JellyPages.com

Monday, May 23, 2011

singkatnya MASA

salam 'alaik..

Memang telah tertulis di dalam Al-quran "Kullu nafsin zaaiqatul maut-setiap jiwa pasti akan merasai mati." benarlah ajal itu tidak pernah mengira siapa dan berapa umurnya. Allah telah menulis perjalanan hidup kita ini di Lauh Mahfuznya. Cepat atau lambat kita pasti akan melaluinya.. Cuma fitrah manusia ini sering beranggapan yang berusia pasti 'pergi' dahulu manakala yang muda pula masih punya banyak masa untuk bertaubat. Masih boleh enjoy sementara kudrat masih kuat! ini salah! masa bertenaga bukan untuk dihabiskan pada perkara-perkara yang melalaikan..

Rakan saya, berusia 23 tahun yang baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 3 bulan. Isterinya disahkan mengandung 2 bulan. Malang sekali, beliau dijemput Ilahi sewaktu dalam perjalanan mencari nafkah untuk si isteri dan bakal anak mereka. Siapa sangka, si ayah tak sempat menatap wajah zuriatnya. Ini sungguh terkesan dalam diri saya. Usia semuda ini, dengan isteri dan bakal anak yang ditinggalkan. Ajal memang tidak berbau. Jika ditakdirkan nyawa kita diambil sekarang, adakah kita sudah bersedia?cukupkah dengan amal yang akn dibentangkan di hadapan Allah kelak?? Allahurabbi, pinjamkan hamba sedetik waktu lagi =(

Setiap kali bertanyakan khabar mak dan abah di kampung, pasti ada sahaja berita kematian. Perginya satu persatu rakan-rakan seangkatan mak dan abah. Ada sebak pada nada suara mereka. Seringkali mak dan abah berpesan agar kami adik beradik redha pada pemergian mereka kelak. Benar, kebimbangan kian bersarang di benak saya. Tak dapat membayangkan kehidupan tanpa mak dan abah. Ya Allah, hamba mohon, berikanlah hamba ruang untuk berbakti pada mereka. Ya Rahman, tanpa mereka tiadalah hamba. Jangan KAU ambil mereka sebelum sempat hamba menggembirakan hati mereka ya Allah..

Kematian memang tidak mengenal usia. Allah pinjamkan kita sebuah kehidupan, dan DIA berhak mengambilnya pada bila-bila masa sahaja. Lihat sahaja apa yang berlaku pada anak-anak yatim di Hulu Langat. Perjalanan mereka sepatutnya masih panjang tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya. DIAlah penakluk langit dan bumi. Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan hamba-hambamu yang beriman.




Bagaimana dengan kita? Masih jauhkan perjalanan kita? Masih adakah sesaat untuk kita bernafas? Mahukah kita mati dalam keadaan rambut yang perang, kuku yang berwarna,aurat yang tidak sempurna? Nauzubillah Nauzubillah Nauzubillah! Ya Rabb, buka kanlah pintu hati kami untuk tetap mengingatiMu serta matikanlah kami dengan iman dan islam..Aminn Ya Rabbal 'alamin~

0 comments: