JellyPages.com

Monday, January 25, 2010

kisah dalam tren~

assalamualaikum w.b.t..syukur ke hadrat ilahi kita msih diberikan peluang untuk terus bernafas di atas bumiNYA..aminn Ya Rabbal 'Alamin

ana punya sedikit cerita untuk dikongsi..ana rasa cerita ni menarik dan punya sedikit unsur lucu..semalam,sewaktu ana dalam perjalanan pulang ke UKM semula,telah berlaku satu insiden pada ana..tren yang terlalu padat dengan orang membuat kan ana ralit memerhati gelagat-gelagat mereka.kebetulan time tu ana dapat duduk.ana pun toleh lah ke kiri ke kanan kot-kot ada yang lebih memerlukan tempat duduk ni dari ana..

tiba-tiba ana terlihat seorang makcik berdiri.timbul la rasa kesian tu..ana pun berjalan ke arah makcik..berlakulah sedikit perbualan antara ana dan makcik tersebut..

ana:assalamualaikum makcik.jemputlah duduk..
makcik:apsal panggil i makcik?i bukan makcik u pun..tengok gaya i ni ada gaya makcik ke?eee plizz la(bersama memek muka yang dikerutkan)
ana:*terkedu dan speechless
makcik:*terus duduk kat tempat ana tadi dan tinggalkan ana dalam keadaan termangu-mangu

umm mungkin betul kot ana tak patut panggil 'makcik.'rambutnya diwarnakan perang. 'makcik' tersebut memakai blouse separas peha dan memakai legging putih.kasut tumit tinggi yang berwarna putih disamping cermin mata hitam yang diletakkan di atas kepala..ditambah pula dengan bibir yang merah menyala..memang tiada gaya 'makcik-makcik' langsung..jadi kenapa ana panggil beliau 'makcik'?

kerana jelas ternampak kedutan di bawah matanya,di pipinya, ditangannya..timbul rasa kasihan di hati ana..yelah, kita ni masih muda sudah tentu punya kudrat lebih untuk berdiri tapi lain pula jadinya..ana jadi confuse pula..apabila orang lama berpakaian seperti 'itu' apa pula yang akan dipakai oleh anak-anak muda kita??tepuk dada tanyalah iman~

suatu hari,kita juga akan punya keluarga sendiri..jadi marilah kita bersama-sama cuba menerapkan kehidupan keluarga islam di dalamnya..agar generasi akan datang tidaklah hanya islam pada nama atau islam pada IC nya sahaja..

wallahua'lam~

Sunday, January 17, 2010

umat akhir zaman

assalamualaikum w.b.t...semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan kasihNYA..aminn



izmir,salah sebuah kampung di turki digemparkan dengan kelahiran anak kambing biri-biri yang berkepala manusia..
SUBHANALLAH..Maha Suci ENGKAU Ya Allah..memang tak terduga dek akal kita, seekor ibu kambing boleh melahirkan anak yang berwajah manusia..tetapi inilah kuasa Allah.."kun fa ya kun."jadilah!maka terjadilah ia..
tapi apa yang tak bestnya, gabenor wilayah tersebut mengatakan bahawa,anak kambing ini lahir berwajah manusia akibat dari hubungan antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina..MASYAALLAH! apa dah jadi ni??tak cukup dengan masalah meminati kaum sejenis, sekarang ini manusia berminat pula dengan haiwan...Ya Allah,betapa sedihnya dunia akhir zaman ni :'(
Allah menciptakan dunia ini secara berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, malam dan siang,gemuk dan kurus,kenyang dan lapar,miskin dan kaya dan sebagainya..tapi sayangnya mengapakah kita tidak mahu berfikir? malah kita mengubah apa yang sepatutnya..kasihannya pada anak cucu kita akan datang..apa tidaknya,sifat malu semakin pudar dalam diri kita..perkara yang melanggar hukum syarak pun tidak segan silu lagi kita lakukan di khalayak ramai..malah kita merasa bangga..contohnya seperti apa yang berlaku di beijing..kira-kira 30 juta penduduk negara itu adalah homoseks dan 2/3 daripadanya adalah lelaki gay! ini bukan satu jumlah yang kecil.. ada pula suara-suara sinis bercakap "ni bukan kat negara kita,so tak payah la nak kecoh-kecoh." memang la bukan berlaku di negara kita tapi kita boleh tengok sekarang ni betapa obses nya remaja kita dengan hiburan. mereka menjadikan penyanyi dan pelakon dari negara luar sebagai idola mereka..bermula dari sinilah penyakit ini menular dan mula bernanah..tanpa segan silu mereka memakai pakaian yang dipakai oleh artis kesukaan mereka..wahai temanku, kita ini beragama islam..janganlah hanya islam pada nama sahaja..



