JellyPages.com

Tuesday, September 6, 2011

Sangat-sangat bersyukur~

Salam 'alaik..


Kadang-kadang rasa pelik bila memikirkan betapa susahnya kehidupan zaman ibu bapa kita dulu untuk membesarkan kita. Tapi tak pulak diorang mengeluh untuk membesarkan kita. Anak sampai sepuluh pon boleh je diorang bela sampai besar. Siap boleh menabung lagi untuk masa depan anak-anak! Sungguh kagum dengan cara kaum-kaum ibu menggunakan duit belanja yang diberi oleh sang suami. Bayangkanlah, nilai sepuluh sen waktu tu memang besar. boleh dapat 10 biji gula-gula. Tapi zaman kita sekarang ni, tak tau dah nak beli apa dengan duit sepuluh sen tu. Bawa duit RM20 pon boleh habis sekejap je. macam air mengalir! Betapa kos sara hidup semakin meningkat sekarang ni. Tapi kaum-kaum ibu zaman dulu yang masih hidup zaman sekarang tetap boleh manage perbelanjaan diorang. Tu yang buat saya bertambah kagum and of course i want to be like them. 


raya ke-4 hari tu, saya berkunjug ke rumah kakak sulung saya. Kakak menceritakan kisah kawannya yang bekerja sebagai pekerja DBKL atau lebih tepat sekali pembersih kawasan bandar. Hidup mereka sederhana tetapi jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka juga di wajah anak mereka. Abang Ipar saya kagum melihat kereta mainan yang dipunyai oleh anak pasangan tersebut. 


hanya gambar hiasan

"Besar kereta mainan ni?" tanya abang Ipar saya pada pasangan tersebut. "Mesti mahal ni. Tayar dia pun besar. Cantik!" kata abang ipar saya lagi.
"waktu saya bersihkan kawasan pekan hari tu, saya terjumpa kereta mainan ni. Saya ambil dan saya bersihkan. Tayarnya tak berapa elok, jadi saya gantikan dengan tayar yang lain. Jimat dan cantik."  Jawap sang suami penuh rendah diri. 

Sungguh! saya kagum dengan mereka. Si anak juga tak banyak meminta-minta seolah-olah tahu akan kesederhanaan hidup mereka. Mereka nampak sungguh gembira.

"Awak bila mula kerja?" tanya kakak saya kepada si isteri.
"Semalam saya dah mula kerja. Tak boleh cuti lama-lama. Kesian pekerja-pekerja india yang terpaksa kerja lebih masa sebab tak cukup kaki tangan. Lagipun, pekan tu dah kotor. Orang buang sampah rata-rata. Tak sanggup saya nak cuti lama-lama." jawap si isteri dengan nada bersungguh-sungguh.

Sekali lagi saya kagum! Betapa commited si isteri terhadap kerjanya. Betapa risaunya si isteri apabila melihat pekan tersbebut kotor. Betapa concern si isteri terhadap wang yang yang diperolehi untuk membesarkan si anak.

Jauh di sudut hati, saya rasa bersyukur. Sangat-sangat bersyukur. Saya bukan lah dari keluarga yang kaya harta tapi saya kaya dengan adik beradik. Saya kaya dengan kasih sayang mereka dan kasih sayang mak abah. Ini betul-betul buat saya gembira dan menghargai kehidupan.





Orang kaya tak lena tidur malam kerana takut hartanya dicuri, tapi orang yang tidak kaya tidur dengan lena kerana siangnya penat bekerja demi sesuap nasi dari rezeki yang halal.