JellyPages.com

Wednesday, July 28, 2010

duhai hati~

perasan tak..kadang-kadang tanpa sebab hati kita jadi sebak..rasa nak nangis yang tak tertahan..tapi tak tahu apa puncanya..tau-tau je, rasa nak marah semua orang..rasa bengang dengan semua orang..terasa yang semua orang salah, hanya kita yang betul!

bila kawan kita tanya apa masalah kita, kita jadi buntu nak jawap..sebab kita pun tak tahu kenapa jadi macam tu..kita pun duduk sorang-sorang dengan alasan nak mencari ketenangan dan start fikir apa sebenarnya masalah kita. end up, kita still tak tahu kita kenapa sebenarnya..tapi sebenarnya kita rasa ada something yang tak kena..umm perasaan pun jadi tak keruan..buat itu salah,buat ini salah..senang kata, semua tak berkenan dek mata kita!

awas!!

ini adalah salah satu tanda kita mempunyai masalah hati...hati tidak tenteram..memang benar,jika hati tak tenteram apa pun yang kita lakukan tidak akan menjadi..kalau kita perasan, bila hati kita dalam keadaan gembira, everything yang kita buat, pasti akan menjadi mudah dan membuahkan hasil:)

macam mana nak atasi masalah hati ni??umm takda siapa pun yang nak rasa mcam ni..bukan hanya menyusahkan diri malah menyusahkan orang lain..tak pasal-pasal oarng lain pulak yang adi mangsa..cara yang sangat senang dan mudah..



bila kita mengahdapi situasi di atas, itu tandanya hati kita perlukan makanan..bukan perut je yang perlu makan! bila hati kita lapar, tu yang hati kita meragam tu..mintak di isi..berilah ia makan dengan ZIKRULLAH..zikir itu adalah penenang hati..ia bertindak seperti ubat penenang..yang meresap terus ke dalam salur darah dan memberikan nafas baru kepada diri kita untuk tetap tegar dalam menghadapi ujianNYA.. dekat kan diri kita dengan sang Pencipta kerana DIA pasti tahu apa yang terbaik untuk kita serta jalan keluar yang harus kita pilih~





alangkah indah jika bibir kita basah dengan zikrullah dan hati kita sarat mengingatiNYA..tapi kita sering terlupa dan lalai..akibat dunia yang kita kejar lebih dari Akhirat..ya Allah semoga KAU selamatkan kami dari golongan orang-orang yang rugi..aminn~

Tuesday, July 20, 2010

jasad meringkuk di dalam lubang
dasarnya penuh dengan batuan
tidur beralaskan papan
berselimutkan kapan
bertemankan kegelapan
    dunia telah ditinggalkan
     tenggelamlah jasad dalam kerugian
     dek masa hidup yang penuh kelazatan
     keindahan telah tiada
     harta tidak dapat dibawa
     tiada lagi teman setia
     hanya amalan menjadi gantinya
dosa lalu menghambat
tiada lagi peluang bertaubat
segalanya sudah terlambat
hukuman Tuhan semakin mendekat



setiap jiwa pasti merasai mati..ya, mati itu hanya sekali..justeru persiapannya biarlah cukup..cukup untuk yang sekali itu..jika kecintaan terhadap dunia itu besar, maka kita akan takut menghadapi mati..sebab itulah apabila kita mencintai dunia, maka akhirat akan membenci kita sedangkan kita tahu akhirat adalah destinasi terakhir tempat di mana amalan akan dihitung walaupun untuk amalan yang sekecil zarah..
entah jam ini, entah minit ini, entah saat ini ajal menanti kita.. jika bukan kita, mungkin juga untuk orang-oarang yang kita cintai..
"tunggula aku dah tua nanti,pandai-pandai la aku nak taubat..sekarang ni muda lagi..jauh lagi dari mati.."
"ala, nanti la aku solat..banyak masa lagi..nanti dah tua, tak berganjak aku dari tikar sejadah tu..aku buat la solat banyak-banyak..yang ko susah hati tu kenapa??" ewah-ewah, macam tau je bila ajal tu datang..entah-entah lepas cakap tu, terus sesak nafas then KO..haaa kan menyesal!

bukan sekali dua ayat ni di dengar..tapi sudah terlalu kerap..bila difikirkan dengan akal yang rasional seolah-olah kita tahu saat kita akan mati..sedangkan kematian itu adalah rahsia Allah..kalau tidak sekarang, bila lagi nak bertaubat??bila lagi nak mencari dan mengenal Tuhan?? SEKARANG! ya, sekarang lah masanya..saat badan masih kuat, saat kudrat masih ada..apabila ajal sudah di tenggorokan, segala taubat sudah tidak di terima..






kubur adalah awal tempat akhirat. jika penghuninya selamat di situ, mudahlah sesudahnya.. jika penghuninya tidak selamat di situ, maka sesudahnya akan lebih sulit~

Saturday, July 10, 2010

apa yang kau cari??

salam 'alaik..

kisah ini begitu menyentuh hati saya..saya jadi terfikir dan mula bermuhasabah diri untuk mencari jawapan..


