JellyPages.com

Tuesday, December 28, 2010

kau dan aku berbeza

salam 'alaik..


perjalanan hidup kita ni semuanya berbeza-beza..adakalanya kite terasa cemburu..cemburu dgn jalan yang dilalui oleh orang lain kerana jalan mereka itu nampak lebih mudah dari kita.
contoh paling senang, bab belajar la..kita belajar bagai nak rak..tapi habuk pun tadak!result macam tu jugak..kita terasa penat lelah kita tak berbaloi. tapi kawan kita ni pulak, boleh pulak time nak exam tu la dia sempat merayau-rayau, tengok TV, melahu entah ke mana..tup tup kelua result, hah tu diaa!gempak xhengat!
mana silapnya kita? kita pun rasa down..rasa diri kita ni hanya menyusahkan orang lain.

hakikatnya, kita sering nampak dan menilai bahawa hanya kesedihan, jatuh dan kegagalan adalah ujian..kita lambat untuk menilai bahawa semua itu adalah punca kita menjadi kuat sekarang. punca kita menjadi matang dan punca kita lebih menghargai kehidupan yang kita punyai. teringat saya akan pertanyaan seorang teman.."bersusah payah then kita dapat apa yg kita nak tu adalah lebih bermakna atau tak payah susah-payah pun kita dapat apa yg kita nak adalah lebih bermakna?mana yang lebih happy?
bagi saya, susah atau senang untuk dapat kan sesuatu itu pada akhirnya kita tetap akan gembira sebab kita berjaya perolehi  apa yang kita dapat..tapi tahap/peratus kegembiraan itu yang berbeza..jika kita bersusah payah dahulu, kita akan rasa gembira dengan tahap 100% kegembiraan tapi jika kita tak perlu bersusah payah, kita tetap gembira tapi dengan cuma 1% kegembiraan mungkin!


semua orang mahu berjaya..kejayaan itu kita letakkan di tingkat atas yang mana untuk ke tingkat atas kita perlu menaiki tangga..kita menaiki anak tangga itu satu persatu..tapi kita melihat ada yang menaiki anak tangga dengan melangkah 2 anak tangga sekaligus. kita cemburu kerana kita tau dia akan sampai di atas lebih cepat dari kita.kita pun mula mengikut langkah yang sama tanpa kita sedar setiap dari kita ini mempunyai kebolehan yang berbeza..kita tergelincir dan jatuh dari tangga..kita adalah gagal jika selepas terjatuh kita tak mahu lagi menaiki tangga tersebut tapi kita adalah orang yang berjaya jika kita bangkit dan kita susun semula langkah. kita tidak lagi melangkah 2 anak tangga dalam satu masa kerana kita takut terjatuh lagi. kita jadi lebih berhati-hati walaupun kita tahu masa yang kita ambil untuk sampai ke atas adalah lebih lama..tapi percayalah, jika kita sampai di atas nanti, kita akan rasa kegembiraan yang sebenar..




jika kita berhasrat untuk berjaya, janganlah hanya memandang ke tangga tetapi cubalah untuk memanjat tangga tersebut~

6 comments:

taynsabri said...

sewi! saya bergenang air mata. hehe. :)
saya dah sedar sekarang, and maybe saya xperlu pandang jauh sangat sampai apa yg depan mata pun x leh kejar. kan kan? hehe :)

Sri said...

sy gembira kalau awk dh blh pk cmtu:D
betulkan, pengalaman tu mmg guru terbaik..bile kita bangkit semula, konfem kita akan jd lbh kuat dr sblmnye^_-
Allah sentisa bersama org2 yg sabar:)

Nurul Farhanah~ said...

oh ajilah saya sokong dengan anda..ape yg terjadi semua ada hikmah...dari kegagalan timbulnya kejayaan...itu dpt matangkan kita

Sri said...

betul2..tp mmg tak dinafikan waktu kita melalui kegagalan tu, kita kan rs sakit..dan sebenarnya rs sakit tu la yg membuatkn kita jd semakin kuat:D

Nurul Farhanah~ said...

so pe orang nak ckp...nyahkan semua..kita usaha sedaya yg mgkin utk capai 1 kejayaan..insyaALLAH dgn sabar n tabah hadapi nya pasti kita akan tersenyum bila mana kejayaan yg kita impikan tercapai...masa tu pasti menitis air mata..kerana kesusahan ini kita sedar kita dimana n semakin matang..

**mode meleleh air mata

Sri said...

nk like 38 trillion kali\(^_^)/

janji Allah itu pasti..
"innallaha ma'as-shobirin" -sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar:)

*mode bersemngat dtg blk*