"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)  


apabila ayat suruhan menutup aurat ini turun semua wanita ketika itu, tidak kira wanita ansar ataupun muhajirin segera menutup aurat..tidak ada istilah nanti dulu! tapi kini segala-galanya berubah..semakin jauh kita dari zaman Rasulullah semakin kita jauh dari amalan agama..apa yang lebih menyedihkan akan ada kaum sejenis kita yang memberi jawapan "belum sampai seru lagi..aku ni kalau boleh nak pakai tudung biarlah datang dari hati aku yang ikhlas bukan sebab atas paksaan sesiapa." jawapan ni la yang kita takut nak dengar..wahai temanku buah hatiku..ajal maut ni kita tak tahu..entah-entah sesaat dua lagi ditarik nyawa kita..siapa yang tahu??time tu dah tak boleh nak buat apa dah..sampai bila la nak tunggu 'seru' tu sampai? sampai ajal dah di kerongkongan?? bukankah Allah telah menyeru kita untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi??apa lagi yang kita tunggu??


kita bukan tak tahu tentang kewajipan menutup aurat ni tapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh kita ni menyebabkan kita lalai...
ayuh teman sekalian,jangan tunggu lagi..masa semakin suntuk..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..janganlah kita menjadi seperti firaun yang sempat bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah tetapi pada saat itu persaksiannya tidak berguna lagi kerana maut sudah berada di depan mata..nauzubillah~




Wednesday, January 13, 2010

KRISTIANISASI & GEJALA MURTAD

assalamualaikum w.b.t....ana nak kongsi sedikit info tentang agama kristian dan isu murtad ni.jom baca! semoga kita lebih berhati-hati supaya akidah kita tidak mudah terpesong..ALLAHUAKBAR!!

Agama kristian dinisbahkan kepada Nabi Isa a.s iaitu Jesus Kristus bermakna Juru Selamat didalam bahasa Ibrani.

Pecahan agama Kristian
Roman Khatolik (Portugis)
Protestan (Inggeris)
Anglekan (Belanda)

Pegangan agama Kristian
Iaitu trinity tudah mempunyai tiga oknum.
Tuhan bapa - pencipta alam sejagat
Tuhan anak - iaitu Jesus Kristus
Roh Kudus - khas bagi paderi-paderi Kristian

Rukun Agama Kristian
Ekaristi pembaptesan - penghapusan dosa
Ekaristi pengakuan dosa - dihadapan paderi
Ekaristi Maha kudus - memakan tubuh tuhan
Ekaristi air suci - (holy water)
Ekaristi krisma - memakan khusti kudus
Ekaristi imaman - khas bagi paderi dan paster
Ekaristi perkahwinan - bagi penganut biasa

Injil yang ditolak kerana menafikan ketuhanan Jesus
*Injil Barnaba
*Injil Andrew
*Injil Wisdom Of Jesus (ajaran Isa a.s)

10 Resolusi gereja Vatikan 1946 untuk melemahkan orang Islam:
* Melenyapkan fahaman ketuhanan
* Memalingkan mereka dari ajaran al-Quran
* Meracuni pemikiran pemimpin Islam dengan fahaman sekular,kapitalis, dan kominisma
* Memperkenalkan sistem ekonomi riba'
* Memperkenalkan pil-pil perancang keluarga
* Memperkenalkan kebudayaan barat
* Menggalakkan pergaulan bebas
* Merosakkan sistem perkahwinan
* Memperkenalkan senjata moden peperangan
* Memperkenalkan sistem pendidikan barat


Matlamat mereka
Mengkristiankan dan menindas orang Islam agar mereka menguasai muka bumi.

Istilah-istilah penting Agama Kristian
*Kitab Injil - nama kitab pegangan mereka
*Jesus kristus - nama nabi Isa a.s
*Holy water - air suci berbentuk larutan sirap diperolehi melalui proses uzlah serta disihir
*Pembaptesan - setiap penganut baru dan bayi lahir perlu dibaptes dengan cara memercikkan air ke seluruh badan atau dimandikan.
*John Pope Poul II - ketua gereja sedunia dari Roman khatolik berpusat di Vatikan City Rome
*Dosa warisan - dosa diwarisi dari nabi Adam a.s dan Hawa kerana memakan buah larangan (khuldi)
*Yahuza Askhriyot - anak murid nabi Isa a.s yang khianat lalu mati di kayu salib.
*Palang Salib dan patung jesus - lambang kemahsyuran bagi agama kristian

Bagaimana agama ini tersebar?
-Melalui penjajahan ke kepulauan Tanah Melayu bermula tahun 1511 zaman kesultanan Melayu Melaka kesan dari perang salib abad ke 13.

