JellyPages.com

Saturday, January 22, 2011

Si Monyet

Seekor monyet memanjat sebatang pokok rambutan. Apabila berada di puncak pokok rambutan tersebut, tiba- tiba datang 3 jenis angin iaitu ribut, taufan dan angin sepoi-sepoi.



Abapila datang angin ribut, si monyet memegang dahan pokok dengan kuat supaya ia tidak terjatuh. Bersungguh-sungguh ia memegang dahan pokok tersebut agar ia selamat. Mujurlah, dengan pegangan yang kejap itu, ia berjaya mengharungi kedatangan sang ribut.

Datang pula angin taufan. Kali ini, tiupannya semakin kuat. Si monyet terasa seperti hendak tercabut bulu-bulunya. Kakinya menggigil-gigil dek takut jatuh ke bumi. Seluruh tenaganya dicurahkan untuk memeluk dahan pokok. Ia yakin, jika tadi ia memegang dahan dengan kuat pasti jika ia memeluk pula dahan itu, ia akan selamat. Si monyet memejamkan matanya sambil tangannya semakin kuat memeluk dahan pokok. Ia tidak mahu mati di atas pokok itu. Ia berharap taufan itu akan segera berhenti dan ia dapat turun dengan selamat. Syukurlah, doanya didengar Tuhan. Tidak lama kemudian, taufan itu pun berhenti. Bukan kepalang gembiranya si monyet. Ia pun memetik lagi rambutan- rambutan di situ.

Sedang si monyet leka memetik rambutan, berhembuslah angin sepoi-sepoi menyapa pipinya. Si monyet tersenyum kerana ia yakin, jika sebelum ini ia dapat menempuhi ribut dan taufan, tak mungkin angin selembut ini tidak dapat dihadapinya. Ia terus memetik rambutan sehinggalah terasa penat. Angin sepoi-sepoi bahasa ini membuatkan si monyet berasa nyaman. Ia berehat sambil menikmati tiupan similir sang angin. Angin menyapa tubuh si monyet sehinggalah ke ubun-ubunya. Monyet berasa ngantuk. Tanpa disedarinya, pegangannya pada dahan semakin longgar dan...............................

Ia terjatuh!

Si monyet itu samalah seperti diri kita sendiri. Apabila kita diberikan ujian seperti kesedihan, kekecewaan, kemiskinan dan kegagalan, kita sebenarnya menjadi semakin kuat. Semakin kuat kebergantungan kita pd diri sendiri dan pada Tuhan, Sang Pencipta. Kita menyerahkan jiwa dan raga pada Allah agar ditunjukkan jalan keluar pada ujian yang diberikan-NYA. Kita berusaha untuk melepasi ujian itu dengan jayanya. Sehinggalah akhirnya, kita memerah seluruh keringat kita dan bertawakal kepada Allah. Lihatlah, betapa ujian itu membuatkan kita kuat. Patutkah kita benci pada sebuah ujian?

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214) 



Lain pula halnya apabila kita diduga dengan ujian kesenangan, kegembiraan, kejayaan, harta dan pangkat, kita jadi leka dan lalai. Tali kebergantungan kita pada Allah menjadi lemah. Akhirnya kita jatuh dek kelalaian kita sendiri. kita leka dek tipu daya dunia. Saya jadi takut. Takut jika saya tergolong dalam golongan ini. Ya Rabb, semoga kau pandu hati-hati kami agar kami tetap teguh berada di jalan-MU yang lurus..aminn







“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakannya dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaannya yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami) 

4 comments:

taynsabri said...

huhu. like this post! :)

Sri said...

tq cik tayn:)
smge kita sm2 kuat n tabah~

harrazdani said...

gud for sharing..minta izin copy this article...:)

sri said...

harrazdani: silakan2:)copy la mana2 artikel pun, sy xde masalah..insyaAllah sama2 kita sebarkan kalam Allah..