Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat perjalanan:
Di tuju kepada semua penumpang
- Diminta ambil perhatian kerana kita akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
- Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulama' dan cendekiawan.
1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
- amal solah
- sedekah jariah
- anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
- ilmu yang bermanfaat
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Semoga bergembira dengan perjalanan ini sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:
“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."
0 comments:
Post a Comment