Slogan mereka
-Para penjajah Portugis,Inggeris dan Belanda membawa slogan GOD,GOSPEL dan GLORI.
Bersama mereka paderi-paderi besar dengan 19 buah armada laut disertai oleh ketua paderi bernama Saint Francis Xavier,Alfonso ada Albuqaque dan lain-lain.

Pendakyah kristian melalui beberapa cara
* Melalui perkahwinan
* Berpura-pura masuk Islam
* Menukar nama Baible kepada al-kitab
* Melalui penyebaran risalah secara percuma
* Meletakkan kitab Baible di hotel-hotel
* Mengubah perkataan tuhan kepada Allah
* Melalui khidmat kemasyarakatan seperti Kelab Lions,Sport Toto, Lotery dan lain-lain


Hujah Al-Quran menolak ketuhanan Jesus
*Surah al Maidah ayat 73: " Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata,sesungguhnya Allah itu ialah al Masih putera Maryam"
*Surah Maryam ayat 30:Berkatalah Isa a.s "sesungguhnya aku ini hamba
Allah,Ia memberiku al-kitab (injil)dan menjadikan aku seorang nabi"
Surah al Shaffayat ayat 6:Berkatalah Isa putera Maryam "hai Bani Israel sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu"


Teknik mereka memurtadkan orang Islam.
Pertemuan pertama - perkenalan dan meminta alamat.
Pertemuan kedua - memberi sesuatu hadiah
Pertemuan ketiga - mengambil berat
Pertemuan keempat - memberi kewangan
Pertemuan kelima - mengajak keluar
Pertemuan keenam - diberi kekasih pilihan
Pertemuan ketujuh - ke pesta hiburan
Pertemuan kelapan - diberi keluarga angkat
Pertemuan kesembilan - diberi minum holy water
Pertemuan kesepuluh - dimurtadkan


Setelah murtad
Masa ini diberi wang RM 3000 dan dihalang bertemu keluarga serta dirahsiakan dimana berada,dibimbing dan dilatih menjadi mubaligh
Kristian.


Apa yang berlaku setelah murtad
- Diajak ke gereja dan memohon borang kemaskan agama kritian
- Memohon penukaran nama baru di Jabatan Pendaftaran Negara
- Mempertahankan dengan menggunakan akta undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kebebasan memilih agama kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
- Cuba mempengaruhi mahkamah dan mengambil peguam yang bijak,mengancam ibu bapa terbabit serta membawa mangsa ke luar negara.
- Apabila ke luar negara mangsa diasuh dan dididik agar menjadi mubaligh kristian dengan tujuan kembali ke Malaysia boleh memurtadkan keluarga
orang lain.
- Semua perbelanjaan ketika itu dibiayai oleh gereja seperti rumah, kenderaan dan wang sara hidup.

Siapa dibelakang mereka
-Dibelakang mereka ialah The Freemasions Moment yang didalangi oleh Yahudi Amerika
-Dibelakang mereka ialah korporat-korporat besar dikalangan orang-orang kaya yang menyertai pertubuhan-pertubuhan atas nama kebajikan seperti:
Kelab Lions,Sport Toto dan Lotery memberi bantuan kepada pihak gereja.

Makluman penting
sesunggunya kemurtadan seseorang agak susah ditentukan.Ini melibatkan soal qasad atau niat didalam hati seseorang.Walaubagaimanapun menurut mafhum hadis Rasulullah SAW dalam kitab Mustika Hadis Jilid pertama terbitan JPM Pusat Islam,menyatakan murtad berlaku dalam tiga keadaan:
*Pertama -melalui perkataan
*Kedua -melalui perbuatan
*Ketiga -melalui pengisytiharan keluar dari Islam.


Tanda-tanda diatas boleh berlaku:
Menghina hukum Allah SWT.
Meninggalkan suruhan agama.
Mengamalkan upacara agama lain.
Memakai lambang salib didada.


