JellyPages.com

Friday, October 21, 2011

rahsia

Salam 'alaik..


Alhamdulillah kita masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas di muka buminya. Sedangkan, dalam setiap saat ada sahaja nyawa yang dipulangkan kembali kepada Al- Haq. syukur ya Allah :)


Sepatutnya, dah lama saya tulis entri ni tapi tak berkesempatan. Pengalaman yang berharga yang saya rasa sangat2 membantu anak-anak remaja untuk terus berdiri di atas jalan yang telah kita pilih. Pengalaman2 dari orang2 lama, benar2 menjadi panduan untuk kita. 


2 weeks ago, saya ada meeting dengan INBIOSIS scientific advisory council. Not exactly a meeting but more to discussion. Penceramah yang dijemput adalah Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor dari Malaysia, Dr Eun Gi Cho dari Korea, Prof Dr Edward Neill Baker dari NZ dan Prof Dr Satoru Miyano dari China. Mula2 memang a bit boring. Dengan kerja lab yang melambak2, pastu kene dengar pulak benda2 cmni. Rasa macam nak buat jahat dah.






Paling menarik, ada 1 soalan yang ditanyankan "apa kunci kejayaan diorg sampai diorg berjaya ke tahap ni dan macam mana diorg tau, ini adalah jalan terbaik untuk diorg?" I was like..shocked!!! what a gud question. Sometimes, saya sendiri rasa macam berada di jalan yang salah. Kita sentiasa ragu2 dengan jalan yang kita pilih. And the worst thing is, kita dah ada pun kat atas jalan tu tapi tibe2 kita rasa kita nak turning back and choose other path )=


Most of them bagi tau perkara yang sama. Kalau kita tak cuba berjalan, kita takkan tahu jalan tu bagus atau tak. Macam Dr Satoru, dia sblm ni ada dalam bidang yang lain. Then, now dia dalam bidang lain. And he never regret! Malah, dia bersyukur akhirnya dia tahu juga bidang apa yang sesuai dengan dia walaupun lambat. Beliau tak pernah rasa beliau dah membazir waktu tapi beliau sangat gembira sebab boleh belajar dan tahu banyak perkara daripada orang lain. He is very positive!! Conclusion: the worst thing in life is STOP TRYING. Tak kesahlah berapa banyak pun jalan yang kita ambil as long as kita tak pernah berhenti mencuba cari jalan yang terbaik, InsyaAllah kejayaan ada untuk kita. Allah tak pernah kejam pada hamba2NYA. DIA sentiasa menilai setiap usaha kita :)


Setiap langkah kita adalah tanda tanya. Kita tak tahu apa yang ada di hadapan kita. Hari esok juga adalah tanda tanya. Tanda tanya ini lah yang menyebabkan kehidupan itu sangat menarik dan penuh dengan kejutan. Jangan takut untuk hadapi kejutan2 ni sebab Allah memang dah aturkan semua untuk kita. Hadapilah hari2 mendatang dengan penuh semangat sebab takde siapa pun yang tahu apa yg akan berlaku even for the next second. 




moral of the story: jangan menyesal dengan jalan yang kita pilih sebab setiap  orang ada jalan masing2. Tak perlu nak cemburu dengan apa yang orang lain ada sampai kita rasa down dengan kisah hidup kita. Rezeki setiap orang berbeza-beza, ada yang cepat ada yang lambat. Mungkin kita pernah salah jalan, tapi itu tak bererti kita perlu berhenti berjalan. Sila pilih jalan yang lain. Banyak lagi jalan yang Allah dah sediakan untuk kita. life must go on~

Monday, October 10, 2011

isi hati mak

Mak masih terbaring. Di kala usia mak semakin bertambah, kesihatan mak pula semakin berkurang. Mak selalu cakap," Allah dh selalu sangat bagi mak sihat, sekarang ni Allah bagi mak sakit pulak." Wajah mak nampak pucat, senyum mak pun dah tak semanis dulu. Mungkin juga, senyum mak hanya untuk menyedapkan hati anak-anaknya yang sibuk memaksa mak ke klinik. Hati saya menjadi resah bila tiba-tiba mak sendiri meluahkan hasratnya untuk meminta saya menghantarnya ke klinik. Menurut Doktor, mak gastrik dan sendi-sendi mak dah masuk angin. Sebab tu la, habis tangan dan kaki mak sakit-sakit setiap kali bergerak. tapi mak memang tak boleh duduk diam. Mak masih tetap melakukan kerja-kerja rumah seperti biasa. Sambil memicit-micit kaki mak, mak meluahkan rasa hatinya.


 "Dulu, bila mak kahwin, mak berharap punya anak-anak yang berjaya. Berjaya dalam hidup, belajar pandai-pandai, kerja bagus. Supaya anak-anak mak tak kan melalui masa-masa sukar macam yang mak pernah lalui dulu. Alhamdulillah, ada anak-anak mak yang dah kerja. Tapi bila mak dah tua dan selalu sakit-sakit, anak-anak mesti susah nak jenguk mak. Masing-masing mesti sibuk dengan kerja dan tugasan-tugasan lain. Mak faham dengan kerja yang banyak tu, anak-anak susah nak tengok mak. Mak berdoa supaya anak-anak akan amik masa untuk pulang. Tiba-tiba mak terasa mak ni tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi.Dulu mak mintak anak-anak mak berjaya. Bila Allah dah bagi, mak mintak lagi pada DIA. Memang betul lah manusia ni tak pernah merasa cukup dengan apa yang Allah dah bagi. Dan kadang-kadang kita merungut dengan ujianNya. Diberi kita rasa sakit yang tak sampai setahun pun kita dah mengeluh. Kita tak pernah pulak teringat akan nikmat sihat yang diberi selama berpuluh puluh tahun hidup." Mak menambah dengan nada sebak. Ada takungan ait mata di hujung mata mak. Sungguh, saya merasa sayu.








