JellyPages.com

Tuesday, December 28, 2010

kau dan aku berbeza

salam 'alaik..


perjalanan hidup kita ni semuanya berbeza-beza..adakalanya kite terasa cemburu..cemburu dgn jalan yang dilalui oleh orang lain kerana jalan mereka itu nampak lebih mudah dari kita.
contoh paling senang, bab belajar la..kita belajar bagai nak rak..tapi habuk pun tadak!result macam tu jugak..kita terasa penat lelah kita tak berbaloi. tapi kawan kita ni pulak, boleh pulak time nak exam tu la dia sempat merayau-rayau, tengok TV, melahu entah ke mana..tup tup kelua result, hah tu diaa!gempak xhengat!
mana silapnya kita? kita pun rasa down..rasa diri kita ni hanya menyusahkan orang lain.

hakikatnya, kita sering nampak dan menilai bahawa hanya kesedihan, jatuh dan kegagalan adalah ujian..kita lambat untuk menilai bahawa semua itu adalah punca kita menjadi kuat sekarang. punca kita menjadi matang dan punca kita lebih menghargai kehidupan yang kita punyai. teringat saya akan pertanyaan seorang teman.."bersusah payah then kita dapat apa yg kita nak tu adalah lebih bermakna atau tak payah susah-payah pun kita dapat apa yg kita nak adalah lebih bermakna?mana yang lebih happy?
bagi saya, susah atau senang untuk dapat kan sesuatu itu pada akhirnya kita tetap akan gembira sebab kita berjaya perolehi  apa yang kita dapat..tapi tahap/peratus kegembiraan itu yang berbeza..jika kita bersusah payah dahulu, kita akan rasa gembira dengan tahap 100% kegembiraan tapi jika kita tak perlu bersusah payah, kita tetap gembira tapi dengan cuma 1% kegembiraan mungkin!


semua orang mahu berjaya..kejayaan itu kita letakkan di tingkat atas yang mana untuk ke tingkat atas kita perlu menaiki tangga..kita menaiki anak tangga itu satu persatu..tapi kita melihat ada yang menaiki anak tangga dengan melangkah 2 anak tangga sekaligus. kita cemburu kerana kita tau dia akan sampai di atas lebih cepat dari kita.kita pun mula mengikut langkah yang sama tanpa kita sedar setiap dari kita ini mempunyai kebolehan yang berbeza..kita tergelincir dan jatuh dari tangga..kita adalah gagal jika selepas terjatuh kita tak mahu lagi menaiki tangga tersebut tapi kita adalah orang yang berjaya jika kita bangkit dan kita susun semula langkah. kita tidak lagi melangkah 2 anak tangga dalam satu masa kerana kita takut terjatuh lagi. kita jadi lebih berhati-hati walaupun kita tahu masa yang kita ambil untuk sampai ke atas adalah lebih lama..tapi percayalah, jika kita sampai di atas nanti, kita akan rasa kegembiraan yang sebenar..




jika kita berhasrat untuk berjaya, janganlah hanya memandang ke tangga tetapi cubalah untuk memanjat tangga tersebut~

Thursday, December 23, 2010

berhati-hati bila nak 'like'

"sy sayang kamoo."

salam alaik..

hari ni, buka je FB nampak ada orang tulis status di atas.."sy sayang kamoo"..of course la kan ayat tu di post kat wall gadis kesayangannya..selang beberapa minit kemudian... tibe-tibe mata saya rasa sakit! dah la saya ni memang senang nak sakit mata bila menatap skrin lappy ni lama-lama, ditambah pulak bila terbaca komen-komen yang ditulis di bawah status tersebut..
tak ketinggalan, ada pulak yang 'like.' lebih kurang macam bagi support moral kepada pasangan terbabit! pasangan terbabit pon apelagi, girang bukan main!siap beramah-tamah dengan panggilan yang layaknya digunakan oleh sepasang suami isteri. perbualannya juga mula berkisar pada unsur-unsur 18sx walaupun bukan secara terang-terangan..

zaman yang serba canggih ni, dosa kita pon canggih-canggih jugak! dosa berada dihujung jari..wah, mudahnya nak buat dosa~

Allah berfirman:"dan janganlah kamu menghampiri zina."

