JellyPages.com

Wednesday, April 7, 2010

sebuah perjalanan


di belakangku adalah jalan yang ku tinggalkan
jalan yang telah ku pilih sebelumnya
menjadikan aku adalah aku hari ini

          di depanku kosong
           tiada warna alam
           tiada warna kehidupan
           retinaku meratah kesunyian
           membuatkan aku gentar
           untuk mencorak lorong kehidupan

memang benar,
aku lah pencorak denai masa depan
aku pernah memilih jalan lopak berliku
aku pernah memilik jalan haruman mawar
semuanya menjadi guru terbaik buatku

         kini segalanya terletakk di pundakku
         jika aku bertatih
         lambatlah aku ke hujung
         jika aku berlari
         aku takut tersungkur
         semuanya tergantung padaku
         untuk mencorak jalan di hadapan
         yang menjadi penentu masa depan

kita sering mahukan hari yg cerah.tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan.kita sering inginkan keseronokan,jauh sekali kesusahan.tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yg mengajar kita erti kehidupan.kita sering inginkan ketenangan .hakikatnya diri ini penuh dgn dosa & kejahatan..tetapi manusia tidak dpt lari dr kkesilapan.semua itu bukanlah satu hukuman tetapi sbg tanda ksh dan syg Tuhan agar kita lebih beriman~

terkadang terasa takut untuk menempuh esok..kerana kita tak tahu apa yang bakal terjadi esok..tapi kita terlupa..esok dan seterusnya,kita lah pencoraknya tetapi semuanya juga terletak pada Allah.DIA yang menentukan setiap detak jantung, setiap derap langkah dan setiap nafas yang kita hela..kita lah perancang masa depan sendiri tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang..semua orang mahukan masa depan yang cerah, yang gilang gemilang.Tapi,kalau takut untuk mengorak langkah, bagaimana bisa??? jalan yang pernah kita lalui dulu pasti ada pahit dan manisnya. semuanya menjadi pengalaman yang mematangkan..syukur ke hadratMU ya Allah, hari ini kita msih bernafas.masih diberi peluang untuk mengorak langkah..semoga KAU permudahkan laluan kami dan KAU kuatkan kami dalam setiap hal yang menimpa kami..aminn~~

mode: sangat takut nak melalui hari esok yang masih tak pasti~~

Monday, April 5, 2010

BULAN~~


bulan...
serinya menyinari malam
berteman bintang di dada alam
mengubat rindu sang pencinta Tuhan

Saturday, April 3, 2010

transit perjalanan

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah


Syarat-syarat perjalanan:
Di tuju kepada semua penumpang
  • Diminta ambil perhatian kerana kita akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
  • Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulama' dan cendekiawan.
Barang yang di benarkan:

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

  • amal solah
  • sedekah jariah
  • anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
  • ilmu yang bermanfaat
Saat dan waktu berlepas:

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Semoga bergembira dengan perjalanan ini sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Friday, April 2, 2010

teruskan tersenyum~

assalamualaikum w.b.t..lately,makin banyak assaignment pulak yang datang..di tambah dengan nak edit tesis lagi..sedikit bercelaru dan tertekan.senyuman boleh mengurangkan tekanan di samping menjadi rahsia awet muda dan sebagai sedekah..oleh itu,jangan berhenti dari tersenyum dan bacalah entri ini dengan senyuman:D



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.  Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang seorang.