JellyPages.com

Saturday, October 16, 2010

erti cinta dan perkahwinan


Salam...

kisah ni diemelkan oleh seorang teman kepada saya..jom baca~

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya...
kita ni janganlah terlalu memilih. memang hakikat hidup ni, tiada manusia yang sempurna.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok dan boleh bertolak ansur.... rembat je cepat..bak kate orang PERKARA BAIK BUAT APA NK TANGGUH-TANGGUH..ye tak??^_^




mak saya selalu pesan... umm actually, lebih kepada tips la kot..tips memilih pasangan..hihi..mak saya cakap kalau nak cari pasangan tu, carilah yang sayang kita lagi banyak dari kita sayang dia..insyaAllah dia akan jaga kita sebaiknya:)




(kawan saya asyik tanya..kenapa lately saya asyik tulis psl cinta..okeh, nanti sy akn bgtau kenapa..ahaha)

4 comments:

taynsabri said...

sebab sew dah gatal yeay! hahaha. xsabar nak kawen :P

Sri said...

ohoi cik tayn..mst la bukan sbb tu:P

@sm@lin@ said...

sape kawan cik sri yg salu tny tu.ahaa~

sri!!! mak sy pon salu ckp mcm tu..carik org yg syg kt kite lebih dari kite syg kt dy..huhuu susah tu nk tau sape syg kt kite kn?hehehe

Sri said...

slh seorgnye KAMU la cik alin oii..ahaha

sy setuju!!mmg ssh nak cr ciri2 tu..tp boleh rs kot kalu org tu syg kite lbh dr kite syg die-_^
istikharah sgt2 membantu~