JellyPages.com

Sunday, November 28, 2010

aplikasi shopping

salam 'alaik..

Perempuan memang sangat sinonim dengan shopping..kebanyakan perempuan memang suka membeli belah ni dan mereka sangat cerewet dalam memilih sesuatu barang. Kalau boleh, semua barang mesti nak dalam kotak, yang tak berhabuk, bersih dan berkualiti..betulkan??^_^


Tapi, saya seringkali terfikir kenapa kaum hawa ni tidak mengaplikasikan kriteria-kriteria ini pada diri mereka sendiri? Contohnya apabila membeli kasut..sudah pasti kita tidak mahu membeli kasut yang sudah dicuba oleh pelanggan lain.kita mesti mahukan kasut baru yang tidak pernah dicuba, bersih, dan tidak berhabuk. Kemudian,kasut tersebut mesti kita mahukan di dalam kotak! Memang inilah hakikat manusia..mahukan sesuatu yang tinggi kualitinya. Tetapi mengapa kita sendiri tidak mahu menjaga rapi aurat kita? Malah kita dengan bangga menayangkan aurat kita kepada yang bukan mahram. tidak mahukan kita memberikan sesutau yang istimewa buat suami tercinta?
Begitu jugalah bagi kaum adam..untuk memilih pasangan hidup, sudah pasti kalian mahukan seorang wanita yang menutup dirinya daripada pandangan lelaki lain yang bukan mahramnya. Hakikatnya, sesuatu yang sering dilihat oleh orang lain, dipegang dan disentuh oleh orang lain sudah pastilah berkurang kualitinya.tetapi,tidak mengapa sekiranya pilihan hati kalian itu tidak menutup aurat  kerana kalian bisa menegur dan mengubahnya. Ubahlah dia agar menjadi sebuah perhiasan yang cantik dan tersimpan rapi.

Bukan semua orang islam itu beriman tetapi orang beriman itu sedah tentu islam! Ya, kita boleh mengakui kita ini beragama islam tetapi sejauh mana pula keimanan kita?adakah kita hanya islam pada nama? Atau islam fesyen sahaja? Atau mungkin islam adat?

Tepuk dada, tanyalah iman..

Thursday, November 18, 2010

apabila kita dibunuh secara senyap

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... 

 Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan 
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, 

maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru 
bersilih-ganti 
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. 
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,  "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur,
maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.


Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. 

"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. 

Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari semasa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.
  
"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

 "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

"Murid-murid,begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,sehingga kita tidak sedar.



 "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

 "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"tanya murid- murid.

 "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.""Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".



 "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."







mungkin negara kita merdeka dari jajahan barat tapi hakikatnya, minda kita tidak pernah merdeka dari dijajah!


Wednesday, November 10, 2010

disebalik ujian

setiap kali kita cuba bangkit dari jatuh, setiap kali itu jualah akan datang ujian. ye, ujian yang tidak kita mahukan malah mungkin kita terasa kita tidak mahu menghadapinya langsung! tapi hakikatnya, ujian itulah yang akan membuatkan kita kuat sekaligus meningkatkan kebergantungan kita pada Allah. dan mungkin ujian itu diberikan dek kerana DIA mahukan kita menjahit kembali sejadah iman kita yang kian terkoyak..




tetapi di kala kita menghadapi ujian- ujian itu, pasti kita akan menangis..kita terduduk dan mungkin hampir mengalah..kononnya kita berserah pada qada' dan qadar Tuhan..kita lantas berdiam diri dan menyerahkan bulat-bulat pada yang Esa..kita jadi tak berdaya. sedangkan air mata bukan jalan keluar masalah. memang bagus apabila kita menyerahkan segalanya pada DIA..tetapi bukannya dengan cara berserah tanpa usaha.

samalah juga analoginya seperti kita yang sedang lapar.mana mugkin kita hanya menyerahkan pada DIA semata-mata untuk memberikan makanan kepada kita tanpa kita mencarinya..bahkan untuk disuap ke mulut pun kita perlukan usaha dan tenaga! kita bukannya seperti ibunda Nabi Isa, Siti Maryam yang kuat beribadat siang malam,lalu makanan turun dari Allah untuknya.


tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit, melainkan DIA jg menurunkan penawarnya..dan tidaklah Allah menurunkan sesuatu ujian, melainkan DIA jg menurunkan jalan keluarnya~



jalan keluar PASTI ada! cuma cepat atau lambat sahaja untuk kita menemuinya. semakin kuat kita berusaha semakin cepat kita menemui jalan keluar itu. ini janji Allah..dan janji Allah itu pasti.

duduk, berdiam diri dan menangis bukan jalan keluar..bangunlah dan bina jati diri baru kerana pada dasarnya setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam benih untuk mencapai keunggulan hidup tetapi benih itu tidak akan tumbuh jika tidak dibajai dengan betul. ujian-ujian itulah yang akan menentukan sama ada kita ini benih yang subur atau benih yang mati.


Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan keluar untuk setiap permasalahan..

Thursday, November 4, 2010

tensi! tensi!

assalamualaikum wbt..

mungkin ini adalah entri yang paling beremosi..perasaan yang bercampur baur...geram, marah, bengang, hangin, stress, tension..pehh memang banyak la..


ceritanya bermula begini..
telefon bimbit saya berdering dengan lantangnya..saya pun berlari-lari anak nak angkat phone..

saya:assalamualaikum, boleh sy bantu

orang yang kol: ni cik sri ke??

saya: ye saya.kenapa cik? (pemanggil adalah perempuan)

orang yang jol: cik datang interview pagi ni tak??

saya:mintak maaf cik.saya tak tau syarikat tu dan saya memang takde transport nak pegi sane..rasanya saya  MACAM TAK DAPAT NAK DATANG.

orang yang kol: tu BUKAN MACAM TAK DAPAT NAK DATANG..tu namanya MEMANG TAK BOLEH DATANG! cakap macam tu kan senang!

saya: tapi cik....

tutttttttt...tuttttttttttttttttt..tuttttttttt (oh talian telah dimatikan T___T)

pehh bahasanya memang indah kan?? ya Allah, waktu tu rasa macam nak meletup dah..hangin betul dibuatnya.saya punya la nak cover..tak nak la cakap direct kan yang saya memang tak nak pegi interview tu..waktu tu, dalam hati saya ni, saya bersyukur sangat2 sebab tak pegi sana..

yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang cantik itu budi
yang indah itu bahasa
tp kalau ramai yang macam ni
tak indahla bahasa
marah orang membuta tuli
sekali aku penangan, kau taulah padahnya
(pantun panjang ntah bape kerat)


terima ksh cik bulat2, sbb dh dgr luahan hatiku ini:)

Monday, November 1, 2010

ampunkan aku


pada embun yang membasah rerumput
pada pasir yang menghampar bumi
ku hitung dendam yang kian banyak
bergantungan umpama bintang
pabila disiram dek hujan hasad
nafsu durjana merubah segalanya
meraduk kesabaran meratah keimanan

aku jadi lesu
persis malam tanpa bulan
siang tanpa mentari
aku  tersungkur saat memburu kekuatan
tika cahaya qalbi hampir malap
bertatih pun aku terasa lelah

aku tahu benar
inilah bahana dendam kesumat
yang memamah seluruh kudrat iman
lantas mecampakkan aku ke daerah ini
daerah usang yang menjadi takdirku
penuh debu dosa yang menyesakkan
hingga nafasku kian lemah
disekat api kebencian

ampunkan aku ya Rabb
aku sering mempertikaikan ujianMu
ampunkan aku Ya Rahman
aku sering menyalahkan takdirMu
ampunkan aku Ya Ghaffur
kerana banyaknya hatiku berpaling dariMu
berilah aku tali untuk berpaut
agar aku bisa keluar dari daerah ini
menemukan jalan baru
yang disulami cinta dan rindu padaMu


memang kita mahukan hari-hari yang baik untuk dilalui..tanpa duri, tanpa kaca yang berkecai..tanpa badai, tanpa ombak yang memukul pantai..tapi kita sering lupa bahawa ujian Tuhan itu memang harus diturunkan..mungkinkah bermakna sebuah kehidupan tanpa ujian? ia umpama hari-hari yang sentiasa terang tanpa mendung atau hujan..sama juga seperti sungai yang airnya tidak mengalir..mana mungkin kan? ujian itulah pelengkap untuk sebuah kehidupan..yang menjadikan kita sedar akn hakikat kasih sayang Tuhan..



duhai hati, janganlah kau berburuk sangka pada qada' dan qadar Tuhan kerana segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..