Mak, semoga mak cepat sembuh ye. Betapa bersyukurnya saya, masih punya ibu untuk meluahkan rasa kasih serta menjadi tempat bermanja. Al- fatihah buat muslimin, muslimat, mukminin & mukminat yang telah meninggal dunia..

Tuesday, September 6, 2011

Sangat-sangat bersyukur~

Salam 'alaik..


Kadang-kadang rasa pelik bila memikirkan betapa susahnya kehidupan zaman ibu bapa kita dulu untuk membesarkan kita. Tapi tak pulak diorang mengeluh untuk membesarkan kita. Anak sampai sepuluh pon boleh je diorang bela sampai besar. Siap boleh menabung lagi untuk masa depan anak-anak! Sungguh kagum dengan cara kaum-kaum ibu menggunakan duit belanja yang diberi oleh sang suami. Bayangkanlah, nilai sepuluh sen waktu tu memang besar. boleh dapat 10 biji gula-gula. Tapi zaman kita sekarang ni, tak tau dah nak beli apa dengan duit sepuluh sen tu. Bawa duit RM20 pon boleh habis sekejap je. macam air mengalir! Betapa kos sara hidup semakin meningkat sekarang ni. Tapi kaum-kaum ibu zaman dulu yang masih hidup zaman sekarang tetap boleh manage perbelanjaan diorang. Tu yang buat saya bertambah kagum and of course i want to be like them. 


raya ke-4 hari tu, saya berkunjug ke rumah kakak sulung saya. Kakak menceritakan kisah kawannya yang bekerja sebagai pekerja DBKL atau lebih tepat sekali pembersih kawasan bandar. Hidup mereka sederhana tetapi jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka juga di wajah anak mereka. Abang Ipar saya kagum melihat kereta mainan yang dipunyai oleh anak pasangan tersebut. 


hanya gambar hiasan

"Besar kereta mainan ni?" tanya abang Ipar saya pada pasangan tersebut. "Mesti mahal ni. Tayar dia pun besar. Cantik!" kata abang ipar saya lagi.
"waktu saya bersihkan kawasan pekan hari tu, saya terjumpa kereta mainan ni. Saya ambil dan saya bersihkan. Tayarnya tak berapa elok, jadi saya gantikan dengan tayar yang lain. Jimat dan cantik."  Jawap sang suami penuh rendah diri. 

Sungguh! saya kagum dengan mereka. Si anak juga tak banyak meminta-minta seolah-olah tahu akan kesederhanaan hidup mereka. Mereka nampak sungguh gembira.

"Awak bila mula kerja?" tanya kakak saya kepada si isteri.
"Semalam saya dah mula kerja. Tak boleh cuti lama-lama. Kesian pekerja-pekerja india yang terpaksa kerja lebih masa sebab tak cukup kaki tangan. Lagipun, pekan tu dah kotor. Orang buang sampah rata-rata. Tak sanggup saya nak cuti lama-lama." jawap si isteri dengan nada bersungguh-sungguh.

Sekali lagi saya kagum! Betapa commited si isteri terhadap kerjanya. Betapa risaunya si isteri apabila melihat pekan tersbebut kotor. Betapa concern si isteri terhadap wang yang yang diperolehi untuk membesarkan si anak.

Jauh di sudut hati, saya rasa bersyukur. Sangat-sangat bersyukur. Saya bukan lah dari keluarga yang kaya harta tapi saya kaya dengan adik beradik. Saya kaya dengan kasih sayang mereka dan kasih sayang mak abah. Ini betul-betul buat saya gembira dan menghargai kehidupan.





Orang kaya tak lena tidur malam kerana takut hartanya dicuri, tapi orang yang tidak kaya tidur dengan lena kerana siangnya penat bekerja demi sesuap nasi dari rezeki yang halal.

Thursday, August 18, 2011

kembali

Salam 'alaik..


Semalam, 17 ramadhan bersama dengan peristiwa nuzul Quran saya dikejutkan dengan berita kematian abang kepada tunang saya. Arwah baru berusia 26 tahun. Kembali menghadap Ilahi hanya kerana gastrik. Sedih? Tentu sekali. Arwah banyak membantu saya sudah tentu saya turut merasai kehilangan  walaupun arwah bukannya saudara rapat saya. Apa yang lebih menyedihkan arwah bakal menikah hujung tahun ini dan segala persiapan pernikahan juga telah dilakukan. Walaupun begitu, kematiannya mudah.Sakit yang sekejap lantas rohnya di bawa pergi. Bertambah barakahnya kerana pemergiannya adalah pada bulan ramadhan.






Begitu singkat perjalanan seorang pengembara di bumi Tuhan. Kullunafsin zaiqatul maut (setiap jiwa pasti merasai mati). Benarlah janji Allah ini. Jiwa kita ini milik Tuhan, dan sampai masanya kita harus memulangkan kembali kepada Al-Haq. Kesedihan saya menjadi bertambah berat apabila memikirkan soal diri. Soal kekhilafan diri. Banyaknya kesalahan yang saya lakukan, banyaknya larangan Tuhan yang saya abaikan. Andai nyawa saya diambil sekarang, apakah yang akan saya bawa sebagai bekal?? Ketakutan dan kesedihan memberat dipundak. Usia semuda ini, apakah yang akan saya persembahkan pada Al-Khaliq? Adakah amal saya seberat dosa yang telah saya lakukan? Jiwa saya berkecamuk memikirkan maut. 





Kematian tidak tertunda walaupun sesaat! Benar sekali. Ia menjadi peringatan buat saya. Siapa tahu akan ajalnya? Mungkin kita tampak sihat dan bergaya tetapi entah esok, entah sejam, entah seminit, entah sesaat nyawa kita diambil oleh pemilik sebenar segala roh.

Saturday, August 13, 2011

Sila Tabah!


