JellyPages.com

Thursday, August 18, 2011

kembali

Salam 'alaik..


Semalam, 17 ramadhan bersama dengan peristiwa nuzul Quran saya dikejutkan dengan berita kematian abang kepada tunang saya. Arwah baru berusia 26 tahun. Kembali menghadap Ilahi hanya kerana gastrik. Sedih? Tentu sekali. Arwah banyak membantu saya sudah tentu saya turut merasai kehilangan  walaupun arwah bukannya saudara rapat saya. Apa yang lebih menyedihkan arwah bakal menikah hujung tahun ini dan segala persiapan pernikahan juga telah dilakukan. Walaupun begitu, kematiannya mudah.Sakit yang sekejap lantas rohnya di bawa pergi. Bertambah barakahnya kerana pemergiannya adalah pada bulan ramadhan.






Begitu singkat perjalanan seorang pengembara di bumi Tuhan. Kullunafsin zaiqatul maut (setiap jiwa pasti merasai mati). Benarlah janji Allah ini. Jiwa kita ini milik Tuhan, dan sampai masanya kita harus memulangkan kembali kepada Al-Haq. Kesedihan saya menjadi bertambah berat apabila memikirkan soal diri. Soal kekhilafan diri. Banyaknya kesalahan yang saya lakukan, banyaknya larangan Tuhan yang saya abaikan. Andai nyawa saya diambil sekarang, apakah yang akan saya bawa sebagai bekal?? Ketakutan dan kesedihan memberat dipundak. Usia semuda ini, apakah yang akan saya persembahkan pada Al-Khaliq? Adakah amal saya seberat dosa yang telah saya lakukan? Jiwa saya berkecamuk memikirkan maut. 





Kematian tidak tertunda walaupun sesaat! Benar sekali. Ia menjadi peringatan buat saya. Siapa tahu akan ajalnya? Mungkin kita tampak sihat dan bergaya tetapi entah esok, entah sejam, entah seminit, entah sesaat nyawa kita diambil oleh pemilik sebenar segala roh.

Saturday, August 13, 2011

Sila Tabah!


Salam 'alaik..


Tiba-tiba terasa malu pada diri sendiri. Betapa lemahnya saya apabila berdepan dengan ujian Tuhan. Baru diberi dugaan sedikit, hati saya sudah goyah. Ingin sekali saya meresapi semangat Muhamad Hairuman Miskon.

Saya petik keratan berita ni dari harian metro 11 ogos 2011:

SLIM RIVER: Biarpun dugaan dihadapinya maha hebat apabila kedua-dua tangan dan kaki kiri dipotong akibat terkena renjatan elektrik November tahun lalu, Muhamad Hairuman Miskon ternyata anak muda berjiwa kental apabila tetap berkeyakinan tinggi untuk meneruskan kehidupannya.




“Saya tidak menganggap dunia sudah berakhir, sebaliknya berasa diri bertuah kerana masih ‘dipinjamkan’ Allah sebelah kaki lagi untuk meneruskan kehidupan.Saya juga tidak rasa bernasib malang kerana sedar ramai lagi insan di dunia ini nasib mereka lebih malang,” katanya.


Muhamad Hairuman berkata, dia juga bersyukur kerana dikurniakan kakak dan abang ipar yang bekerja keras untuk memastikan dirinya mendapat rawatan dan pulih seperti sedia kala.




****************************************************************************************


pengajarannya mudah! betapa beruntungnya kita yang masih punya anggota yang lengkap.Tapi kita sering merungut malah sering sahaja menggunakan pancaindera kita pada perkara yang tak sepatutnya. Saya sungguh terkesan dengan ayat mangsa. betapa beliau beruntung masih dipinjamkan Allah sebelah lagi kakinya. Kita yang lengkap kedua belah kaki ini, adakah kita bersyukur? Kita masih punya kedua belah tangan, adakah kita bersyukur? Bagaimana cara kita bersyukur? adakah dengan cara mendedahkan aurat itu sebagai tanda kita bersyukur? Adakah dengan cara meninggalkan solat itu bukti kita bersyukur? Adakah dengan cara kita merungut sewaktu diberi ujian itu menjadi bukti kita telah bersyukur? Tepuk dada, tanyalah iman.


