JellyPages.com

Tuesday, December 29, 2009

penyakit yang kian parah

salam ukhuwah buat semua..alhamdulillah hari ini, kita msih diberi ruang untuk bernafas, masih diberi ruang utuk menumpang di bumi Allah ini..semoga kita tak lupa untuk bersyukur padaNya..



pasti kita tahu tentang rancangan idola kecil ni kan?? ye memang kecil-kecil belaka tapi impaknya sangat besar!! dari kecil kita seolah-olah sudah didik dengan bentuk-bentuk hiburan seperti ini dan apa kesannya?? generasi yang sukakan hiburan dapat dihasilkan dengan jayanya..jadi persolan dalam diri ana, kenapa peserta idola kecil ni mostly melayu dan ana yakin mereka beragama islam. kalau dari kecil dah diberi pendedahan macam ni, macam mana agaknya bila dah besar nanti?? yang lebih menakutkan lagi, gaya peserta-peserta ni, menjadi ikutan adik-adik kita..baik dari segi pakaian mahupun dari segi style rambut..ana tak faham kenapa rancangan ni dibuat...banyak lagi rancangan lain yang boleh dibuat yang lebih mendidik minda dan rohani kita..


cuba antom check balik apa tanda-tanda kecil kiamat...
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

memang sah la kita ni sudah semakin hampir dengan kiamat..sekarang ni memang obvious sangat la remaja kita ni mengagungkan muzik..mereka menjadikan penyanyi sebagai role model mereka..apa hasilnya??





kecil-kecil lagi dah pandai pakai legging je..masyaAllah..pepatah orang dulu pun ada menyebut MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA...kalau dah dari kecil diajar untuk berpakaian begini, tak mustahil apabila meningkat remaja kelak mereka akan lebih lebih berani dari ini.. 

  

"tak up to date la kalu setakat nak pakai baju kurung je.sekali sekali mesti la nak tukar angin.kita ni duduk bandar bukan duduk kat kampung."
umm betul ke macam tu??cuba kita fikir plak, apa effect rancangan ni pada adik-adik kita yang tinggal kat kampung??mereka tidak didedahkan dengan gaya pemakaian macam ni tapi rancangan ni berjaya mempengaruhi mereka..ana duduk kampung.dan sekarang ni macam jadi kebiasaan pula, anak-anak gadis pergi kedai memakai baju tanpa lengan dan seluar pendek..siap pakai lipstick lagi! ana nak tengok pun ana malu..
mungkin sebahagian dari kita menganggap rancangan di televisyen tu hanya sebagai hiburan tapi sebahagian lagi menjadikan TV tu sebagai tuhan..ikut bulat-bulat apa yang ditonton dalam tv..ada pula yang sanggup meninggalkan solat semata-mata tidak mahu terlepas dari menonton rancangan kesukaan mereka..di sinilah silapnya..
jadi kawan-kawan, kita sebagai da'ie d bumi Allah ini kita berusahalah untuk membimbing dan menegur adik-adik kita agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara seperti ini...yang dah dewasa pasti sukar untuk ditegur, jadi kita cubalah sehabis baik untuk menangani masalah sosial seperti ini supaya mudah untuk kita menjawab di akhirat kelak..


wallahua'lam~


Monday, December 28, 2009

keajaiban wudhuk bagi kesihatan

assalamualaikum W.B.T
ana nak share sedikit maklumat yang sangat penting dan menarik yang ana perolehi dari sebuah buku yang berjudul  HIKMAH TERAPI SOLAT yang diterjemah oleh mohd basri bin yusof..
kita sedia maklum solat banyak mempengaruhi pergerakan tubuh seolah-olah kita sedang melakukan senaman. tapi mengapakah kita perlu mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum kita mendirikan solat???