Salam 'alaik..


Tiba-tiba terasa malu pada diri sendiri. Betapa lemahnya saya apabila berdepan dengan ujian Tuhan. Baru diberi dugaan sedikit, hati saya sudah goyah. Ingin sekali saya meresapi semangat Muhamad Hairuman Miskon.

Saya petik keratan berita ni dari harian metro 11 ogos 2011:

SLIM RIVER: Biarpun dugaan dihadapinya maha hebat apabila kedua-dua tangan dan kaki kiri dipotong akibat terkena renjatan elektrik November tahun lalu, Muhamad Hairuman Miskon ternyata anak muda berjiwa kental apabila tetap berkeyakinan tinggi untuk meneruskan kehidupannya.




“Saya tidak menganggap dunia sudah berakhir, sebaliknya berasa diri bertuah kerana masih ‘dipinjamkan’ Allah sebelah kaki lagi untuk meneruskan kehidupan.Saya juga tidak rasa bernasib malang kerana sedar ramai lagi insan di dunia ini nasib mereka lebih malang,” katanya.


Muhamad Hairuman berkata, dia juga bersyukur kerana dikurniakan kakak dan abang ipar yang bekerja keras untuk memastikan dirinya mendapat rawatan dan pulih seperti sedia kala.




****************************************************************************************


pengajarannya mudah! betapa beruntungnya kita yang masih punya anggota yang lengkap.Tapi kita sering merungut malah sering sahaja menggunakan pancaindera kita pada perkara yang tak sepatutnya. Saya sungguh terkesan dengan ayat mangsa. betapa beliau beruntung masih dipinjamkan Allah sebelah lagi kakinya. Kita yang lengkap kedua belah kaki ini, adakah kita bersyukur? Kita masih punya kedua belah tangan, adakah kita bersyukur? Bagaimana cara kita bersyukur? adakah dengan cara mendedahkan aurat itu sebagai tanda kita bersyukur? Adakah dengan cara meninggalkan solat itu bukti kita bersyukur? Adakah dengan cara kita merungut sewaktu diberi ujian itu menjadi bukti kita telah bersyukur? Tepuk dada, tanyalah iman.


Benar sekali. Allah memberikan segalanya percuma buat kita. Udara yang kita hirup ini adalah udara percuma. Bumi yang kita pijak ini adalah percuma. Pancaindera yang kita miliki ini adalah percuma. Percuma buat kita kerana pemilik mutlaknya adalah DIA. Terlalu banyak nikmat yang dipinjamkan, dan bila-bila masa sahaja nikmat itu boleh ditarik kembali. Mungkin nikmat penglihatan atau mungkin juga nikmat pergerakan. Siapa tahu apa yang akan berlaku hari esok. BERSYUKURLAH sebelum terlambat!














saya merenung tangan sendiri. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya menghadapi hari2 mendatang tanpa jari jemari ini. Apatah lagi tanpa tangan! ya Allah, hamba bersyukur. Benar2 bersyukur..Jangan palingkan hati hamba dari bersujud dan bertasbih padaMU. Hamba mohon dengan sangat~

Monday, August 8, 2011

RODA HIDUP KAT BAWAH!

Salam 'alaik..


Pantas betul masa berlalu. 8 Ramadhan telah menjengah. What????Oh, memang cepat. Banyak lagi lab work yang perlu diselesaikan.  Kenapa cepat sangat waktu berjalan ni? (tapi sempat je update entri.ape cite?? ahaha). Saya tak pernah cerita kisah hidup saya di blog ni. Segan barangkali. Ye, saya hanya insan biasa yang hidupnya hanya biasa-biasa tanpa sedikitpun perkara luar biasa berlaku.






Seperti insan-insan biasa yang lain, roda hidup saya juga berputar. Dan pernah satu ketika, roda saya itu berada di bawah! ditahap yang paling BAWAH. Nangis? tu jangan cakap la. Setiap kali solat, setiap kali bercakap konfem nangis. Kuat nangis ke saya ni? Oh tidak sama sekali. Saya yakin saya adalah perempuan berhati kental diadun dengan sedikit ciri-ciri kelembutan (nampak beno nipunye).Tapi, memang sungguh2 saya terasa sukar. Seolah-olah saya tersalah pilih jalan. Orang sambung master, kite pun nak sambung master. Sekarang, hamik kau! macam nak pecah kepala. Ahahahaha.. Terasa macam nak quit tu memang tak boleh tahan dah. Saya terlalu menyesal dengan jalan saya sekarang ini sehingga saya berperang dengan perasaan sendiri. Berdiri di atas jalan yang salah adalah perkara yang menyakitkan. Saya terasa sakit. Tapi saya berusaha sembunyikannya dari mak abah. Inilah kesilapan terbesar yang saya buat. Saya sembunyikan semuanya dari mak abah. Konon2  balik rumah muka nak ceria je kan? tapi, ibu bapa tu memang tau tabiat anaknya dengan baik. Mereka terkesan kelainan pada intonasi suara saya. Ya, seperti orang yang putus asa dan kesal. Belum mula cerita lagi air mata saya dah mengalir deras macam air terjun! tapi bile dah cerita semuanya kt mak abah, Ya Allah memang lega yang tak terkata. Their words of wisdom really touch my soul :) Then, I realize. Saya tidak tersalah pilih jalan. Di sinilah rezeki saya. Dengan duit ini jugalah saya memberi mak abah duit belanja walaupun tak banyak. Apa lagi yang saya mahu Tuhan berikan? MasyaAllah, nikmat yang Allah beri kepada hambaNYA selalu melimpah ruah tetapi kita sendiri selalu terasa ianya tidak mencukupi. Tepat sekali nasihat  mak dan abah, REZEKI ALLAH ITU TERTEBAR DI MANA-MANA. PASTI AKAN ADA REZEKI UNTUK KITA DAN YAKINLAH DI TEMPAT KITA BERDIRI ITULAH REZEKI KITA.