Beberapa saranan penting kepada:
-Ibu bapa :beri didikan agama kepada anak-anak,jaga pergaulan mereka,ziarah dan ambil berat anak-anak yang menuntut di IPT.
-Kerajaan :buat kajian dan penelitian undang-undang Perlembagaan Persekutuan kebebasan beragama bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas.
-Jabatan Agama Islam Negeri : banyakkan usaha dakwah,pantau kejadian murtad dan ambil langkah-langkah pencegahan.
-Polis : lindungi keluarga mangsa dari ancaman bunuh beri bantuan pengawasan keselamatan
-Para guaman muslim : beri bantuan guaman kepada keluarga mangsa atau mangsa sendiri
-Masyarakat Islam : beri laporan kepada pihak-pihak tertentu sekiranya ada pendakyah Kristian memasuki kawasan orang Islam.
-Mahasiswa/wi IPTA : berhati-hati kepada pendakyah-pendakyah Kristian.

Beberapa hujah dari kitab Injil menolak ketuhanan Jesus:
#Injil Mathew : fasal 15 ayat 21-25 :kata Jesus,"tidaklah aku diutuskan melainkan kepada domba-domba yang sesat(Bani Israel)"
#Injil Markus : fasal 12 ayat 29-31 :kata Jesus,"Dengarlah wahai Bani Israel tuhan kita hanyalah yang satu."

Rawatan penting
Mereka yang terminum Holy Water,ambil air dan bacakan :
Surah Yassin - 1 kali,
Surah al-Fatihah - 3 kali,
Ayat Kursi - 3 kali,
Surah an Nas - 3 kali dan
Selawat - 3 kali.
Mandikan mangsa dan diberi minum.

Cara berdepan dengan missionari (Para pendakyah) Kristian
*Bahaskan persoalan ketuhanan.
*Ambil hujah dari kitab Injil.
*Jangan jawab persoalan remeh.
*Bacakan ayat-ayat al Quran tentang nabi Isa a.s
*Pelajari kandungan kitab Injil.


Beberapa persoalan mereka:

  • Kenapa orang Islam sembah Ka'bah?
  • Islam dan Kristian sama saja,kedua-duanya dari tuhan !
  • Orang Islam ganas dan suka berperang !
Kenapa Jesus Kristus turun ke bumi menyelamatkan seluruh manusia,bukannya nabi Muhammad SAW? Jawapan: turunnya nabi Isa a.s ke bumi iaitu dengan membawa syariat nabi Muhammad SAW dan nabi Isa a.s merupakan sebahagian dari umat-umat nabi Muhammad yang lain ketika nabi Isa a.s turun ke bumi pada ketika itu.(Petikan dari buku "utusan Rasul terakhir dalam al Quran" cetakan Universiti Al Azhar Kaherah)
Jika kitab Injil diubah,kalau begitu mana yang asal?

_______________________________
*AKHUKUM FILLAH*
Universiti Al Azhar
Fakulti Usuluddin
Jabatan Aqidah Dan Falsafah(Pemikiran Islam)




Saturday, January 9, 2010

nama Allah + bakar gereja ???

salam jihad buat semua..moga masih diberi kekuatan untuk berdakwah di jalanNYA..aminn:)


ana akan terus straight to the point..masalah yang melanda negara kita hari ni..ya memang ana bukan siapa-siapa untuk bincang atau fikir masalah negara tapi sebagai seorang da'ie kita punya hak untuk bersuara,bukan hanya mengikut telunjuk sesiapa..


tak habis lagi isu penggunaan nama Allah dalam akhbar herald tu, dah timbul pula isu tiga gereja dibakar..umm nampaknya semakin parah la masalah ni..silap-silap boleh berperang kalau terus macam ni..siapa punya kerja la yang bakar gereja ni??ni bukan cara terbaik untuk menunjukkan rasa protes..malah lebih memburukkan keadaan..tak pasal-pasal islam akan dianggap terrorist!

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang menyakiti seorang zimmi (orang bukan Islam di bawah kekuasaan umat Islam), maka sesungguhnya ia telah menyakiti aku. Siapa yang menyakiti aku, maka ia telah menyakiti Allah taala.” (Riwayat At-Tabarani)

betul ke yang bakar gereja tu org islam?? atau ada pihak ke-3 yang cuba ambil kesempatan seolah-olah menjadi gunting dalam lipatan??atau mungkin kita boleh gelar mereka ni 'the hidden hand.'


tambah buruk lagi, bila isu penggunaan nama Allah ni dah menjadi perbalahan parti politik..parti ni kata boleh,parti satu lagi kata tak boleh..kita nak ikut mana satu??atau kita patut atas pagar je??pendapat peribadi dari ana,ana rasa macam tak patut je isu ni menyebabkan parti bertelagah..masing-masing cuba membuktikan pendapat mereka benar..


ini antara pendapat dan pandangan yang ana ambil dari sumber berbeza:



  1. Ismail membacakan khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah'.

Khutbah tersebut, antara lain, menegaskan bahawa lafaz Allah khusus bagi umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama lain, seperti yang telah diputuskan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2008 .

