JellyPages.com

Friday, October 22, 2010

cinta syaitan

salam 'alaik...

alhamdulillah kita masih bernyawa hari ni..dan insyaAllah masih islam dan beriman..aminn

tujuan entri kali ni, just nak jawap kenapa saya sering post entri tentang cinta.
tak dinafikan cinta itu penting..ye, lagi2 bagi yang baru nak naik tu..dah seronok sangat la tu kalu ada yang amik berat, ada yang sayang..tapi hakikatnya, cinta yang seperti ini adalah memusnahkan! of course la memusnahkan kalau tak kene caranya..isn't it??

kalau rasa macam tak suke dengan pernyataan tadi, jom kita renung sejenak apa yang berlaku di sekitar kita  yang melibatkan isu cintan cintun ni..

kes murtad!
kebanyakan  yang murtad ni perempuan..dan alsannya mudah..kerana CINTA pada lelaki yang berlainan agama..hah hamik kaw! bukan setakat buang emak buang saudara tapi siap buang agama! nauzubillah..siapakah mereka2 ni?

ingat tak kisah hartina kamaruddin? manusia durjana yang sanggup buang agama dan membunuh perasaan mak abah dia gara-gara CINTA kepada seorang lelaki yang beragama hindu..sanggup dia membiarkan abah dia dipukul oleh lelaki hindu tu! kenapa jadi macam ni??oh, inikah nikmatnye BERCINTA??

tentu kalian kenal benar dengan nama ni..azalina @ lina joy..ye, memang famous! murtad kerana menCINTAI lelaki yang beragama kristian yang bernama johnson..sampaikan dibuangnya keluarga, mak dan abahnya gara-gara CINTA kepada kafir laknatullah ni!

bukan setakat ni je..banyak lagi kisah2 murtad lain yang tidak digembar gemburkan..tapi puncanya ialah satu..CINTA! cinta durjana yang buat kita leka, dan terus mematikan hati..

memang bercinta itu tak salah! tapi bagaimana acuannya??kalau kita nak buat kek pon, kalau tak cukup bahan2 kan tak sedap kek tu..cepat rosak silap2 ke tong sampah la gamaknye..macam tu jugaklah cinta yang tersasar langsung dari syariat! berhati-hati dalam memilih dana memberi cinta.sebab tu banyak panduan bercinta yang diberikan contohnya macam buku tulisan ust. hasrizal abd. jamil "Aku Terima Nikahnya." haa baca la buku2 macam ni..jangan nak ikut sedap hati je..

contohnya, kes baru2 ni yang dekat melaka tu..dalam area pukul 2 pagi macam tula, pasangan kekasih tanpa pakaian yang didapati bergolek-golek buat maksiat kat jalan raya disebabkan high lepas hidu gam! masyaAllah apa la nak jadiT_T mana hilangnya rasa malu?? kalau macam ni la, tak mustahil anak zina akan lagi ramai dari anak halal! buat maksiat kat jalan ok!!kat jalan! memang dah macam binatang mengawan! ye, memang bunyiknye kasar..tapi ape lagi perkataan yang sesuai?? bencana alam pun dah makin banyak ditambah lagi dengan benda2 macam ni..memang tanda2 nak kiamat makin banyak dan kitalah penyebab kepada tanda-tanda tu..nauzubillah~





memang terbukti la malu tu sebahagian daripada iman..dengan adanya malu, iman akan terpelihara.."ya Rabb, semoga Kau tambahkan iman kami dan Kau lindungi kami dari fitnah kehidupan dan kematian." aminn

5 comments:

Anonymous said...

post yang membina..keep it up akk swi cel :)..
-mari bercinte-(ttbak jha)

Sri said...

arigato nae:)
'cel' tu xpyh kot:p ahaha

Anonymous said...

wah..anda tahu k sape sy?brep2

Sri said...

i guess, i know u^_^
the bulat2 girl:p m i rite??

Anonymous said...

ouhhhh..u ra totally wrong!im the petak2 one :)..nway nice try..ha3