So, sekarang memang saya sedang gigih menjalankan research saya. Nanti kalau dah kahwin, tak payah la nak spend masa lama-lama kat lab.Ok gatal! abaikan~ahahaha..Oh nampaknya saya semakin selesa menjalankan lab work dengan penuh dedikasi walaupun result tak berapa best. Saya percaya dan yakin, di sinilah rezeki saya sebagai seorang fully research master student~






Mungkin time tu iman saya sedang berkurang. Terseksa betul bila iman berkurang ni. Rohani langsung tak tenang. Dengan penuh tekadnya, bulan Ramadhan ni saya nak bagi rohani saya makan banyak2 supaya iman saya tak berkurang lagi \(^_^)/ TERIMA KASIH MAK, ABAH :D

Sunday, July 24, 2011

kelebihan WANITA

Salam 'alaik..

Sungguh-sungguh saya tidak tahu bahawa Imam Bukhari itu asalnya adalah seorang anak yang buta matanya. Allahu Rabbi, masih banyak ilmuMU yang tidak aku ketahui tapi begitu sedikit usaha pencarianku. Kisah Imam Bukhari ini sangat menyentuh hati.

Siapa yang tidak pernah mendengar nama Imam Bukhari? Pada usianya 10 tahun, beliau telah mengembara untuk menuntut ilmu sehingga kitab Sahih  Al Bukhari yang ditulisnya telah dinilai sebagai kitab paling sahih selepas Al- Quran oleh para ulama. Subhanallah, bagaimana seorang yang buta boleh menuntut ilmu sehingga mendapat penghargaan ini?

Memang pada waktu kecilnya, Imam Bukhari ini seorang yang buta. Buta pada kedua matanya. Pada suatu malam, ibunya bermimpi bertemu Nabi Ibrahim yang mengatakan, "Hai Fulanah (iaitu Ibu Imam Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembaliakn penglihatan kedua mata puteramu kerana seringnya engkau berdoa." Ternyata pada keesokan harinya, sang ibu mendapati penglihatan puteranya telah dikembalikan oleh Allah.



Inilah bukti betapa doa seorang ibu itu sangat makbul. Apa yang didoakan oleh ibu kita pada hari ini, itulah penentu kita untuk masa hadapan. Betapa tingginya darjat seorang ibu. Hormati dan taatlah pada ibu kita selagi arahannya tidak melanggar hukum syarak. Jika kita ditimpa musibah, kita tertekan, kita kecewa, kita bersedih, berdoalah kepada Allah. Selain itu, luahkanlah kepada ibu kita, InsyaAllah apabila seorang ibu mendoakan kita doanya itu diutamakan Allah.

Pernah mendengar istilah bapa derhaka? Seorang bapa itu dikatakan menderhaka kepada anaknya sekiranya si bapa 1) tidak memberikan ibu yang baik untuk anaknya 2) tidak memberikan nama yang baik untuk anaknya 3) tidak memberikan didikan agama pada anaknya. Kita dapat lihat betapa pentingnya si bapa memberikan ibu yang baik untuk anak-anaknya kerana ibulah yang banyak menghabiskan masa bersama anak-anak dan sikap si ibu itu bakal diwarisi oleh anak-anaknya. Betapa islam itu begitu mengangkat manrtabat seorang wanita.





Syukur Alhamdulillah kerana aku dilahirkan sebagai seorang wanita :) Terima kasih mak! Luv u ^_^

Sunday, July 10, 2011

buat kawan baik~

Assalamualaikum..

buat BFF, Nur Ezzatie Zainudin :D Happy Belated Birthday, kawan!!

Tak sangka, dah dekat 10 tahun lebih kita kenal. Mula-mula kita kenal dulu, awaklah classmate saya yang paling saya tak suka sekali..Awak pun tak suka saya kan?? saya akui, dulu saya degil! no wonder la awk tak suka saya..hihi..Tapi tak sangka, lama-lama kita jadi rapat dan boleh kongsi banyak benda :) Betul la orang-orang lama cakap, orang yang kita benci tu mungkin akan jadi orang yang kita sayang..Terima kasih awk!

Nak cari kawan yang baik tu bukan senang. Kalau nak kawan yang baik, kita perlu menjadi kawan yang baik terlebih dahulu. Saya bersyukur sangat-sangat sebab saya kenal awak dan rapat dengan awk. Banyak benda yang saya belajar dari awak:) Kita kongsi makanan, tukar-tukar ilmu even kita dari course yang berbeza, tukar-tukar pendapat dan nasihat. Seriusly, saya sangat-sangat hargai awak.. Betapa beruntungnya saya,saya cuma minta kawan yang baik dari Allah, tapi DIA berikan kawan yang sangat-sangat baik yang selalu ada kat saya saat saya gembira dan sedih. Terima kasih yang tak terhingga ye awak.

semoga menjadi lebih matang \(^_^)/

Saya selalu cakap kat awak, saya nak bagi hadiah kasih sayang je untuk birthday awk:p Tapi kan awak, I really mean it! Saya sangat berharap saya boleh gembirakan awak bila awak sedih sebab awak selalu bagi saya semangat bila saya sedih. Terima kasih awak! Saya tau, walau banyak mana pun terima kasih yang saya ucapkan kat awak, tapi semua ucapan tu tetap tak dapat balas jasa awak pada saya. Sebab tu la, awk selalu ada dalam doa-doa saya. Semoga awak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan:)


Again, Happy belated birthday KAWAN^_^




Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya~

Tuesday, July 5, 2011

BERANI: jom gaduh!

Salam 'alaik.