Khutbah tersebut menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia mengelak daripada menimbulkan isu-isu sensitif kerana "penggunaan lafaz Allah telah beratus-ratus tahun digunakan oleh masyarakat Islam di negara ini".

Selepas tamat solat Jumaat pada kira-kira jam 2.00 petang, beratus orang menyertai demonstrasi bagi membantah penggunaan perkataan Allah dalam mingguan Katholik, Herald.


  
2.Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

3. Kita mesti menghormati semua agama. Kita mesti menghormati semua manusia. Malah kita mesti menghormati semua makhluk Allah. Tetapi kita mesti ingat, proses menghormati satu sama lain ini kadang-kala tidak sesederhana yang kita sangkakan.

Ada juga orang berkata, dalam era 1Malaysia maka kalimah Allah mestilah diizinkan penggunaannya untuk semua.

Ini juga satu pandangan bangang. 1Malaysia bukanlah bermakna aku boleh tidur dengan bini hang dan hang boleh tidur dengan bini aku kerana semata-mata kita sama-sama rakyat Malaysia.

Ada kelonggaran boleh diberi. Seperti lagu pop, lagu negeri, puisi ketuhanan, atau percakapan sehari-hari. TETAPI, ada sempadan tidak boleh diseberangi seperti menggunakan kalimah Allah untuk acara agama.

Takkanlah itu pun kalian tak mengerti?


ketiga-tiga pendapat di atas ana ambil dari sumber berbeza-beza..
peningkan??mana satu yang kita nak terima??seorang sahabat ana membincangkan isu ini dan menceritakan salah seorang sahabatnya yang beragama kristian di sabah sangat bimbang..apa yang dibimbangkannya tu??dia telah membaca bible yang diterjemah dalam bahasa melayu dan bible tersebut memang telah menggunakan nama Allah di dalamnya..tak pula timbul isu seperti ini di sabah?? "kalau betul lah penggunaan nama Allah ni boleh menyebabkan terpesong akidah,sudah tentu ramai orang islam yang dh murtad di sabah..tapi penganut islam bukan baca bible pun..yang baca bible tu penganut kristian..sepatutnya,penganut kristian yang bimbang, takut-takut penganut kristian ramai pula yang memeluk agama islam." (ayat tersebut dilafazkan oleh sahabat kristian dari sabah tadi)


umm betul juga tu..lagi pun ana rasa lebih mudah la kita nak berdakwah pada mereka.meraka dah kenal Allah, kita cuma perlu menerangkan konsep ketuhanan sahaja kepada mereka..bukankah kerja dakwah kita menjadi lebih mudah??lagipun dah ada hadis-hadis yang membuktikan tidak ada masalah untuk penggunaan tersebut..kita nak ikut logik akal atau nak berpandukan pada quran??

ye ana memang tidak berhak untuk membuat kesimpulan bagi mana-mana pihak..tapi antum sendiri boleh nilai and choose which one provide the best argument and the best prove regarding this issue..


wallahua'lam~



Thursday, January 7, 2010

pesona malu

assalamualaikum W.B.T..alhamdulillah hari ini kita msih diberi ruang dan kesempatan untuk memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kita  peluang untuk terus bernafas..

di mana-mana pun sekarang ni sangat lah  senangnya untuk kita melihat pusat islam..ramai perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang..
sabda Rasulullah S.A.W: "wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, maka ia tidak akan masuk syurga." (riwayat MUSLIM)
mana hilangnya sifat malu kita sebagai kaum hawa??semakin kita di akhir zaman,semakin tidak terbendung lagi masalah ini. banyak contoh malu yang ditunjukkan dari zaman nabi dahulu..

