JellyPages.com

Sunday, July 24, 2011

kelebihan WANITA

Salam 'alaik..

Sungguh-sungguh saya tidak tahu bahawa Imam Bukhari itu asalnya adalah seorang anak yang buta matanya. Allahu Rabbi, masih banyak ilmuMU yang tidak aku ketahui tapi begitu sedikit usaha pencarianku. Kisah Imam Bukhari ini sangat menyentuh hati.

Siapa yang tidak pernah mendengar nama Imam Bukhari? Pada usianya 10 tahun, beliau telah mengembara untuk menuntut ilmu sehingga kitab Sahih  Al Bukhari yang ditulisnya telah dinilai sebagai kitab paling sahih selepas Al- Quran oleh para ulama. Subhanallah, bagaimana seorang yang buta boleh menuntut ilmu sehingga mendapat penghargaan ini?

Memang pada waktu kecilnya, Imam Bukhari ini seorang yang buta. Buta pada kedua matanya. Pada suatu malam, ibunya bermimpi bertemu Nabi Ibrahim yang mengatakan, "Hai Fulanah (iaitu Ibu Imam Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembaliakn penglihatan kedua mata puteramu kerana seringnya engkau berdoa." Ternyata pada keesokan harinya, sang ibu mendapati penglihatan puteranya telah dikembalikan oleh Allah.



Inilah bukti betapa doa seorang ibu itu sangat makbul. Apa yang didoakan oleh ibu kita pada hari ini, itulah penentu kita untuk masa hadapan. Betapa tingginya darjat seorang ibu. Hormati dan taatlah pada ibu kita selagi arahannya tidak melanggar hukum syarak. Jika kita ditimpa musibah, kita tertekan, kita kecewa, kita bersedih, berdoalah kepada Allah. Selain itu, luahkanlah kepada ibu kita, InsyaAllah apabila seorang ibu mendoakan kita doanya itu diutamakan Allah.

Pernah mendengar istilah bapa derhaka? Seorang bapa itu dikatakan menderhaka kepada anaknya sekiranya si bapa 1) tidak memberikan ibu yang baik untuk anaknya 2) tidak memberikan nama yang baik untuk anaknya 3) tidak memberikan didikan agama pada anaknya. Kita dapat lihat betapa pentingnya si bapa memberikan ibu yang baik untuk anak-anaknya kerana ibulah yang banyak menghabiskan masa bersama anak-anak dan sikap si ibu itu bakal diwarisi oleh anak-anaknya. Betapa islam itu begitu mengangkat manrtabat seorang wanita.





Syukur Alhamdulillah kerana aku dilahirkan sebagai seorang wanita :) Terima kasih mak! Luv u ^_^

Sunday, July 10, 2011

buat kawan baik~

Assalamualaikum..

buat BFF, Nur Ezzatie Zainudin :D Happy Belated Birthday, kawan!!

Tak sangka, dah dekat 10 tahun lebih kita kenal. Mula-mula kita kenal dulu, awaklah classmate saya yang paling saya tak suka sekali..Awak pun tak suka saya kan?? saya akui, dulu saya degil! no wonder la awk tak suka saya..hihi..Tapi tak sangka, lama-lama kita jadi rapat dan boleh kongsi banyak benda :) Betul la orang-orang lama cakap, orang yang kita benci tu mungkin akan jadi orang yang kita sayang..Terima kasih awk!

Nak cari kawan yang baik tu bukan senang. Kalau nak kawan yang baik, kita perlu menjadi kawan yang baik terlebih dahulu. Saya bersyukur sangat-sangat sebab saya kenal awak dan rapat dengan awk. Banyak benda yang saya belajar dari awak:) Kita kongsi makanan, tukar-tukar ilmu even kita dari course yang berbeza, tukar-tukar pendapat dan nasihat. Seriusly, saya sangat-sangat hargai awak.. Betapa beruntungnya saya,saya cuma minta kawan yang baik dari Allah, tapi DIA berikan kawan yang sangat-sangat baik yang selalu ada kat saya saat saya gembira dan sedih. Terima kasih yang tak terhingga ye awak.

semoga menjadi lebih matang \(^_^)/

Saya selalu cakap kat awak, saya nak bagi hadiah kasih sayang je untuk birthday awk:p Tapi kan awak, I really mean it! Saya sangat berharap saya boleh gembirakan awak bila awak sedih sebab awak selalu bagi saya semangat bila saya sedih. Terima kasih awak! Saya tau, walau banyak mana pun terima kasih yang saya ucapkan kat awak, tapi semua ucapan tu tetap tak dapat balas jasa awak pada saya. Sebab tu la, awk selalu ada dalam doa-doa saya. Semoga awak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan:)


Again, Happy belated birthday KAWAN^_^




Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya~

Tuesday, July 5, 2011

BERANI: jom gaduh!

Salam 'alaik.



Apa ertinya sebuah keberanian? Adakah berani bertinju atau mungkin berani berkelahi? HAMKA pernah menulis dalam bukunya bahawa tentera yang berjuang di medan perang dengan bersenjata lengkap, belum tentu boleh disebut berani. Benar sekali. Keberanian itu bukan hanya perlu dimiliki oleh nelayan kecil untuk menghadapi ombak-ombak besar, bukan juga penternak yang menjaga haiwan ternakannya dari dibaham binatang buas. Tetapi keberanian itu harus ada pada semua manusia untuk menghadapi ujian hidupnya. Tepat sekali anologi HAMKA bahawa hidup itu hanya semata-mata rantai kesulitan yang sambung bersambung. Tidak siapa tahu apa yang menantinya pada hari esok. Manusia yang berani adalah manusia yang sanggup menghadapi kesulitan dan tenang mengemudi akal dan nafsunya.


Kesulitan dalam hidup umpama sang lebah di taman bunga. Ia menyebabkan kehidupan itu penuh dengan kejutan dan warna-warni. Apabila bertemu dengan kesulitan, saat itulah dapat dilihat mana yang berani mana yang penakut, mana yang berjiwa kecil dan mana yang berjiwa besar. Sesukar manapun kesulitan yang dihadapi, kesanggupan untuk menghadapinya adalah titik tolak sebuah keberanian.

Begitu juga dalam kita memilih sesuatu pendirian, jangan kita takut dibenci orang jika pendirian kita itu berdasarkan pandangan dan penyelidikan, bukan asal ngomong! walaupun begitu, mestilah kita juga siap untuk mengubah pendirian itu jika terdapat alasan yang kukuh untuk mengubahnya. Menurut HAMKA, jika kita telah berani menentukan pendirian, mengapa kita tidak berani untuk mengubah pendirian itu? Keberanian untuk berubah bukan mudah. Terkadang saat kita memilih untuk berubah, kita diuji sehingga akhirnya keberanian kita terpadam. Kesedaran dari dalam diri benar-benar bisa menyuburkan keberanian. Yakinlah bahawa semakin besar kesulitan dalam sebuah kehidupan, semakin besar ganjaran yang menanti. Mana mungkin sekeping syiling 50 sen dapat membeli rumah sebesar istana!!


Segalanya tepat sekali. Keberanian bukannya atas kesediaan membela diri, tetapi juga atas kesediaan memberi dan menerima. Memberi nasihat adalah berani tetapi menerima nasihat dan mengaplikasikan nasihat tersebut adalah lebih berani. Berkata-kata itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya adalah sukar.








monolog: aku ingin sekali menjadi berani. Berani menghadapi kesulitan-kesulitan hidup dan berani dalam mengawal akal dan nafsu. Aku mahu berani BERUBAH!