Apa ertinya sebuah keberanian? Adakah berani bertinju atau mungkin berani berkelahi? HAMKA pernah menulis dalam bukunya bahawa tentera yang berjuang di medan perang dengan bersenjata lengkap, belum tentu boleh disebut berani. Benar sekali. Keberanian itu bukan hanya perlu dimiliki oleh nelayan kecil untuk menghadapi ombak-ombak besar, bukan juga penternak yang menjaga haiwan ternakannya dari dibaham binatang buas. Tetapi keberanian itu harus ada pada semua manusia untuk menghadapi ujian hidupnya. Tepat sekali anologi HAMKA bahawa hidup itu hanya semata-mata rantai kesulitan yang sambung bersambung. Tidak siapa tahu apa yang menantinya pada hari esok. Manusia yang berani adalah manusia yang sanggup menghadapi kesulitan dan tenang mengemudi akal dan nafsunya.


Kesulitan dalam hidup umpama sang lebah di taman bunga. Ia menyebabkan kehidupan itu penuh dengan kejutan dan warna-warni. Apabila bertemu dengan kesulitan, saat itulah dapat dilihat mana yang berani mana yang penakut, mana yang berjiwa kecil dan mana yang berjiwa besar. Sesukar manapun kesulitan yang dihadapi, kesanggupan untuk menghadapinya adalah titik tolak sebuah keberanian.

Begitu juga dalam kita memilih sesuatu pendirian, jangan kita takut dibenci orang jika pendirian kita itu berdasarkan pandangan dan penyelidikan, bukan asal ngomong! walaupun begitu, mestilah kita juga siap untuk mengubah pendirian itu jika terdapat alasan yang kukuh untuk mengubahnya. Menurut HAMKA, jika kita telah berani menentukan pendirian, mengapa kita tidak berani untuk mengubah pendirian itu? Keberanian untuk berubah bukan mudah. Terkadang saat kita memilih untuk berubah, kita diuji sehingga akhirnya keberanian kita terpadam. Kesedaran dari dalam diri benar-benar bisa menyuburkan keberanian. Yakinlah bahawa semakin besar kesulitan dalam sebuah kehidupan, semakin besar ganjaran yang menanti. Mana mungkin sekeping syiling 50 sen dapat membeli rumah sebesar istana!!


Segalanya tepat sekali. Keberanian bukannya atas kesediaan membela diri, tetapi juga atas kesediaan memberi dan menerima. Memberi nasihat adalah berani tetapi menerima nasihat dan mengaplikasikan nasihat tersebut adalah lebih berani. Berkata-kata itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya adalah sukar.








monolog: aku ingin sekali menjadi berani. Berani menghadapi kesulitan-kesulitan hidup dan berani dalam mengawal akal dan nafsu. Aku mahu berani BERUBAH!

Monday, June 20, 2011

15 maksiat yang menurunkan bala

Dari Ali Bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu (kroni).- ni memang dah banyak dah. Time pergi interview je especially under gomen ni, mesti ada soalan cepu emas yang berbunyi, "awak ada kenal sape2 tak kat sini?" =.=''


2. Apabila Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik baik dengan kawanya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.-point ke 5,6 & 7 ni memang banyak berlaku sekarang. Anak2 lebih utamakan kawan2 daripada keluarga sendiri. Bagaimana hubungan kita dengan keluarga?Semoga kita tidak berada dalam golongan ini..aminn


8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka. 
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai(oleh kaum lelaki).
13. Para artis disanjung-sanjung.-Ni memang terang lagi bersuluh la. Remaja sekarang ni diasak dengan bduaya hedonisme.Banyak artis2 baru muncul melalui program realiti TV. Gaya para artis menjadi ikutan, lagu2 mereka menjadi zikir dan mereka dijadikan idola.


14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

"Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
Hadis Riwayat Tirmizi



Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai keperingkat akhir. Sudah banyak tanda2 kiamat yang dapat kita perhatikan. Tetapi sejauh manakah kesedaran kita untuk membuat persediaan menghadapi yaumul kiamah tersebut? Bersediakah kita untuk dihisab amalan2 kita ini?Mungkin esok, lusa, sejam, seminit atau sesaat lagi nyawa kita akan dipulangkan kembali kepada Sang Pencipta.Cukupkah bekalan yang akan kita bawa nanti??











Tuesday, June 7, 2011

buat fatin sabri~

salam..


selamat hari lahir buat awk:) alhamdulillah, awk dh pun berusia 23 tahun which means dh 23 tahn Allah bg awk peluang untuk menumpang di muka buminya.bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mempertemukan sy dgn awk. Dan seterusnya menguatkan ikatan hati antra kita dengan menjadikan kita sahbat dan teman.Seriusly, terlalu bnyk perkara yang kita share sama2..mkn, minum, ilmu, mrh,gelak, tawa, sedih..sy sgt2 berharap agar awk halalkan semua tu.saya minta mf kalau gurauan atau teguran sy  pernah menyakitkan hati awk dan membuatkan awk berkecil hati.sy hanya insan yang lemah yg sering khilaf dlm menuturkan kata2..berkawan dgn awk adalah antara salah satu perkara terbaik dlm hidup sy.Awak, terima ksh sbb jd kwn sy:D sy mungkin bukan kwn yg baik tp sy akn berusaha utk ke arah itu. Semoga awk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditenangkan hati dan semoga awk terus berusaha untuk berhijrah menjadi seseorang yg lebih baik dr sblmnya..Doa sy selalu ada untuk awk^_^

SELAMAT HARI LAHIR \(^_^)/


Jujur, sebelum ini saya tidak pernah membuat entri khas untuk mana-mana kawan saya. Hari ini saya terdetik untuk melakukan sedemikian. Pasti ini juga berada dalam aturan Allah. Buat FATIN NABILAH SABRI, selamat hari lahir:) Saya tau, ni bukan hadiah terbaik untuk birthday awk, tapi semua yang saya tulis betul2 datang dari hati saya yang comel ni. Terima kasih sebab jadi kawan saya^_*


inilah kawan saya tu..single lagi ni:) hihi


Friday, June 3, 2011

gara-gara jari dipotong

Ada seorang raja yang sangat menyenangi sikap seorang pembantunya. Raja memilih pembantu ni sebagai orang kepercayaannya.Lelaki ni sangat baik dan selalu bagi nasihat yang berguna untuk si raja. Semua masalah dan keputusan, mesti raja nak bincang dengan lelaki ni. Oleh sebab tu, ke mana sahaja si raja ni pegi mesti dibawa sekali lelaki tadi.


