Salam ‘alaik..
Lately makin banyak dapat invitation untuk majlis pertunangan dan
pernikahan kawan-kawan. Alhamdulillah saya tumpang gembira untuk mereka.
Seolah-olah macam trend pulak kahwin sebelum usia menginjak 25 tahun tapi based
on experience, kahwin awal/ kahwin muda ni memang best. Di sebabkan best, so
dugaan dan ujiannya pun turut best :D
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Saya terpanggil untuk menulis entri tentang hal-hal seperti ini.
Entahlah, saya sendiri tidak pasti sama ada kita tak tahu atau buat-buat tidak
tahu atau mungkin terlupa tentang hakikat sebuah PERTUNANGAN. Alhamdulillah,
syukur kepada Allah buat mana-mana sahabat yang bakal bertunang atau pun telah
bertunang.
BAKAL TUNANG
Yang bakal bertunang tu, maksudnya sudah ada yang menghantar tanda.
Tanda yang mana kita telah sepatutnya memulakan solat istikharah. Supaya nanti,
takdelah kita bertunang dengan orang lain tapi berkahwin pulak dengan orang
lain. Ini bukan soal ‘dah takde jodoh’
tapi ini melibatkan kebergantungan kita pada Allah dalam menetapkan siapa bakal
suami/isteri kita.
TUNANG ORANG
Yang sudah pun menjadi tunangan orang, banyak perkara yang perlu
diambil kira. Sudah bertunang bukan tiket untuk kita keluar bersama-sama, pergi
ke mana-mana majlis bersama-sama kononya untuk memperkenalkan bakal
suami/isteri kepada kawan-kawan. Bahkan inilah saat yang paling banyak dugaan
dan paling banyak ujian. Time nil ah syaitan yang dihantar semuanya yang
berpangkat besar dengan bisikan-bisikan dan hasutan-hasutan yang hebat. Inilah
antara punca kenapa banyaknya anak zina di kalangan orang-orang yang telah
bertunang tapi belum bernikah. Mereka menganggap pertunangan itu sebagai tiket
untuk memulakan hidup sebagai suami isteri.
DAH NIKAH NANTI…
Saya pun tak faham kenapa nak buat semua tu sebelum nikah. Sedangkan
lepas nikah nanti, isteri tu halal buat suami. Bawalah si isteri kemana pun,
orang tak kan bercakap buruk. Pegangalah tangan si isteri kuat-kuat, redha
Allah pun turun mencurah-curah. Tataplah wajah suami/isteri, nikmat Allah turun bagai hujan. Tapi kalau
duk sibuk tatap muka tunang, konon-konon untuk pupuk kasih sayang, konon-konon
supaya boleh belajar respect dia bila dah jadi suami/isteri nanti, tau tak apa
yang Allah bagi? Cuma laknat Allah yang turun mencurah-curah.
Dalam keadaan zaman yang semakin maju ni, saya akui memang susah untuk
menjaga diri, untuk manjaga hati, apatah lagi untuk menjaga peribadi.
Filem-filem atau cerita-cerita yang ditayangkan banyak yang berunsur lucah yang
boleh membangkitkan nafsu dan menggoyahkan iman. Sebaik manapun seorang lelaki
itu, apabila duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan pasti difikirannya
akan terlintas pada hal-hal seperti ini.
Sebagai seorang perempuan, marilah sama-sama kita menjaga diri dan
maruah kita. Berilah cinta kita hanya kepada yang berhak. Hanya kepada yang
melabuhkan cintanya kepada Sang Pencipta Cinta. Hanya kepada yang halal.
CINTA
ITU INDAH
ANDAI
MANISNYA DIHIRUP SELEPAS NIKAH
DISEMAI
DIBAJA PENUH ISTIQAMAH
CINTA
ITU INDAH
ANDAI
DIPANDU DENGAN SUNNAH
TETAP
SETIA SENANG DAN SUSAH
CINTA
ITU INDAH
ANDAI
DIRAIH DENGAN MUJAHADAH
WALAU
DIUJI TETAP GAGAH
0 comments:
Post a Comment