  • malu Nabi Adam dan Siti Hawa- sejarah malu bermula dari peristiwa ini..Nabi Adam dan Siti Hawa yang terdedah auratnya kerana memakan buah larangan di syurga iaitu buah khuldi..saat itu Nabi Adam dan Siti Hawa memetik daun di syurga untuk menutup aurat mereka..
 tapi apa yang berlaku pada kita sekarang ni???tanpa segan silu kaum hawa ini memakai baju yang tak cukup kain..masalahnya, makin kecil baju tersebut, makin mahal harganya..ummm bagi ana baik beli baju besar-besar..berbaloi-baloi!! sekarang ni,kalau tak silap ana, dah memang ada cutting khas t-shirt untuk perempuan..baby-t kot nama baju tu..nampaknya baju tu merujuk kepada baby..kita yang besar ni pakai untuk apa???bagi la baju tu kat baby.. kalau baby yang pakai mesti ngam-ngam je..umm nampaknya kita tak mengamalkan pepatah orang tua-tua..UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI...kalau dah tau baju tu kecik dan boleh menampakkan bentuk tubuh kita, jangan lah beli!! 
  • malu Nabi Yusuf- malu Nabi Yusuf ditunjukkan sewaktu digoda oleh Zulaikha di istana Raja Abdul Aziz (mesir). Nabi Yusuf menutup matanya kerana tidak mahu melihat aurat Zulaikha yang cantik. nabi Yusuf berkata "aku malu kepada Allah."
kalau hari ini lain pula jadinya..si gagah di luar sana akan cakap "rugi la tutup mata..sekali tengok tu rezeki. alang-alang dah rezeki, jangan lah kelip mata..baru lah menghargai kecantikan ciptaan Allah." MasyaAllah..sampai begini sekali tahap pemikiran mereka..memang advance.. yang tunjuk aurat tu memang dah terang-terang la tak malu..yang tukang tengok ni pun dah takde rasa malu..ana tau masih ada si gagah di luar sana yang masih boleh menjaga pandangan mereka..tahniah!!ana doakan semoga kalian istiqamah:)
  • malu Rasulullah S.A.W- Rasulullah mempunya rasa malu yang sangat tinggi. ini dapat dilihat sewaktu auratnya disingkap oleh angin..pada saat itu, lutut baginda bergetar kerana malu auratnya terdedah. "mengapa  lututmu bergetar wahai anakku?" tanya bapa saudara nabi,Abbas bin Abdul Muttalib. Nabi menjawab "wahai pakcik, aku malu!"ketika itu usia nabi 35 tahun dan belum menjadi rasul. sifat malu Rasulullah ini juga boleh dilihat ketika Nabi Musa a.s menyuruh baginda kembali menghadap Allah untuk meminta mengurangkan waktu solat pada malam isra' dan mikraj. baginda menolak kerana baginda malu dengan Allah.daripada 50 waktu sudah dikurangkan 45..semoga baki 5 waktu diterima dengan ikhlas sebagai kewajipan kita dan dilakukan sehabis baik dengan niat semata-mata kerana Allah.
kalau kita tengok di padang-padang bola sekarang ni..kebanyakan kaum adam yang aktif bersukan ni suka memakai seluar 'tight' atau seluar pendek.kalau bawah lutut takpe jugak, ni tidak..nampaklah kepala lutut mereka..umm jauh betul beza kita dengan Rasulullah kan?? walaupun pakaian baginda ditiup angin, tapi baginda berasa sangat malu..kita ni lain pulak ceritanya...kita yang sengaja tunjuk aurat ni,tak pulak rasa malu..malah rasa bangga..orang lain tak boleh tunjuk ape yang kita tunjuk dan orang lain tak pakai ape yang kita pakai..
bila masuk bab solat,lain pulak ceritanya...solat yang dah tinggal 5 waktu pun susah nak buat..
bila kita tak dirikan solat tu,maksudnya kita tak tunaikan tanggungjawab kita sebagai orang islam..yang membezakan orang islam dengan kafir ialah solat yang didirikan.kalau kita tak dirikan solat maksudnya kita samalah macam mereka.kadang-kadang ana pelik.segelintir dari kita ni boleh cakap hukum hakam solat ni dengan baik..tapi kita gagal melaksanakan ape yang kita tahu..nauzubillah..smoge kita dijauhkan..



semoga malu menjadi hiasan diri kita..semakin kuat akidah kita semakin mendalam rasa malu kita sama ada malu kepada Allah ataupun malu sesama manusia..sebaliknya, semakin cetek akidah kita, semakin tipis iman dan semakin kurang perasaan malu..jadi, kita boleh nilai di tahap mana iman kita berada..


wallahua'lam~

Tuesday, January 5, 2010

HILANGNYA SEBUAH KEIKHLASAN


salam jihad buat rakan seperjuangan ana sekalian.. alhamdulillah kita masih diberi ruang untuk bernafas dan menumpang di bumiNya.. ana mulakan hari ana dengan 1 persoalan..."apakah yang dah aku sumbangkan untuk Islam dan untukMu selama aku menumpang di bumi Mu ini Ya Allah?" terasa betapa kerdilnya diri ini stp kali ana memikirkan jawapan untuk persoalan itu.


ana cuba menyenaraikannya di atas sehelai kertas A4 tapi kertas tu tetap bersih..ye..ana tak punya jawapan..