Satu hari, si raja telah digigit oleh anjing. Jari raja cedera dan lukanya bertambah parah. Raja bertanya pada pembantunya sama ada apa yang berlaku ni petanda buruk atau tidak. Pembantunya pun menjawap, "Buruk atau baik, susah saya nak cakap." Akhirnya, jari raja terpaksa dipotong. Raja tanya lagi pada pembantunya sama ada ini petanda baik atau buruk. Pembantunya masih lagi memberikan jawapan yang sama. "Tuanku, buruk atau baik, susah saya nak cakap." Raja menjadi marah pada pembantunya. Dia memenjarakan pembantunya yang setia itu dek kerana jawapan si pembantu yang tidak memberangsangkan.



Pada suatu hari, Raja pergi memburu kancil di hutan. Oleh kerana terlalu teruja memburu kancil tersebut, raja telah tersesat ke dalam hutan yang tebal. Keadaan menjadi lebih burk lagi apabila raja telah ditangkap oleh orang asli yang tinggal di dalam hutan tersebut. Mereka menangkap raja untuk dijadikan hidangan pada tuhan mereka. Tiba-tiba mereka terpandangkan jari raja yang tidak sempurna itu. Raja itu tidak sesuai lg untuk dijadikan korban kepada tuhan mereka. Raja pun dibebaskan dan berjaya pulang kembali ke istana.


Akhirnya, raja faham maksud pembantunya "Buruk atau baik, susah saya nak cakap." Kalau jari raja tidak dipotong sudah tentu raja telah menjadi korban. Raja menyuruh pembantunya dibebaskan dan memohon maaf pada pembantunya. Raja terkejut kerana pembantunya sedikit pun tidak menyimpan dendam dan memarahinya. Pembantunya berkata, "Tuanku memenjarakan saya bukanlah satu perkara yang buruk buat saya. Jika tuanku tidak memenjarakan saya sudah  tentu tuanku akan mengajak saya berburu di hutan. dan sudah pasti orang2 asli itu akan memilih saya pula untuk menjadi korban setelah mengetahui bahawa tuanku tidak sempurna anggota. Tuanku pasti boleh lihat sendiri betapa sesuatu perkara yang  berlaku itu, buruk atau baik, memang susah untuk kita nilai pada awalnya."



Moral: mungkin saat kita melalui satu-satu ujian, kesusahan dan dugaan itu kita terasa berat dan rasa tak berdaya. Tapi kita lupa akn satu hal. Di hujung setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Anggap sahaja dugaan2 dalam hidup itu sebagai satu kejutan dan platfom untuk kita belajar erti hidup. Hamka pernah menulis dalam bukunya, "ramai orang boleh berusaha untuk bersabar tetapi tidak ramai orang yang tahu untuk bersyukur."



Monday, May 23, 2011

singkatnya MASA

salam 'alaik..

Memang telah tertulis di dalam Al-quran "Kullu nafsin zaaiqatul maut-setiap jiwa pasti akan merasai mati." benarlah ajal itu tidak pernah mengira siapa dan berapa umurnya. Allah telah menulis perjalanan hidup kita ini di Lauh Mahfuznya. Cepat atau lambat kita pasti akan melaluinya.. Cuma fitrah manusia ini sering beranggapan yang berusia pasti 'pergi' dahulu manakala yang muda pula masih punya banyak masa untuk bertaubat. Masih boleh enjoy sementara kudrat masih kuat! ini salah! masa bertenaga bukan untuk dihabiskan pada perkara-perkara yang melalaikan..

Rakan saya, berusia 23 tahun yang baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 3 bulan. Isterinya disahkan mengandung 2 bulan. Malang sekali, beliau dijemput Ilahi sewaktu dalam perjalanan mencari nafkah untuk si isteri dan bakal anak mereka. Siapa sangka, si ayah tak sempat menatap wajah zuriatnya. Ini sungguh terkesan dalam diri saya. Usia semuda ini, dengan isteri dan bakal anak yang ditinggalkan. Ajal memang tidak berbau. Jika ditakdirkan nyawa kita diambil sekarang, adakah kita sudah bersedia?cukupkah dengan amal yang akn dibentangkan di hadapan Allah kelak?? Allahurabbi, pinjamkan hamba sedetik waktu lagi =(

Setiap kali bertanyakan khabar mak dan abah di kampung, pasti ada sahaja berita kematian. Perginya satu persatu rakan-rakan seangkatan mak dan abah. Ada sebak pada nada suara mereka. Seringkali mak dan abah berpesan agar kami adik beradik redha pada pemergian mereka kelak. Benar, kebimbangan kian bersarang di benak saya. Tak dapat membayangkan kehidupan tanpa mak dan abah. Ya Allah, hamba mohon, berikanlah hamba ruang untuk berbakti pada mereka. Ya Rahman, tanpa mereka tiadalah hamba. Jangan KAU ambil mereka sebelum sempat hamba menggembirakan hati mereka ya Allah..

Kematian memang tidak mengenal usia. Allah pinjamkan kita sebuah kehidupan, dan DIA berhak mengambilnya pada bila-bila masa sahaja. Lihat sahaja apa yang berlaku pada anak-anak yatim di Hulu Langat. Perjalanan mereka sepatutnya masih panjang tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya. DIAlah penakluk langit dan bumi. Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan hamba-hambamu yang beriman.




