assalamualaikum W.B.T..alhamdulillah hari ini kita msih diberi ruang dan kesempatan untuk memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kita peluang untuk terus bernafas..
di mana-mana pun sekarang ni sangat lah senangnya untuk kita melihat pusat islam..ramai perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang..
sabda Rasulullah S.A.W: "wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, maka ia tidak akan masuk syurga." (riwayat MUSLIM)
mana hilangnya sifat malu kita sebagai kaum hawa??semakin kita di akhir zaman,semakin tidak terbendung lagi masalah ini. banyak contoh malu yang ditunjukkan dari zaman nabi dahulu..
- malu Nabi Adam dan Siti Hawa- sejarah malu bermula dari peristiwa ini..Nabi Adam dan Siti Hawa yang terdedah auratnya kerana memakan buah larangan di syurga iaitu buah khuldi..saat itu Nabi Adam dan Siti Hawa memetik daun di syurga untuk menutup aurat mereka..
- malu Nabi Yusuf- malu Nabi Yusuf ditunjukkan sewaktu digoda oleh Zulaikha di istana Raja Abdul Aziz (mesir). Nabi Yusuf menutup matanya kerana tidak mahu melihat aurat Zulaikha yang cantik. nabi Yusuf berkata "aku malu kepada Allah."
- malu Rasulullah S.A.W- Rasulullah mempunya rasa malu yang sangat tinggi. ini dapat dilihat sewaktu auratnya disingkap oleh angin..pada saat itu, lutut baginda bergetar kerana malu auratnya terdedah. "mengapa lututmu bergetar wahai anakku?" tanya bapa saudara nabi,Abbas bin Abdul Muttalib. Nabi menjawab "wahai pakcik, aku malu!"ketika itu usia nabi 35 tahun dan belum menjadi rasul. sifat malu Rasulullah ini juga boleh dilihat ketika Nabi Musa a.s menyuruh baginda kembali menghadap Allah untuk meminta mengurangkan waktu solat pada malam isra' dan mikraj. baginda menolak kerana baginda malu dengan Allah.daripada 50 waktu sudah dikurangkan 45..semoga baki 5 waktu diterima dengan ikhlas sebagai kewajipan kita dan dilakukan sehabis baik dengan niat semata-mata kerana Allah.
bila masuk bab solat,lain pulak ceritanya...solat yang dah tinggal 5 waktu pun susah nak buat..
bila kita tak dirikan solat tu,maksudnya kita tak tunaikan tanggungjawab kita sebagai orang islam..yang membezakan orang islam dengan kafir ialah solat yang didirikan.kalau kita tak dirikan solat maksudnya kita samalah macam mereka.kadang-kadang ana pelik.segelintir dari kita ni boleh cakap hukum hakam solat ni dengan baik..tapi kita gagal melaksanakan ape yang kita tahu..nauzubillah..smoge kita dijauhkan..
wallahua'lam~
0 comments:
Post a Comment