JellyPages.com

Monday, November 30, 2009

masjid kristal salah kiblat????

salam jihad buat semua teman-teman ana:) semoga kita berada di bawah keredhaan dan rahmat Allah S.W.T...
seronok dapat balik seminggu jumpa mak, abah dan my siblings..tengah dk sembang-sembang tu, adik ana tanya tentang masjid kristal..betul ke kiblat masjid kristal tu lari dari yang sebenarnya?? ummm ana pun tak tau nk jawap macam mana sebab ana pun tak tahu sejauh mana kebenarannya khabar angin ni..ana try cari maklumat dari pelbagai sumber dan akhirnya ana dapat gambar ni yang dihantar ke emel ana.


kalu ikutkan dari bacaan kompas tu, kiblat masjid ni dah senget..masyaAllah..... betul ke ni??ada yang menganggap ini masalah yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan.."ala, apa susahnya tukar je keadaan badan kita time solat." umm memang betul boleh buat macam tu tapi mana kualitinya masid yang bernilai RM260 juta tu??? 
ana masih tidak puas hati..sehinggalah ana dapat cari maklumat sebenar tentang masjid ni..


PEMBERITAHUAN : ARAH KIBLAT MASJID KRISTAL

PEMBERITAHUAN : ARAH KIBLAT MASJID KRISTAL
Written by Buletin online
Tuesday, 08 April 2008

Pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu menafikan tohmahan yang mengatakan arah kiblat Masjid Kristal menympang dari arah sebenar. Pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu telahpun membuat semakan semula pada 21 Februari 2008 bersama-sama kakitangan Pejabat Mufti berserta dengan pihak kontraktor binaan dan telah mengesahkan bahawa arah kiblat Masjid Kristal adalah tepat dan betul.

Kaedah semakan yang digunakan adalah dengan membuat tilikan matahari untuk kawalan bearing kemudian diunjurkan kepada arah saf dalam masjid tersebut adalah 291 20' 10" sebagaimana arah kiblat yang sepatutnya di sekitar Kuala Terengganu. Dengan Penjelasan ini, disahkan bahawa arah kiblat Msjid Kristal adalah tepat dan betul dan tidak menyimpang sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu
3 Mac 2008

http://edition.globalmediachannel.tv/content/view/1372/57/


ana rasa lega sangat-sangat bila dapat info ni..ana tak faham kenapa boleh ada khabar angin macam ni..lain kali, ape pun maklumat yang kita dapat cuba lah kita kaji dulu kebenarannya sebelum kita hebahkan pada orang lain..
wallahua'lam~

2 comments:

RedSpecial said...

kompas tu x betul agaknyer

Dash Creative said...

check sendiri ketepatan arah kiblat masjid kristal ini. pergi ke mana2 website penunjuk arah kiblat. contoh http://www.al-habib.info/arah-kiblat/#idc-cover

taip >>crystal mosque, kuala terengganu<< dan klik cari!

zoom sebesar mungkin. klik pada mana2 bahagian masjid. anda akan dapati arah kiblat masjid kristal ini adalah tepat.

kompas tidak tepat kerana magnetic pole berubah-ubah