Bagaimana dengan kita? Masih jauhkan perjalanan kita? Masih adakah sesaat untuk kita bernafas? Mahukah kita mati dalam keadaan rambut yang perang, kuku yang berwarna,aurat yang tidak sempurna? Nauzubillah Nauzubillah Nauzubillah! Ya Rabb, buka kanlah pintu hati kami untuk tetap mengingatiMu serta matikanlah kami dengan iman dan islam..Aminn Ya Rabbal 'alamin~

Monday, May 9, 2011

zikir vs dikir (MANA LETAKNYA HATIMU!)


Astaghfirullahal 'adzim!! itulah kata2 yang keluar apabila saya melihat video ini yang dibuat oleh GADIS MELAYU-ISLAM-BERTUDUNG-PANDAI BERZIKIR. mana letaknya  penghormatan zikrullah dalam jiwa umat islam sendiri jika zikir2 sebegini menjadi senda gurau, bahan gelak ketawa dan diperlekehkan seolah-olah menjadi dikir barat! APA?kalian mahukan hiburan??adakah sampai ke tahap itu budaya hedonisme diserap dalam salur darah kalian? adakah kalian rasa terhibur dengan cara begini? Allahu Rabbi, apakah yang telah terjadi pada dunia akhir zaman ini.. apakah pula yang akan menjadi santapan telinga generasi2 akan datang?

"Sesungguhnya beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dengan berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat." [Al-A'laa 14-15]


ramai di kalangan kita ini yang semakin kurang sensitif apabila nama Allah ini disebut dan dialunkan.


"Sesungguhnya org2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar haitnya dan apabila dibacakan ayat2-NYA kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." [Al- Anfal:2]


Tepuk dada, tanyalah iman! apa yang kita rasakan apabila kita menyebut atau mendengar nama Allah? bergetarkah hati kita? atau kita sekadar merasa seperti 'diangin lalu.' AWAS!!! jika ini berlaku, itu tandanya kita berada di zon bahaya. kita telah kematian rasa..kematian rasa pada kebesaran sang Pencipta..takut2 kita tidak tergolong dalam golongan orang yang beriman. Nauzubillah! Astaghfirullah!..Subhanaka inni kuntu minadzalimiin..


saya cukup sedih dengan apa yang berlaku..cukup kecewa dengan mentaliti melayu-islam yang tidak segan silu mempersendakan zikrullah ini..Ya Khaliq, jadikanlah hati2 kami ini, hati2 yang mencintai kebaikan dan membenci keburukan2 yang mempersendakan agamaMU. Ya Allah yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati2 kami ini pada jalanMU dan jadikanlah kami ini hamba2MU yang membenci pada perkara2 yg KAU larang..(aku mohon dgn sesunguhnya agar dibukakan hatiku dan hati2 mereka ini agar terhindar dari perbuatan keji dan mungkar..Ya Rabb, sentuhlah hati kami agar kami tidak lagi mengulangi kesilapan masa lalu kami.aminn)




Allahu Rabbi, benarlah kami kini berada dipenghujung perjalanan.Roh zikir itu tidak lagi meresap dalam hati batu hamba2-MU. Aku mohon dengan sangat Ya Rahman, janganlah KAU golongkan kami dalam golongan hamba2-MU yang rugi:(

Friday, April 29, 2011

belajar bersyukur!

salam 'alaik~



kita selalu diuji..kadang2 sampai kita rasa kita la yang paling malang sekali sehingga diuji dengan ujian yg bertimpa-timpa.kita menangis dan meratap. kita terasa seolah-olah tiada lagi hari esok untuk kita! kita patah harapan.

cubalah tempatkan diri kita di tempat lelaki di atas!!berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..kita menangis melihat lelaki itu meneruskan kehidupannya tanpa kedua belah tangan..tetapi beliau sendiri yang menanggungnya tentu terasa  lebih sukar..TAPI beliau tak patah semangat..beliau masih bekerja, masih membantu kerja sekolah anak2, masih boleh mambantu isteri didapur, masih menunaikan kewajipan sebagai seorang islam iaitu bersolat dan mengaji Quran. tersentuh rasa hati bila beliau bersusah payah menyapu air wudhuk diseluruh muka dengan menggunakan kaki! ALLAHUAKBAR, SUBHANALLAH..betapa kuatnya insan ini ya ALLAH..

kita yang sihat ini, yang masih cukup pancaindera ini, cukup anggota badan ini apa yang telah kita lakukan tanda bersyukur? sempurnakah solat kita atau sekadar tonggan tonggek sahaja tanpa roh solat tersebut? tangan kita ini, adakah kita melakuakn perkara yg baik2?kaki kita ini, adakah kita melangkah ke tempat yg baik2? telinga kita ini, adakah kita mendengar perkataan yg baik2? mata kita ini,adakah kita melihat perkara yang baik2?

jika tangan ini, kita gunakan untuk melakukan perkara2 maksiat SEWAJARNYA TANGAN KITA INILAH YANG DIPOTONG! bukan lelaki tersebut!!

walaupon  tanpa sepasang  tangan, beliau tidak meminta sedekah! beliau tidak membunuh diri kerana kecacatannya!beliau tidak berputus asa kerana kekurangannya!! bagaimana dgn kita? baru ditegur Tuhan sedikit, kita mengeluh! baru disapa Allah sedikit, kita merungut!!baru diberi sedikit ujian kita menangis!! mana letaknya IMANmu??mana letaknya MARUAHmu?mana letaknya MALUmu??

bangkitlah!teruskan hidupmu yang masih bersisa! BERTAUBATLAH serta pulanglah ke jalan-NYA.jangan tumpahkan air matamu untuk menangisi kehinaan dunia.