"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu hingga ke hujung jari kaki, dan jika kamu berjunub, maka mandilah dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan kembali dari tempat buang air (tandas) atau menyentuh perempuan lalu kamu tidak memperoleh air , maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih), sapulah mukamu dan tangnmu dengan tanah itu. Allah S.W.T tidak mahu menyusahkan kamu, tetapi dia hendak membersihkan kamu dan meyempurnakan nikmatNya bagimu, supaya kamu bersyukur." (Al-Ma'idah: 6)


daripada ayat di atas, kita boleh lihat betapa kita disuruh untuk berwudhuk even bila tiada air kita diberi keringanan dengan cara bertayammum.

sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh muslim: "siapa yang berwudhuk dgn sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."

oleh sebab itu, antara rahsia untuk khusyuk dalam solat adalah dengan cara menyempurnakan wudhuk kita. jom kita tengok apa hikmah untuk setiap perbuatan membersihkan anggota wudhuk dengan kesihatan kita...
  • berkumur-kumur - dapt menjaga mulut dan kerongkong dari radang dan menjaganya dari terkena radang gusi. berkumur-kumur berfungsi memelihara gigi dan membersihkannya dari sisa-sisa makanan yang masih melekat. selain itu, ia juga sangat penting untuk menguatkan sebahagian urat wajah. seolah-olah kita membuat senaman muka. ia juga mampu memberikan ketenangan jiwa bagi seseorang apabila dia benar-benar menggerakkan urat mulutnya ketika berkumur-kumur.
  • membasuh hidung - membersihkan hidung dari debu, kuman dan bakteria. dengan cara ini hidung kita sukar untuk dijangkiti kuman dan gangguan radang. kita juga akan bebas dari terkena selesema:D
  • membasuh wajah dan kedua tangan - ia memberikan manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan bakteria, lebih-lebih lagi dalam menghilangkan peluh dari permukaan kulit. air wudhuk juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimpan di kelenjar kulit dibahagian epidermis. tempat ini adalah tempat yang paling baik unutk pembiakan kuman-kuman.
  • membasuh kedua-dua kaki - membasuh kedua-dua kaki sambil memerhatikan dengan baik akan menciptakan perasaan tenang dan nyaman kerana di kakilah terletak semua urat yang berhubung dengan seluruh anggota badan.apabila kaki dibasuh dengan sempurna sambil membasuh di celah-celah jari kaki, ia seolah-olah satu urutan refleksi yang diberikan pada urat-urat kaki.
menarikkan????? rasa teruja tak untuk menjaga kesihatan sendiri??hanya melalui wudhuk!!! apa tunggu lagi..kita tak perlu membazirkan wang yang banyak dan tidak memakan masa...hebatkan??SUBHANALLAH:-)


jom sama-sama kita praktikkan dalam kehidupan seharian..ambillah wudhuk dengan sempurna(^_^)/
JIMAT, MUDAH dan BERKESAN!!


renung-renugkan dan selamat beramal~

Tuesday, December 22, 2009

TERIMA KASIH ATAS UJIAN INI

assalamualaikum...semoga kita masih diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian Allah agar terus sabar dan redha dalam meneruskan kehidupan..



alhamdulillah.ana selamat tiba di UKM hari ni..memulakan sem baru..insyaAllah dengan semangat yang baru..amiinn
sampai je bilik,ana terus siap2 untuk ke kelas tapi lecturer pulak tak datang.sedikit kecewa sebab ana memang terkejar-kejar kononnya takut tak sempat masuk kelas sebelum lecturer masuk..tapi apa boleh buat, KITA YANG CARI ILMU BUKAN ILMU YANG CARI KITA.. memang sepatutnya kita yang menunggu lecturer..ana pun balik la semula ke kolej..nak angkut pulak barang2 dalam stor bawa ke bilik.sekali lagi kekecewaan tu tersenyum simpul kat ana..hadiah dari sahabiah ana yang ana simpan dalam stor tu dah HILANG..Ya ALLAH...ana rasa macam nak nangis sangat2..ana dah tulis nama besar2 kat kotak tu tapi kenapa ada orang yang ambil sesuatu yang bukan kepunyaan die??ana sayang sangat hadiah tu..lama ana simpan tapi at last.............

