JellyPages.com

Friday, October 23, 2009

kaum hawa: MESTI BACA!!

salam jihad buat sahabat2 ana sekalian..

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Na'uzubillahi min zalik.

Sunday, October 18, 2009

BAJU BURUK ABU BAKAR

salam jihad wt sahabat2 ana:D smge senyuman sntiase terukir dibibir kalian tanda syukur dgn nikmat limpah kurnianNYA...amiinn ya Rabbal 'Alamin~

ana nk berkongsi skit cita tntg sahabat Rasulullah yg bernama ABU BAKAR ni.. ana yakin ramai di kalangan muda mudi zaman skng nih dh xmo amik tw dh psl kisah2 zaman Nabi dan para sahabat dlu..umm kdng2 ana terfikir, cmne la generasi akn dtg nnti.. satu hari nnt, kita ni akn jd ibu bapa, kalu kte pon xthu kisah2 zaman Nabi dan Para sahabat, apatah lg ank2 kita nnti..silap2 anak2 kita nnt cuma tw cite NUR KASIH.. jom hayati kisah ni >,<

Abu bakar adalah salah seorang drpd 4 sahabat Nabu Muhammad yg paling akrab. pada suat hr, beliau jatuh sakit dan merasakan saat kematiannya semakiin hampir. Aisyah, ank perempuannya sentiasa menemani dan menjaganya.
"ayah, biar sy pgglkn doktok, ya?" tanya Aisyah kebimbangan.
Abu bakar tersenyum bila mndgr kata2 anknya itu. "tak payahla, ayah dh jmp doktor." jwb Abu bakar.
"apa katanya, ayh?"tnya Aisyah lg.
"kata doktor itu: Aku akan lakukan apa shja yg kau inginkan."
Aisyah mengangguk tanda mengerti maksud 'doktor' yg dimaksudkan ayahnya itu iaitu Allah. Aisyah mengerti ayahnya pasti akn pergi buat selama-lamanya.
"Ayah, dgn kain apa harus sy balut tubuh ayah nnti?" tanya Aisyah tersekat-sekat menahan sebak.
Abu bakar merenung lemah anaknya dengan mata berkaca berlinang air mata. " Aisyah, tutuplah badanku dengan bajuku ini yg selalu aku pakai semasa aku bersolat bersama Nabi Muhammad.
"tetapi, baju itu sudah buruk, ayah. biarlah sy belikan yg baru."
Abu bakar menggeleng2 kepala tanda tidak setuju.
"jangan Aisyah. baju yg baru lebih layak bg org yg hidup drpd dipakai oleh or yg mati."

begitulah pesan Abu bakar pd anaknya. beliau lebih menyukai baju buruknya yg pernah sentiasa dipakai semasa hidupnya bersama Nabi Muhammad. Beliau meninggal dunia pada umur 63 tahun.

-wallahua'lam-

Saturday, October 17, 2009

LEBIH BAIK BUTA MATA

salam ukhuwah buat sahabat2 ana sekalian..
lama rsnya tak menulis..bz sgt kebelakangn nih..xsmpt nk tgk2 blog yg lm di tingglkn ni..xtly,kering idea jg nk tulis..sbb sume idea tu dh dicurahkan kt tesis..hihi..xpe2 yg pntg dahulukan yg prioriti..

sdng ana duk sbok2 cr bahan nk wt asgmnt hr 2, ana terjmp 1 video yang sgt menarik.. ana jd malu dgn dr ana sndri..ana sempurna tp knape ana x gunakan segala rahmat kurniaanNya ni dgn sebaiknya???

cuba antom tgk sndri dan tnye pd dr antom...



mampukah kite jd sprtnya???
walaupun matanya buta tp hatinya x buta...
kita???kite mcmne???konon2 kite bngga dgn mata kite yg cntik...tp, bc quran xboleh..bc quran merangkak2..ataupon tw bc quran tp x nk mengamalkannya...masyaALLAH.. jgn lah kite mnjd golongan yg terakhir 2..
lebih baik kita buta mata, drpd buta hati..bila hati kita yg buta, alamatnya jauh la kita dr rahmat ALLAH..

cuba kita tnya dr kita yg celik mata ni, brape surah al-quran nyang kita dh hafaz??? hish malu2..malu nk jwp..ayt lazim pon xtntu lg kita hafaz semuanya...nilah tndanya kita x bersyukur..."eh x!!aku bersyukur dgn pancaindera ni." ape tnda nye kita bersyukur???sdngkn kite xgunakan dgn sebaiknya...

"TIDAK ALLAH UBAH NASIB SESUATU KAUM ITU, SELAGI MEREKA SNDRI TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGUBAHNYA."

ALLAH dh mnjanjikan bnda ni pada seluruh manusia..tp ape tndakan kita?? kite ttp ditakuk yg lm..sprt tunggu kucing bertanduk!! buatlah perubahan utk diri kita sndri..kalu rsnya tak tahu bc al-quran, pelajarilah ia kerana Al-Quran itu, tidak akan lenyap malah sampai hari kiamat pun ia tidak akan berubah..

sm2lah kita mulakan langkah utk berubah....wallahua'lam~

Sunday, September 13, 2009

KAFARAH??

salam ramadhan......

xtw ape yg ana rs skng..1001 solan bermain difikiran ana..ana rs kusut sgt dgn semua yg dtg pd ana..ana mohon moga dikuatkn iman ana utk melalui sume ujian2 ni..

kenape kite terlalu cepat menghukum dan mmbuat kesimpulan???
adekah ni fitrah seorg mnusia??? ana terase sakit..sakit pd tangkai ht ana..ampun kan aku ya Allah..ak hambaMu yg lemah..pinjamkn aku sedikit kekuatan agar dgn kekuatan itu aku bisa bangun dan berusaha mncr jln penyelesaian...

mohon maaf dari sume sahabat2 ana..ana akan perbaiki dri ana sbb ana hnye insan yg lemah..ana berperang dgn ht ana sndri..sakitnya Ya rabbi..ana berterima ksh pd kalian kerana mngajar ana erti sebuah kehidupan..