"eh, ape yang zina nya?cuma tulis kt FB je..nak nyatakan perasaan sayang je..takkan tu pun tak boleh?"

MEMANG TAK BOLEH!
baca balik firman Allah tu.."dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina..saya ulang..MENGHAMPIRI zina..cabang zina ni pun ada banyak..zina hati, zina perkataan, zina perbuatan..bila Tuhan dah kata jangan hampiri, maksudnya jangan cuba-cuba nak buat bende-bende yang boleh menyebabkan zina. kalau dah kita siap tulis "sayang", "ayang", "abang", "muahhhhh (konon2 kissing la)" dan banyak lagi perkataan2 yang lebih advance dari yang saya senaraikan tadi..walaupon kita cuma tulis perkataan2 tersebut tapi ini boleh membawa kepada zina hati dan zina perkataan. yang lebih menyedihkan, ada pulak yang 'like'! hah tak pasal-pasal dapat saham sekali.

oleh itu, berhati-hatilah bila nak 'like' apa-apa status yang ditulis di FB. saham diorang yang beramah mesra tu, kita pun dapat!





berfikirlah sebelum buat sesuatu~

Saturday, December 4, 2010

senang VS susah



bila diberi kesenangan
kita rasa kitalah tuan
kita dabik dada penuh kebanggaan
sampai kita lupa hala tujuan

bila diberi kesenangan
kita senyum terus-terusan
hilang lenyap smeua pesanan
dek ikutkan nafsu syaitan

tapi..


bila diberi kesusahan
kita murung sepanjang jalan
mula fikir yang bukan-bukan
hati pula menyalahkan Tuhan

bila diberi kesusahan
air mata jadi peneman
langsung tak ingat itulah ujian
putus asa menjadi kawan
bila nak sedar
itulah tanda kasih Tuhan??


masalah umpama angin..walaupun kita tutup semua pintu, ia akan masuk juga melalui tingkap~

Thursday, December 2, 2010

pemadam dan kertas

"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada
Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).

salam 'alaik..


Islam mengajar umatnya untuk bersikap pemaaf dan suka memaafkan kesalahan orang lain tanpa menunggu permohonan maaf daripada orang yang berbuat salah kepadanya. Tidak ditemui satu ayat yang menganjurkan untuk meminta maaf, tetapi yang ada ialah perintah untuk memberi maaf. Namun begitu, pemberi maaf haruslah disertai dengan ketulusan hati dan berlapang dada, sehingga tidak tersisa rasa dendam atau keinginan untuk membalasnya.


 Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 22:

“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Diibaratkan kita tersalah sewaktu menulis di sebuah lembaran kertas, kesalahan itu kita padam dengan alat pemadam. Dengan apapun kita menghapusnya, tentu akan meninggalkan kesan, bahkan barangkali kertas tersebut menjadi koyak. Justeru, supaya lebih bersih dan rapi, kertas yang terdapat kesalahan tulisan padanya itu diganti saja dengan lembaran yang baru. 


Memaafi diibaratkan menghapus kesalahan pada kertas, sedangkan berlapang dada diibaratkan mengganti lembaran kertas yang salah dengan lembaran yang baru.
Perlu disedari, bahawa di dunia ini tidak ada seorang pun yang tidak pernah berbuat kesalahan. Maka hal yang terbaik bagi setiap diri adalah menyedari akan kesalahan yang pernah dilakukan, kemudian bersegera untuk memohon maaf atas kesalahan itu. Jika kesalahan itu terhadap Allah s.w.t., maka bersegeralah memohon keampunan-Nya. Dan jika kesalahan itu terhadap sesama manusia, maka bersegeralah meminta maaf daripadanya.
Paling utama adalah jika ada yang pernah berbuat kesalahan terhadap kita, maka maafkanlah kesalahannya, sekalipun orang yang berbuat kesalahan itu tidak pernah memohon maaf daripada kita. Kerana ketahuilah, bahawa dengan begitu rahmat Allah akan senantiasa meliputi kita:)






meminta maaf itu sukar, tetapi memberi maaf itu lebih sukar..sekali kita memberi maaf, kita akan dapat merasai nikmatnya berlapang dada~