JellyPages.com

Monday, January 31, 2011

paku di pagar

salam 'alaik:)


Pada zaman dahulu (ok, ni dah macam tipikal cerita time kanak2), ada seorang budak lelaki yang cepat naik angin. Sikit2 nak marah. bende kecik pun beliau nak melenting jugak. Keluarga beliau, pening memikirkan perangai beliau yang panas baran ni. Nama budak ni ialah Ali.

Pada suatu hari, bapa Ali memberikan sebuah beg yg penuh berisi paku kepadanya sambik berpesan, "Ali, setiap kali kau berasa marah, ketuklah paku ni pada pagar kayu rumah kita tu." Ali berasa pelik apabila mendengar arahan ayahnya. Namun begitu, pada hari pertama Ali telah mengetuk 37 batang paku pada pagar rumahnya. Oh, memang benarlah bahawa Ali ni seorang yang panas baran. Banyak sungguh paku yang telah diketuknya. Untuk minggu-minggu yang seterusnya, paku yang diketuknya semakin berkurang. Ali berjaya mengawal kemarahannya. Ini kerana, beliau mendapati lebih mudah untuk mengawal kemarahan daripada mengetuk paku pada pagar kayu dirumahnya. Sehinggalah pada suatu hari yang damai, Ali memberitahu ayahnya satu berita gembira. Beliau telah belajar untuk mengawal kemarahannya dan beliau tidak perlu lagi untuk mengetuk paku2 tersebut. Ayahnya begitu gembira dan mencadangkan supaya si Ali ni mencabut paku2 yang telah diketuknya pada setiap hari beliau berjaya mengawal amarahnya. Ali pelik dengan arahan ayahnya. "Hari tu ayah suruh ketuk paku2 ni, sekarang ni suruh cabut pulak." kata ali dalam hatinya.

Hari terus berjalan sehinggalah si Ali ni memberitahu ayahnya beliau telah berjaya mencabut semua paku yang pernah diketuknya dahulu. Ayah Ali menarik tangan beliau dan membawanya ke pagar tersebut. "Ali, kau telah berjaya anakku. Tapi cuba kau lihat pada lubang2 kat pagar ni. Pagar ni dah tak sama macam dulu. Bila kau cakap sesuatu waktu kau sedang marah, akan tinggal parut2 sama macam kat pagar ni. kau boleh lukakan siapa2 yang kau nak, tapi tak kiralah berapa kali pun kau minta maaf, parutnya tetap ada. Luka disebabkan oleh kata2 itu lebih sakit, Ali."



Teman adalah permata yang sangat berharga. Mereka membuatkan kita tersenyum dan memberikan kita semangat untuk berjaya. Mereka mendengar setiap kali kita meluahkan rasa dan mereka tidak pernah meninggalkan kita bersendirian:) Friends, please forgive me if I have ever left a hole in your heart~

Saturday, January 22, 2011

Si Monyet

Seekor monyet memanjat sebatang pokok rambutan. Apabila berada di puncak pokok rambutan tersebut, tiba- tiba datang 3 jenis angin iaitu ribut, taufan dan angin sepoi-sepoi.



Abapila datang angin ribut, si monyet memegang dahan pokok dengan kuat supaya ia tidak terjatuh. Bersungguh-sungguh ia memegang dahan pokok tersebut agar ia selamat. Mujurlah, dengan pegangan yang kejap itu, ia berjaya mengharungi kedatangan sang ribut.

Datang pula angin taufan. Kali ini, tiupannya semakin kuat. Si monyet terasa seperti hendak tercabut bulu-bulunya. Kakinya menggigil-gigil dek takut jatuh ke bumi. Seluruh tenaganya dicurahkan untuk memeluk dahan pokok. Ia yakin, jika tadi ia memegang dahan dengan kuat pasti jika ia memeluk pula dahan itu, ia akan selamat. Si monyet memejamkan matanya sambil tangannya semakin kuat memeluk dahan pokok. Ia tidak mahu mati di atas pokok itu. Ia berharap taufan itu akan segera berhenti dan ia dapat turun dengan selamat. Syukurlah, doanya didengar Tuhan. Tidak lama kemudian, taufan itu pun berhenti. Bukan kepalang gembiranya si monyet. Ia pun memetik lagi rambutan- rambutan di situ.

