JellyPages.com

Saturday, September 18, 2010

sebuah penghijrahan itu

salam 'alaik..
pejam celik pejam celik terasa betapa pantas masa berlalu..pelbagai pengalaman hidup yang kita telah lalui yang menjadi guru terbaik dalam hidup kita..menjadikan kita kuat dan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi hari-hari mendatang..


setiap kali kita bertemu hari baru,setiap kali itulah kita cuba berhijrah..alangkah malang dan ruginya kita jika kita masih ditakuk yang lama..penghijrahan yang bukan hanya perjalanan sebuah destinasi tetapi juga penghijrahan untuk akhlak diri..penghijrahan dalaman ke arah yang lebih baik...tidak dinafikan, untuk kita berhijrah secara keseluruhan memang sukar malah lebih sukar dari mendaki gunung!

setiap dari kita ini adalah da'ie..da'ie yang berhak dan perlu untuk menegur sesama kita..kita sering berpendapat bahawa kita ini tidaklah sebaik mana untuk menegur teman kita..maksud saya menegur itu samalah juga dengan berdakwah..kita sering terasa bahawa kita tidak layak untuk menegur orang lain disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang ada dalam diri kita sehinggakan kita lupa bahawa dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna..pasti ada kekurangan dan cacat celanya..di sinilah berguna perjalanan dakwah..kita menegur di samping proses untuk membaiki diri..jika semua orang berfikir bahawa orang yang baik sahaja boleh menegur orang lain,itu adalah silap! percayalah,jika kita mampu menegur orang lain ini bermakna kita juga mampu memperbaiki diri kita..dan perubahan @ penghijarahan itu bukan hanya berlakau untuk tempoh sehari dua sahaja.tetapi biarlah untuk selama-lamanya..jika kita berhijrah dari tidak bertudung kepada bertudung, biarlah ia kekal..jika kita berhijrah dari bertudung pendek kepada bertudung labuh, biarlah ia kekal..jika kita berhijrah dari pemarah kepada penyabar,biarlah ia kekal..harus kita ingat akan satu perkara..PERBUATAN BAIK ITU PASTI SUKAR UNTUK DILAKUKAN.PASTI BANYAK HALANGAN DAN DUGAAN..tetapi janganlah kita mudah berputus asa dan mengalah..janji Allah itu pasti..



Allah akn terus menguji hati hamba-hambanya sebagai tanda kasih dan sayangNya DIA kepada kita..semoga ditetapkan hati kita dan diluruskan niat kita di atas landasan kebenaran..Ya Tuhan kami,jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan nikmat dan rahmatMu kepada kami..aminn ya Rabbal 'Alamin~

Wednesday, September 8, 2010

kisah sedih lagi

salam 'alaik~
alhamdulillah kitamasih diberi peluang untuk menumpang di muka buminya..meneruskan kehidupan yang tidak tahu bila penghujungnya..semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur..aminn~

ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..hanya beberapa hari lagi yang tinggal..bagaimana dengan iman kita? bagaimana dengan amal kita?bergandakah ia?? puasa mengajar kita banyak perkara..mengajar untuk berjimat, mengawal hawa nafsu, meningkatkan amal untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan banyak lagi..alangkah ruginya jika kita tidak merasai apapun sepanjang ramadhan ini..

2 kisah yang berlaku yang membuatkan saya jadi berfikir terus tentang fikrah seorang manusia yang bernama islam.