Saya Athirah, pelajar tahun 1 sekolah rendah. Athirah ada cerita nak sampaikan. Hari ini Athirah belajar sains dengan cikgu Nurul. Cikgu Nurul ajarkan Athirah tentang pelangi. Cikgu kata, pelangi cantik sangat sebab dia warna warni. Cikgu kata pelangi ada 7 warna iaitu Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu.
Disebabkan cikgu kata pelangi keluar selepas hujan, Athirah pun naik bukit belakang rumah Athirah dengan mak Athirah selepas hujan. Athirah tunggu pelangi keluar dekat situ. Bila cahaya matahari keluar dari belakang awan, Athirah nampak pelangi. Athirah sangat gembira. Pelangi memang cantik, indah dan menawan Athirah. Setiap kali selepas hujan sahaja, Athirah mesti naik bukit tu utk tengok pelangi. Bila Athirah tengok pelangi je, Athirah selalu jerit dekat dia “Pelangi…teruskan bersinar!”
Kini, Athirah naik tahun 2, ada satu kejadian pelik yang memeningkan Athirah. Satu hari tu, Athirah tunggu pelangi dekat bukit sama lepas hujan. Kali ini Athirah tengok pelangi tu pelik sangat. Pelangi tu buat Athirah sedih. Pelangi tu dah tak seindah dahulu. Athirah tengok ada 1 warna asas dia dah hilang – biru. Pelangi tu nampak cacat. Dua tiga kali selepas itu Athirah tengok pelangi masih sebegitu, tak seindah dahulu. Athirah pelik. Kali ini Athirah selalu jerit kat pelangi tu “pelangi… kenapa?”
Athirah cari cikgu sains Athirah masa Athirah tahun 1, cikgu Nurul. Athirah jumpa cikgu Nurul. Athirah tanyakan pada cikgu Nurul. Athirah ceritakan dari awal sampai apa yang Athirah tengok sekarang. Cikgu Nurul kemudian bagi jawapan mudah. Cikgu Nurul kata “pelangi tu dah buat silap, sebab tu dia dah tak indah. Cikgu rasa, semenjak Athirah tengok dia tiap-tiap kali dan suruh dia bersinar, pelangi tu cuba terus bersinar sebab Athirah sendiri. Dia dah tak bersinar sebab Allah. Sebab tu pelangi tu dah tak indah”
Athirah jadi pelik, tapi mungkin betul kata cikgu. Athirah naik bukit berkali-kali lagi selepas hujan, Athirah tengok pelangi memang tak berubah. Pelangi jadi cacat dan buruk dengan hilang 1 warna dia. Athirah tak suka. Athirah rasa kasihan dengan pelangi. Athirah rasa Cikgu Nurul kata betul. Athirah tulis surat. Athirah buat dalam bentuk layang-layang kertas. Athirah nak terbangkan dia tinggi-tinggi masa pelangi tu keluar. Kemudian, Athirah nak lepaskan layang-layang tu supaya pelangi boleh baca surat Athirah.
Sekarang Athirah dah gembira. Ramai kawan-kawan Athirah tengok pelangi dan dia kata pelangi dah cantik dan indah. Cikgu Nurul pun kata pelangi dah indah dan menyinar ceria. Tapi Cikgu Nurul pelik apa yang Athirah buat sampai pelangi tu cantik dan indah balik. Athirah bagi tahu je, Athirah ada utus surat kat pelangi. Cikgu tanya kat Athirah, Athirah tulis apa. Athirah pun jawab, sebenarnya Athirah tulis :
“sang pelangi indah, Athirah sedih tengok pelangi. Cikgu kata pelangi dah buat silap sebab bersinar kerana Athirah, bukan kerana Allah. Mana pelangi boleh buat macam tu. Pelangikan hamba Allah. Pelangi kena bersinar kerana Allah, bukan kerana Athirah tengok pelangi cantik. Pelangi jadi buruk kalau buat macam tu. Pelangi kena utamakan Allah macam mak Athirah kata. Lepas ini, Athirah takkan tengok pelangi dah supaya pelangi boleh bersinar kerana Allah. Lepas ni, Athirah takkan naik bukit ni dah tengok pelangi. Pelangi lagi senang bersinar kerana Allah kalau macam tu. Athirah takkan tengok pelangi dah lepas ni, supaya pelangi tahu Athirah bukan nak tengok pelangi cantik sebab Athirah. Athirah nak pelangi cantik kerana Allah. Rasa tu je Athirah nak cakap, Athirah harap pelangi akan terus bersinar kerana Allah ye. Athirah pergi dulu. Terus bersinar indah sang pelangi…!! Teruskan…! ^_^ ”
* cerita ini sekadar tauladan
* 1 warna yang hilang = ikhlas

umm pelangi pun boleh hilang ikhlas ke???habis aku ni macam mane???ikhlas tak aku dalam hidup ni???


