JellyPages.com

Monday, October 10, 2011

isi hati mak

Mak masih terbaring. Di kala usia mak semakin bertambah, kesihatan mak pula semakin berkurang. Mak selalu cakap," Allah dh selalu sangat bagi mak sihat, sekarang ni Allah bagi mak sakit pulak." Wajah mak nampak pucat, senyum mak pun dah tak semanis dulu. Mungkin juga, senyum mak hanya untuk menyedapkan hati anak-anaknya yang sibuk memaksa mak ke klinik. Hati saya menjadi resah bila tiba-tiba mak sendiri meluahkan hasratnya untuk meminta saya menghantarnya ke klinik. Menurut Doktor, mak gastrik dan sendi-sendi mak dah masuk angin. Sebab tu la, habis tangan dan kaki mak sakit-sakit setiap kali bergerak. tapi mak memang tak boleh duduk diam. Mak masih tetap melakukan kerja-kerja rumah seperti biasa. Sambil memicit-micit kaki mak, mak meluahkan rasa hatinya.


 "Dulu, bila mak kahwin, mak berharap punya anak-anak yang berjaya. Berjaya dalam hidup, belajar pandai-pandai, kerja bagus. Supaya anak-anak mak tak kan melalui masa-masa sukar macam yang mak pernah lalui dulu. Alhamdulillah, ada anak-anak mak yang dah kerja. Tapi bila mak dah tua dan selalu sakit-sakit, anak-anak mesti susah nak jenguk mak. Masing-masing mesti sibuk dengan kerja dan tugasan-tugasan lain. Mak faham dengan kerja yang banyak tu, anak-anak susah nak tengok mak. Mak berdoa supaya anak-anak akan amik masa untuk pulang. Tiba-tiba mak terasa mak ni tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi.Dulu mak mintak anak-anak mak berjaya. Bila Allah dah bagi, mak mintak lagi pada DIA. Memang betul lah manusia ni tak pernah merasa cukup dengan apa yang Allah dah bagi. Dan kadang-kadang kita merungut dengan ujianNya. Diberi kita rasa sakit yang tak sampai setahun pun kita dah mengeluh. Kita tak pernah pulak teringat akan nikmat sihat yang diberi selama berpuluh puluh tahun hidup." Mak menambah dengan nada sebak. Ada takungan ait mata di hujung mata mak. Sungguh, saya merasa sayu.








Mak, semoga mak cepat sembuh ye. Betapa bersyukurnya saya, masih punya ibu untuk meluahkan rasa kasih serta menjadi tempat bermanja. Al- fatihah buat muslimin, muslimat, mukminin & mukminat yang telah meninggal dunia..

2 comments:

HaziratulQuds said...

Kem salam mak ea. Soh dyer mkn ubat n bnykkan doa. *smile*

Sri said...

baikkkk~ she's getting better rite now:) cik quds, bile mau dtg sini?