ada seorang lelaki yang kehilangan sukatan yang diperbuat daripada bulu. dia tidak tahu siapa yang mengambilnya. ketika dia sedang solat, tiba-tiba dia teringat siapa yang mengambil sukatan tersebut. dengan sebab itu, dia cepat-cepat menghabiskan solatnya dan berkata kepada pekerjanya supaya cepat-cepat pergi mengambil sukatan tersebut daripada si fulan..pekerjanya pun bertanya, "bila tuan mengingatinya?" tuannya menjawab,"ketika aku sedang solat." kemudian pekerjanya berkata,"rupanya tuan mencari sukatan,bukan mencari Allah." hati tuannya tercuit mendengar kata-kata itu..lantas pekerjanya dimerdekakan..

masyaAllah,semoga kita dijauhkan dari hal-hal seperti ini..
tetapi, hakikatnya inilah yang sering kita hadapi..alangkah sukarnya mencari khusyuk dalam solat..kadangkala makanan yang ingin kita beli muncul dalam fikiran kita sewaktu solat..sudah terang,yang kita cari adalah makanan bukannya keredhaan Allah..
biasa juga dialami,barang yang hilang ditemukan dalam solat..contohnya kunci rumah,kunci kereta,telefon bimbit dan banyak lagi..aneh bukan??semuanya muncul sewaktu kita sedang solat! ini adalah angkara syaitan yang melalaikan kita dan melarikan tumpuan kita dari mengingati Allah seterusnya mencuri khusyuk kita.

Rasulullah SAW bersabda: "barangsiapa solat 2 rakaat, hatinya tidak ingat sesuatu pun tentang dunia, maka dosa yang terdahulu akan diampuni."

dirawikan dari Hatim al-Ashom. dia ditanya tentang solatnya. maka dia menjawab:
-ketika tiba solat, kusempurnakan wudhukku.
-aku pergi ke tempat solat,aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku..lalu kudirikan solat.
-aku jadikan kaabah di depan mataku,sirat di bawah tapak kakiku,syurga di kanan ku, neraka di kiriku, malaikat maut di belakangku dan ku kira itu adalah solatku yang terakhir.
-kemudian aku berdiri di antara berharao dan takut,aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tertil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas.



cukuplah Allah yang kita cintai kerana tiada cinta yang bisa menyelamatkan kita dari bahang api neraka selain dari cintanNYA~

Sunday, July 4, 2010

hakikat cinta

salam 'alaik...


orang kata,cinta itu tidak perlu dicari..ia akan datang sendiri bila tiba masanya..saya jadi tertanya-tanya..betul ke??

ada pula orang kata, cinta ibarat rama-rama..makin dikejar makin ia pergi..tapi,apabila kita berdiam diri,ia akan datang menghampiri..umm mungkin ini salah satu sebab mengapa kita tidak perlu mencari cinta..

ada pula pendapat mengatakan,cinta itu adalah gabungan perasaan manusia..di dalamnya ada masam,masin,pahit,manis,suka,duka,derita,air mata,ceria,bahagia dan banyak lagi..
umm kalau macam tu,cinta ni tak la best sangat pun..tapi kenapa orang mengagung-agungkan cinta???sehinggakan ada yang tersungkur di sebabkan cinta..sehingga kan lahirnya anak yang tidak sah taraf disebabkan cinta..sehingga ada anak-anak yang di 'tong sampahkan' gara-gara cinta..

hakikatnya, cinta itu memang perlu di cari..
sebelum kita mencintai seseorang,cintailah diri kita sendiri..tetapi sebelum kita mencintai diri sendiri,cintailah Allah yang menciptakan kita..bagaimana untuk kita mencintai Allah??adakah dengan cara menunggu??adakah cinta kepada Allah itu akan hadir sendiri di dalam hati kita jika kita tidak memupuknya??mungkin kita boleh berkata dengan megahnya betapa kita mencintai Allah..tetapi adakah perbuatan kita mencerminkannya??adakah pakaian kita mencerminkannya??adakah pergaulan kita mencerminkannya??

jika kita cinta Allah,kita akan berusaha sedaya upaya memelihara aurat kita..
jika kita cinta Allah, kita akan berusaha menjaga solat kita..
jika kita cinta Allah, kita akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga pergaulan kita..

sebelum kita berjaya melakukan semua ini, jangan lah kita bermimpi untuk mencari cinta manusia..kerana itu bermakna,kita gagal untuk mencintai diri sendiri..cinta yang tidak di dasarkan kepada Allah, adalah cinta yang sia-sia..cinta seumpama itu adalah sangat menyakitkan.

saya terfikir..mengapa kita rakus mencari cinta manusia sedang kita tahu terkadang cinta manusia itu hanya menyakitkan??
mengapa kita tidak berlumba-lumba mencari cinta Allah sedang kita tahu cinta Allah itu tidak pernah  mengecewakan??sekali kita mencari.10 kali DIA memberi..apabila kita buntu,DIA tunjukkan jalan keluar..apabila kita tersesat,DIA kembalikan kita ke pangkal jalan..DIA tidak pernah mempertikaikan cinta kita padaNYA..tiada satu pun syarat diletakkan untuk kita mencintaiNYA..yang paling penting,kita tidak akan pernah dikecewakan oleh cintaNYA..

ayuh sama-sama kita mencari cinta Allah..itulah cinta yang hakiki dan abadi..cinta yang kekal fid dunya wal akhirat..dan cinta yang membuatkan kita bisa menyayangi insan lain....






semoga kita dijodohkan dengan insan yang memberikan cintanya pada Allah..hanya insan inilah yang akan menjaga kita sebaiknya di dunia dan akhirat lantaran cintanya yang mendalam kepada sang Pencipta..aminn