Sunday, March 27, 2011

KEBENCIAN itu satu 'bebanan'

salam 'alaik~

kebencian tu menyebabkan wajah kita tak cantik. cepar berkedut pulak tu!

Bila dah ada rasa benci dalam hati kita ni, memang susah nak dibuang.
impaknya, kita akan terasa hanya kita yang betul! Kita jadi lupa fitrah hidup bahawa setiap dari kita ni saling bergantung antara satu sama lain.
'kebencian' tak ubah seperti virus yang begitu cepat membahagi dan mereplikasi dalam tubuh kita. Hanya sedikit masa yang diperlukan untuk ia merebak ke seluruh anggota sekaligus menguasai jasad kita. Kita hilang rasional diri dan tidak dapat membuat pertimbangan dengan baik.

kita sering terasa kesakitan yg kita hadapi begitu hebat tanpa sedar 
sikap kita turut menyebabkan orang lain terasa sakit

Anologi sebuah kebencian

Di sebuah sekolah, seorang Ustazah meminta pelajar2nya supaya membawa beg plastik beserta kentang yang sudah diukir nama orang yang dibenci pada kentang tersebut...tidak di beritahu berapa jumlah kentang tersebut..terpulang kpd pelajar utk membawanya mengikut jumlah orang yang dibenci.

Pada hari yg di janjikan, masing2 pelajar membawa kentang dlm beg plastik.ada yg bawa 2 biji kentang, 3 biji kentang, malahan ada yg bawa 6 biji kentang. Ustazah seterusnya memberi arahan bahawa kentang yg dibawa hendaklah di bawa ke mana sahaja mereka pergi...ke tandas ke, ke kantin, mahupun ke bilik tidur selama seminggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 biji kentang, selain berat baunya juga tidak enak. Mereka mula terasa membawa kentang2 tersebut adalah satu beban.Apatah lagi yang telah busuk.

Setelah 1 minggu pelajar merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir.
Ustazah : " Bagaimana rasanya membawa kentang selama 1 minggu ?"
Keluarlah keluhan dari pelajar, pada umumnya mereka tidak merasa selesa membawa kentang-kentang busuk tersebut ke mana pun mereka pergi.


Ustazah pun menjelaskan mengenai arahan yg d beri kpd pelajaranya..


Ustazah : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa apabila kita tidak mampu memaafkan orang lain. Sungguh tidak menyenangkan membawa kentang busuk kemana pun kita pergi. Itu hanya 1 minggu bagaimana jika kita membawa kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak selesanya hidup kita.

Semakin banyak kebencian yang kita simpan dalam hati, semakin banyak beban kebusukan yang kita tanggung. Sanggupkah kita menanggung beban ini untuk seluruh kehidupan kita? Hasutan syaitan memang tidak akan berhenti malah syaitan akan melipat gandakan usaha mereka untuk menambahkan kebencian dalam hati kita agar hati kita rosak!



Belajarlah untuk memberi maaf dan memaafkan.Rasulullah SAW bersabda: "janganlah engkau tidur sebelum engkau memaafkan org lain dan engkau memaafkan dirimu sendiri."




dalam proses untuk berubah:) duhai hati, maafkanlah!

Thursday, March 24, 2011

MASALAH BESARR PUNYE~

Salam 'alaik..


masalah boleh membuatkan kepala jd botak..scary!!

Oh Ye..Lumrah hidup ni, semua orang ada masalah..
Tapi apa yang penting kerjasama adalah cara kita handle masalah tu..
Ala, apa nak pening2 kepala..Allah ciptakan setiap penyakit mesti dengan ubatnya..
Oleh itu, Allah pasti sediakan jalan keluar untuk setiap ujian-NYA.

TAPI..
masalah saya ni, kian lama kian parah..kroniknya menjadi-jadi!!
puas dah saya berubat ke sana ke mari..
tapi saya hanya menemui jalan mati buntu.


saya telah melakukan beberapa eksperimen untuk membuktikan ke'kronikan' penyakit saya ni.
daripada data yang diperolehi, masa yang diambil untuk saya terjerumus ke kancah peperangan permasalahan ini semakin singkat dari sehari ke sehari.
Hal ini sungguh membingungkan saya..

INILAH MASALAHNYA


saya mesti tido dalam bas
mula2 dulu saya ingatkan sy tido sebab saya penat ataupun sebab saya pening..
dulu, saya amik masa 1jam perjalanan baru boleh tido.
makin lama makin up plak.
bertukar ke 30 minit,
bertukar ke 15 minit
dan sekarang, perjalanan dari fakulti ke kolej pon saya boleh tido dalam bas!
siap mimpi2 bagai..pehhhh
saya mimpi dikurung dalam bas gara2 tertido..
sadis sungguh!!



bila saya mula masuk dalam perut bas,
mata saya akan layu sedikit demi sedikit..
magik!
tak payah makan pil tido..


bila pemandu saya pakcik bas start enjin bas
pandangan saya pun menjadi semkin kelam.
dan kelam
dan kelam
sehinggalah segalanya kelihatan gelap gelita.
masalah saya ni dah jadi makin kronik..saya pun turut risaukan keselamatan saya dalam bas tersebut.
walaupun saya tido mati tido ayam,
tapi hakikatnya tabiat ini sungguh berbahaya untuk seorang gadis!!









peningla nak cari penyelesaian masalah ni..memang masalah besaaaaarrrrr punyeeee!!! HELP ME HELP ME~




Wednesday, March 16, 2011

Rahsia malapetaka di Jepun



1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.



Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.


Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

 2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)


so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
  
3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

 makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
  
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

 Wallahu 'alam..

Ini adalah antara note di Facebook yang semakin banyak dikongsi. Sejauh mana kebenarannya? Namun tetap terbukti, Allah itu Maha mengetahui segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi. Semoga apa yang melanda Jepun ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita agar segera mendekatkan diri dengan Allah 'Azza wajalla.