau.nati org pndang awk.xnak pndg saye XD