kisah 1:
di bazar ramadhan yang penuh sesak.memang padat dengan manusia yang pelbagai ragam, pelbagai warna kulit dan pelbagai karenah..di salah satu gerai, ada seorang makcik berketurunan cina bersama 5 orang anaknya yang kecil-kecil belaka..tak menang tangan nyonya tu nak melayan karenah anaknya ditambah dengan tangisan salah seorang anak nyonya tadi. agak bingit la situasi di situ tapi sesuatu yang memeranjatkan semua orang telah berlaku.
seorang gadis MELAYU yang beragama ISLAM mendekati nyonya tadi dan dengan selamba menengking nyonya tersebut. "makcik,yang bijak sangat bawa anak ramai-ramai kat sini tu kenapa?buat sesak je.orang nak beli makanan buka,dia pun sibuk juga nak isi tembolok!"
ya Allah,malunya saya saat itu. tak sangka perkataan tersebut boleh keluar dari mulut gadis berkenaan. mana hilangnya rasa malu dan rasa hormat kepada orang tua? kenapa begitu mudah nafsu amarah menguasai dirinya?kesian tengok nyonya tu terkebil-kebil menahan malu diperhatikan oleh orang ramai.
saya sangat kesal dengan situasi tu tapi apakan daya.apalah yang boleh saya lakukan..



kisah 2:
kami 3 beradik,ke bandar untuk mencari perlatan langsir.dlm perjalanan balik,kami follow kereta seorang pakcik.abang saya sengaja mendekatkan jarak kereta dan dengan cepat capai kopiah.saya pelik juga dengan tindakan abang saya tu..rupa-rupanya pakcik tadi sedang hisap rokok.umm mungkin pakcik tu cina la kot!tapi bila abang memotong kenderaan pakcik tu terbukti dia adalah melayu + islam!tasbih punya la besar tersangkut kt cermin pandang belakang.ish rasa geram je.pakcik tu siap tunjuk beliau menghisap rokok dan hembus asap rokok tu.langsung takde perasaan hormat kn orang lain..





dunia semakin tua..kita tidak tahu bila penghujungnya..tapi malangnya,kita tetap leka seolah-olah dunia itu tiada penamatnya..ingatlah janji Allah itu pasti!bersujudlah kepadaNYA selagi roh masih dijasad~

Wednesday, September 1, 2010

kenangan main mercun~

assalamualaikum...
salam ramadhan:)
alhamdulillah,syawal pun semakin dekat..tinggal lagi 10 hari je nak raya^_^ semoga Allah kuatkan stamina iman dan kudrat kita untuk mendapatakn lailatul qadr:) aminn~


apabila syawal semakin dekat ni, teringat pula kenangan zaman kanak-kanak..mercun dan kanak-kanak memang sukar untuk dipisahkan.dulu-dulu, kanak-kanak tak pandai nak banyak songeh ni..tak modified langsung mercun-mercun yang ada.sebab tu la, time kecik-kecik dulu mak abah tak kisah sangat kami adik beradik nak main mercun..mercun yang jadi favourite kecik-kecik dulu ialah mercun papan..


bila dapat je mercun ni, saya dengan adik akan pisahkan mercun ni satu satu lepas tu,simpan di tempat yang selamat!ahaha....lepastu,adik saya yang lelaki akan mulakan operasi mencari katak dan saya pula akan mencari cicak..cari la dalam 4, 5 ekor cicak pastu simpan dalam plastik..

*
*
*
*
*
10 minit kemudian
*
*
 tiba masa berkumpul,kami akan tunjukkan hasil tangkapan masing-masing^_^ kenapa nak cari cicak dengan katak tu??nak buat ape??

tibalah masa yang dinantikan..ambil 2 atau 3 biji mercun kemudian sumbatkan ke dalam mulut haiwan tangkapan tadi..lepas tu, bakar lah mercun tadi..tapi kene cepat-cepat lari kalau tak memang terperciklah sisa-sisa haiwan tadi..kalau katak pulak, letaklah mercun tu banyak sikit..umm ni la aktiviti zaman kanak-kanak dulu..terasa kejam sangat tapi time kanak-kanak  yang penting adalah keseronokan!seriously,memang sangat seronok (^_^)/

sekarang,dah tak buat lagi aktiviti-aktiviti macam tu..hanya tinggal kenangan..selamat lah sang katak dan sang cicak :D bila dah jadi anak dara ni, waktu-waktu macam ni,sibuk tolong mak buat kuih^^





selamat hari raya buat semua kawan-kawan yang kenal atau pun tak kenal..mohon maaf jika ada tersalah kata atau terguris hati..semoga kita bertemu lagi dengan ramdahan yang akan datang..aminn