"ALLAH TAK PERNAH MENGAMBIL SESUATU YANG KITA SAYANG KECUALI DENGAN MENGGANTIKANYA DENGAN SESUATU YANG KEBIH BAIK."

apa yang berlaku pada ana hari ni, mengingatkan ana dan menyedarkan ana tentang sesuatu..apa yang kita miliki itu hanyalah bersifat sementara dan akhirnya ia akan pulang kembali pada yang MAHA KUASA..contohnya macam jam..jam yang baru itu akhirnya akan menjadi jam lama dan seterusnya rosak..kita pun tidak akan menggunakannya lagi. begitu juga dengan sebuah kehidupan..kita dilahirkan ke dunia, kemudian membesar dan akhirnya kita akan mati..begitulah adanya kitar sebuah kehidupan...yang baru akan menjadi buruk, yang muda akan menjadi tua dan akhirnya mati..
apabila mengingatkan ini, ana menjadi sedar..sedar betapa ana layak untuk diuji dengan kehilangan ini..kerana segalanya tidak akan kekal menjadi milik kita..
Ya Allah, terima kasih atas ujian ini.....


wallhua'lam~

Sunday, December 6, 2009

apa dah jadi ni??


assalamualaikum W.B.T buat semua sahabat dan sahabiah ana. alahamdulillah, hari ini kita msih diberi peluang untuk hidup. semoga dalam kehidupan seharian kita ini,kita dapat mengamalkan prinsip-prinsip kehidupan islam agar kita dapat menghindarkan diri kita dari perbuatan keji dan mungkar.
pergaulan bebas sekarang ni semakin tidak dapat dibendung. yang lebih menyedihkan, masalah ini banyak melibatkan golongan yang berpendidikan.






pemandangan macam ni dah jadi satu pemandangan yang biasa di mana-mana institut pengajian tinggi. lelaki dan perempuan membonceng motosikal bersama-sama. ia seolah-olah tidak pelik dan menjadi kebiasaan pula. kemana hilangnya perasaan malu mereka??"ala,bukan buat apa pun..tumpang naik moto je.bukan kat tempat gelap pun. ramai orang nampak." ni antara alasan yang diberikan oleh mereka. ana sangat-sangat tidak faham..bukankah ini dikira menghampiri zina?Allah sendiri telah melarang kita dari menghampiri zina jadi kenapa kita mesti melanggar larangan Allah itu??

 hasilnya, lahirlah ramai anak yang tidak sah tarafnya akibat dari perbuatan  melanggar hukum Allah ni. kita boleh lihat sendiri berapa banyak kes yang melibatkan pembuangan bayi..

 
  
  

astaghfirullah...kenapa ada manusia macam ni. hilang perikemanusiaan..apa dosa anak kecil ni??haiwan pun sayangkan anaknya..tapi kenapa kita yang dikurniakan akal ni, sanggup buat macam ni?? mana hilangnya kewarasan akal kita??bagi pasangan yang mahukan anak, sampai 10 tahun kahwin pun masih tak diberikan rezeki. kenapa manusia semakin kejam?? 

tengok kat bawah ni pula..takde saudara mara terdekat ke yang boleh tolong uruskan?? kenapa perlu buat macam ni?? macam mana kalu tiba-tiba bungkusan ni dijumpai oleh anjing liar??

 
nak tahu apa isi kandungan bungkusan ni??
                                      
bayi yang masih ada tali pusat!!!!!!!! masyaAllah, zalimnya..inilah akibatnya kalau batas-batas pergaulan tidak dijaga. ana sedih..sangat-sangat sedih..apakah dosa anak kecil ini sehingga diperlakukan sedemikian rupa?? YA ALLAH, ENGKAU HINDARILAH KAMI DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR DAN SELAMATKANLAH KAMI DARI AZAB API NERAKA..amiin Ya Rabbal 'Alam


maklumat tambahan: HUKUM MENGGUGURKAN JANIN 

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama’

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : “Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak).” (Surah Al-An’am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha’ Mazhab Maliki.


wallahua'lam~





Wednesday, December 2, 2009

kemalangan paling ngeri!!

assalamualaikum W.B.T...salam jihad buat kalian..semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..amiinn:)


salah seorang sahabiah yang sama course dengan ana forward kan karangan UPSR yang sangat ngeri ni pada ana..memang sangat ngeri bila semua watak dalam ceritanya menemui ajal..jom baca!!




Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.