Sedang si monyet leka memetik rambutan, berhembuslah angin sepoi-sepoi menyapa pipinya. Si monyet tersenyum kerana ia yakin, jika sebelum ini ia dapat menempuhi ribut dan taufan, tak mungkin angin selembut ini tidak dapat dihadapinya. Ia terus memetik rambutan sehinggalah terasa penat. Angin sepoi-sepoi bahasa ini membuatkan si monyet berasa nyaman. Ia berehat sambil menikmati tiupan similir sang angin. Angin menyapa tubuh si monyet sehinggalah ke ubun-ubunya. Monyet berasa ngantuk. Tanpa disedarinya, pegangannya pada dahan semakin longgar dan...............................

Ia terjatuh!

Si monyet itu samalah seperti diri kita sendiri. Apabila kita diberikan ujian seperti kesedihan, kekecewaan, kemiskinan dan kegagalan, kita sebenarnya menjadi semakin kuat. Semakin kuat kebergantungan kita pd diri sendiri dan pada Tuhan, Sang Pencipta. Kita menyerahkan jiwa dan raga pada Allah agar ditunjukkan jalan keluar pada ujian yang diberikan-NYA. Kita berusaha untuk melepasi ujian itu dengan jayanya. Sehinggalah akhirnya, kita memerah seluruh keringat kita dan bertawakal kepada Allah. Lihatlah, betapa ujian itu membuatkan kita kuat. Patutkah kita benci pada sebuah ujian?

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214) 



Lain pula halnya apabila kita diduga dengan ujian kesenangan, kegembiraan, kejayaan, harta dan pangkat, kita jadi leka dan lalai. Tali kebergantungan kita pada Allah menjadi lemah. Akhirnya kita jatuh dek kelalaian kita sendiri. kita leka dek tipu daya dunia. Saya jadi takut. Takut jika saya tergolong dalam golongan ini. Ya Rabb, semoga kau pandu hati-hati kami agar kami tetap teguh berada di jalan-MU yang lurus..aminn







“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakannya dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaannya yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami) 

Saturday, January 15, 2011

ADILLAH TU

salam 'alaik..
alhamdulillah, kita masih dapat merasa panas dan hujan silih berganti..cuba bayangkan jika hanya ada hujan, tiada panas..pasti kita dilanda bah besar..cuba bayangkan jika hanya ada panas, tiada hujan..pasti kita dilanda kemarau hebat! Ya, begitulah kitaran alam yang ditetapkan Tuhan..hujan dan panas, siang dan malam, lapar dan kenyang, lelaki dan perempuan..sangat adilkan Sang Pencipta?



apabila kita letih berdiri, pasti kita berharap kita dapat duduk..dapat la kita mengurangkan lenguh2 di kaki..tapi pelik betul bila kita gembira, kita tak mahu air mata, kita tak mahu kecewa! patutkah kita mempertikaikan keadilan Allah jika kita mengakui adilnya siang dan malam, adilnya hujan dan panas, adilnya berdiri dan duduk tetapi kita tidak mengakui adilnya Allah pada tawa dan air mata? kita tidak mengakui adilnya Allah pada ujian dan dugaan?kita tidak mengakui adilnya Allah pada jatuh dan kecewa?


lihatlah ketidakadilan kita pada diri sendiri..kita selalu berharap yang terbaik sedangkan kita tahu manusia itu hidupnya umpama roda, terkadang di atas terkadang di bawah..tak mungkin kita mengatur hidup kita  mengikut versi kita sendiri..TAK MUNGKIN! kerana Allah itu Maha Adil..dengan cara inilah Dia menguji keimanan dan ketaqwaan kita. dengan ujian dan dugaan inilah kita mecari redha-NYA.benar, hidup in perlu dirancang tetapi jangan kita lupa, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t..pasti setiap yang ditentukan untuk kita itu adalah terbaik buat kita..PASTI! hakikatnya kitalah yang selalu tidak adil pada diri sendiri..selalu mengharapkan yang indah2 tanpa sebarang dugaan dan ujian sedangkan dalam realiti kehidupan pun kita sering berharap hujan dan panas silih berganti..






Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu betapa mahalnya nilai air mata

Sunday, January 2, 2011

air mata akhir tahun

salam 'alaik..

entah kenapa, lumrah manusia ni memang mudah membandingkan diri dengan org yang lebih dari dirinya sendiri..inilah salah satu sebab utama kenapa kita susah untuk bersyukur..kita sering tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada..kita sering mempertikaikan segala apa yang berlaku pada kita..ye, saya sedar saya sendiri tidak terlepas dari semua ini..


sehinggalah pada suatu petang 31 dis 2010...
saya berada di hentian bas untuk pulang ke kampung. dari jauh, saya memerhatikan susuk tubuh seorang makcik yang terhincut-hincut..kakinya sakit barangkali.mungkin juga sakit pada bahagian kakinya disebabkan usianya yang semakin tua. kelihatan payah benar pergerakannya..air mata saya bergenang..tiba-tiba saya terbayangkan mak dan abah di kampung.saya bersyukur kerana mak dan abah tak perlu naik turun bas untuk ke mana-mana. Ya Rabb, alangkah besar nikmat-MU..terselit rasa syukur di dalam hati saya saat itu..betapa Allah masih membuka pintu rezekinya untuk keluarga saya..

apabila susuk tubuh makcik itu menghampiri saya, air mata saya menitis..saya dapat lihat dengan jelas, mulutnya terkumat kamit disepanjang jalan mengucapkan "SUBHANALLAH"! Ya Allah, pada saat itu juga, air mata saya tidak dapat lagi dibendung..tahu kenapa?kerana saya jadi terfikir..saya sendiri jarang-jarang menyebut subhanallah..tetapi Allah permudahkan ujian hidup saya..tetapi makcik tersebut? zikrullah sentiasa meniti dibibirnya tetapi beliau diuji dengan  kesakitan!bagaimana pula dengan saya yang masih diberi nikamt kesihatan?alangkah jauhnya hati saya dengan Tuhan..deras air mata saya mengalir..tak tertahan rasanya malu untuk menghadap Sang Pencipta..



nampak tak bagaimana kesenangan itu melalaikan kita?harta, kesihatan, kegembiraan,pangkat..semuanya adalah ujian buat kita..kita sering terasa kekurangan dalam hidup kita..walhal kita lupa, jika kita berkasut masih ada yang berselipar..jika kita berselipar masih ada yang berkaki ayam..kita sering terasa dunia ini tidak adil pada kita.sehingga kita lupa, ujian itu tanda kasih sayang Tuhan.lihatlah sendiri orang-orang kafir. mereka cantik,kaya-raya, berharta dan berpangkat..tetapi hakikatnya semua itu menyebabkan hati mereka lebih jauh dari Tuhan..Allah beri mereka kesenangan untuk menambahkan kelalaian dalam hati mereka..Ayuh! bersyukurlah dengan setiap ujian, keran ujian itu membuatkan kita sedar kita masih punya Tuhan..Cinta Tuhan tidak mengenal erti khianat dan dusta. Cinta Tuhan tidak menyalahi janjiNYA dan akan terus memeluk kita sekalipun kita jatuh dan berdosa. Tuhan tetap setia




saya mengakhiri tahun 2010 dengan satu pengajaran yang terkesan dalam hati untuk selamanya InsyaAllah..semoga thn 2011 ini memberikan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita berhijrah kpd yang lebih baik..aminn