Benar sekali. Allah memberikan segalanya percuma buat kita. Udara yang kita hirup ini adalah udara percuma. Bumi yang kita pijak ini adalah percuma. Pancaindera yang kita miliki ini adalah percuma. Percuma buat kita kerana pemilik mutlaknya adalah DIA. Terlalu banyak nikmat yang dipinjamkan, dan bila-bila masa sahaja nikmat itu boleh ditarik kembali. Mungkin nikmat penglihatan atau mungkin juga nikmat pergerakan. Siapa tahu apa yang akan berlaku hari esok. BERSYUKURLAH sebelum terlambat!














saya merenung tangan sendiri. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya menghadapi hari2 mendatang tanpa jari jemari ini. Apatah lagi tanpa tangan! ya Allah, hamba bersyukur. Benar2 bersyukur..Jangan palingkan hati hamba dari bersujud dan bertasbih padaMU. Hamba mohon dengan sangat~

Monday, August 8, 2011

RODA HIDUP KAT BAWAH!

Salam 'alaik..


Pantas betul masa berlalu. 8 Ramadhan telah menjengah. What????Oh, memang cepat. Banyak lagi lab work yang perlu diselesaikan.  Kenapa cepat sangat waktu berjalan ni? (tapi sempat je update entri.ape cite?? ahaha). Saya tak pernah cerita kisah hidup saya di blog ni. Segan barangkali. Ye, saya hanya insan biasa yang hidupnya hanya biasa-biasa tanpa sedikitpun perkara luar biasa berlaku.






Seperti insan-insan biasa yang lain, roda hidup saya juga berputar. Dan pernah satu ketika, roda saya itu berada di bawah! ditahap yang paling BAWAH. Nangis? tu jangan cakap la. Setiap kali solat, setiap kali bercakap konfem nangis. Kuat nangis ke saya ni? Oh tidak sama sekali. Saya yakin saya adalah perempuan berhati kental diadun dengan sedikit ciri-ciri kelembutan (nampak beno nipunye).Tapi, memang sungguh2 saya terasa sukar. Seolah-olah saya tersalah pilih jalan. Orang sambung master, kite pun nak sambung master. Sekarang, hamik kau! macam nak pecah kepala. Ahahahaha.. Terasa macam nak quit tu memang tak boleh tahan dah. Saya terlalu menyesal dengan jalan saya sekarang ini sehingga saya berperang dengan perasaan sendiri. Berdiri di atas jalan yang salah adalah perkara yang menyakitkan. Saya terasa sakit. Tapi saya berusaha sembunyikannya dari mak abah. Inilah kesilapan terbesar yang saya buat. Saya sembunyikan semuanya dari mak abah. Konon2  balik rumah muka nak ceria je kan? tapi, ibu bapa tu memang tau tabiat anaknya dengan baik. Mereka terkesan kelainan pada intonasi suara saya. Ya, seperti orang yang putus asa dan kesal. Belum mula cerita lagi air mata saya dah mengalir deras macam air terjun! tapi bile dah cerita semuanya kt mak abah, Ya Allah memang lega yang tak terkata. Their words of wisdom really touch my soul :) Then, I realize. Saya tidak tersalah pilih jalan. Di sinilah rezeki saya. Dengan duit ini jugalah saya memberi mak abah duit belanja walaupun tak banyak. Apa lagi yang saya mahu Tuhan berikan? MasyaAllah, nikmat yang Allah beri kepada hambaNYA selalu melimpah ruah tetapi kita sendiri selalu terasa ianya tidak mencukupi. Tepat sekali nasihat  mak dan abah, REZEKI ALLAH ITU TERTEBAR DI MANA-MANA. PASTI AKAN ADA REZEKI UNTUK KITA DAN YAKINLAH DI TEMPAT KITA BERDIRI ITULAH REZEKI KITA.


So, sekarang memang saya sedang gigih menjalankan research saya. Nanti kalau dah kahwin, tak payah la nak spend masa lama-lama kat lab.Ok gatal! abaikan~ahahaha..Oh nampaknya saya semakin selesa menjalankan lab work dengan penuh dedikasi walaupun result tak berapa best. Saya percaya dan yakin, di sinilah rezeki saya sebagai seorang fully research master student~






Mungkin time tu iman saya sedang berkurang. Terseksa betul bila iman berkurang ni. Rohani langsung tak tenang. Dengan penuh tekadnya, bulan Ramadhan ni saya nak bagi rohani saya makan banyak2 supaya iman saya tak berkurang lagi \(^_^)/ TERIMA KASIH MAK, ABAH :D