 ana renung deretan buku pelajaran di meja study.."ikhlaskah aku dalam menuntut ilmuMu ya Allah?" hati kecil ana bertanya..atau hanya result yg lebih menjadi keutamaan ana??
habis je exam.kita terus 'auto delete' semua ilmu-ilmu yang kita dapat tu..umm memang sah la kite ni blaja hanya utk dapatkan gud result and nak kerja yang bagus...kita tak ikhlas menuntut ilmu tu kerana Allah..bila result jatuh mula la kita nak bising. salahkan lecturer tak mandai mengajar la,kawan-kawan tak nak tolong la dan paling teruk lagi kita mula nak salahkan Allah sebab tak bagi kita kejayaan sedangkan kita dah usaha..sepatutnya kita akan dapat sesuai dengan apa yang kita kerjakan tapi lain pula jadinya..rupa-rupanya kita terlepas pandang pada 1 benda..iaitu niat kita..niat kita tu dah salah..dah tiade keihklas dalam kita menuntut ilmu Allah tu..umm no wonder lah kalu Allah tak bagi kita kejayaan..kita dah lupa kat DIA...ana tak nafikan memang sukar untuk kita mengikhlaskan diri tetapi kita perlu berusaha untuk buat apapun fisabilillah.. semoga kita sama-sama boleh berusaha ke arah itu..aminn

Saturday, January 2, 2010

kasih seorang ayah..kes murtad lagi???

Hartina adalah orang-orang 'sekepala' dengan Aisyah Bukhari dan juga Azlina Jailani, yang telah murtad. Samada perbuatan tersebut adalah atas kehendak mereka sendiri, atau atas paksaan pasangan masing-masing, atau atas apa-apa tindakan pun, seandainya mereka masih hidup..kita doakan juga agar pintu hati mereka dibuka, mudah-mudahan.


Berikut adalah kisah menyayat hati dari bapa Hartina sendiri.


----------------------------------------------------------


Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".

Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar. Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.


Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.


Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.


Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami. Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.


Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu Bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.


Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.


Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam.Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.


Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.


Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.


Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmenukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"


Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.


Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.


Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?


Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.


Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira-kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.

Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.

Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.


Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.


Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.


Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya.Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang danpeguam
di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.


Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dansaya
menetap di BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannyaseorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.


Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April 1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.


Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.


Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi mungkin ada dalang di belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.


Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.


Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun.Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangansate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.


Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.


Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.

Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.(En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).


Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan rajeswaran.


Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.


Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.


Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.


Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.


Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.


Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.


Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain. Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.


Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.

sumber: http://artofthoughts.blogspot.com/


Friday, January 1, 2010

beza pegang anjing & pegang awek

Assalamualaikum W.B.T...pagi tadi ana duk check2 emel pastu terbaca emel ni..very interesting and dis is the real situation that happen to most of couples out there..



 LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko memang power la.... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.






  Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya ,

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

ana yakin,ramai yang tahu benda ni..tp berapa ramai yang menjauhkannya??tidak akan kekal sesuatu hubungan tu kalau hanya berlandaskan nafsu je..sepatutnya sebagai lelaki, anta perlu jaga maruah pasangan anta tu..kalau orang lain nampak anta pegang-pegang tangan dia mesti orang akan labelkan pasangan anta tu perempuan tak baik.mesti anta tak suka kan??n 1 lg,anta tak terfikir ke kalau dia boleh bagi anta pegang tangan dia, tak mustahil dia juga boleh bagi other guys pegang tangan dia..ada pula suara-suara garau kaum adam ni cakap "dah diorg diam je kita pegang,takkan la nak lepas peluang.diam tanda setuju..hehehe" kaum adam ni memang dh bersiap sedia dengan jawapan..tapi memang betul pun, kita sebagai perempuan ni, kita perlu berkeras untuk benda-benda macam ni..sebab tula dikatakan seorang perempuan yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh..tapi apepun Allah dah menjanjikan PEREMPUAN YANG BAIK ITU UNTUK LELAKI YANG BAIK...

wallahua'lam~

p/s: semoga semua kaum hawa diluar sana dapat menjaga diri daripada menjadi mangsa fitnah syaitan yang direjam..amiinn