JellyPages.com

Friday, October 30, 2009

KASIH TUHAN



salam ukhuwah buat semua sahabat dan sahabiah ana:D
semoga hari ni lebih baik dari semalam...amiin
untuk entri kali ni, ana nak kongsi sikit tentang kisah Nabi Musa.

pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang suka melakukan kesalahan. bagi lelaki ini, berbuat dosa adalah kehidupannya. penduduk setempat sangat benci denganya dan berharap dia akan keluar dari kampung itu.

pada suatu hari, Nabi Musa mendapat perintah dari Allah untuk mengusir lelaki itu keluar dari kampung halamannya supaya penduduk kampung itu tidak mendapat bencana. lelaki itu diusir ke kawasan yang gersang dan jauh daripada manusia. tinggallah lelaki itu berseorang di sana.

tidak lama kemudoan lelaki itu telah jatuh sakit. dia berasa begitu kesepian dan sedih lantaran sakitnya itu. lalu dia berdoa " Oh Tuhanku, kalaulah ibu saya da di sisi saya, sudah tentu dia menyayangi saya dan simpati melihat keadaan saya sekarang. Kalaulah ayah saya ada di sisi saya, sudah tentu dia akan memandikan dan menanam saya apabila saya mati kelak." katanya lagi, "kalaulah isteri saya ada disamping saya, tentu dia akan meratapi kematian saya nanti. kalaulah anak-anak saya melihat jenazah saya, mereka tentu berkata, "Oh Tuhan! ampunilah dosa-dosa ayah kami, yang disebabkan dosa-dosanya itu dia diusir dari kampung dan tinggal di sini. Ayah kami sudah terputus hubungan dengan manusia kecuali perhubungan dengan kasihMu, Tuhan kami." kemudian lelaki itu merintih lagi dengan pilu kepada Tuhan. " Oh Tuhan, Engkau memutuskan hubunganku dengan ahli keluargaku, oleh itu janganlah Engkau putuskan hubunganku denganMu. janganlah Engkau bakar diriku dengan api neraka disebabkan kesalahan-kesalahanku."

sejurus selepas dia berkata-kata, dia terjatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

tidak lama kemudian, Nabi Musa mendapat perintah dari Allah supaya pergi mencari lelaki itu bagi menguruskan mayatnya.
pergilah Nabi Musa melakasanakan perintah itu.Apabila sampai, beliau terlihat seorang wanita sedang menangis kesedihan di samping mayat lelaki tersebut.

"wahai Tuhan, buakankah dia ini lelaki yang Engkau suruh aku usir keluar dari kampungnya?" tanya Nabi Musa kepada Tuhan.

"Wahai Musa, aku kasihan kepadanya yang merintih kerana sakitnya itu dan dia berjauhan dari keluarganya. oleh itu, Aku kirimkan bidadari dan Malaikat kepadanya untuk menemaninya. Wahai Musa, apabila seseorang itu tidak ada keluarga, sebatang kara, maka seluruh penghuni langit dan bumi menangis sebab bersimpati kepadanya. Akulah Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

dari kisah ni, terbukti yang Allah tu sentiasa bersama-sama kita. benarlah CINTA ALLAH ITU ADALAH CINTA TANPA SYARAT. ramai di kalangan kita ni bila susah baru mencari Tuhan. mengadu nasib padaNYA. walaupun begitu, Allah tetap mendengar rintihan hamba-hambaNYA.

kadang-kadang kita merasakan yang kita berseorangan. kita berputus asa dengan ujian Allah. kita menangis menyesali semua yang menimpa kita. kita menyalahkan dunia yang kononnya tidak adil pada kita. kita belajar bersunguh-sungguh tapi hasilnya masih sama. benarkah dunia kejam pada kita??? atau kita yang kejam pada diri sendiri??
YA!! kita yang kejam pada diri sendiri. kita sebenarnya bukan menyalahkan dunia, tapi kita menyalahkan Tuhan. kita mengatakan diri kita beriman, tapi bila diberi sedikit ujian, kita terduduk dan menangis. kita menyalahkan ketentuan Tuhan. sedangkan Allah telah berjanji pada kita.

" Allah S.W.T tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya."(AL-BAQARAH:286)

ingatlah, BILA KITA BERSEORANGAN BUKAN KITA TIDAK BERTEMAN, BUKAN JUA BERSENDIRIAN. TAPI AKAL YANG SEJENGKAL ITU TEMAN, ILMU DIDADA ITU KAWAN DAN IMAN YANG KUKUH ITU SAHABAT...

innallaha ma'asshobirin (^_^)/

wallahua'lam~

1 comments:

wardah said...

salam sri..
post yg menarik..
teruskan lg mencoret ea..:-)