JellyPages.com

Sunday, October 10, 2010

mesti la nak yang baik!

salam 'alaik..

kalau kita tanya ciri-ciri calon suami or isteri yang macam mane yang kita nak mesti semua orang akan bagi jawapan nak yang baik..mesti punyelah! of course la kan..sape nak yang "cukup-cukup makan" je..kan2??kalau yang perempuan,mesti nak lelaki yang boleh bimbing die,yang boleh jaga die..mana ada perempuan nak suami yang hisap dadah, yang kaki pompuan,yang pemarah..mesti la tak nak yang macam ni kan..porak peranda hidup! nauzubillah~yang lelaki pulak mesti la nak perempuan yang sopan2,yang cantik, baik..kn2??memang itulah lumrahnya seorang manusia..kita mesti nak yang bagus je..kalau boleh kita nak something yang perfect!



persoalan nye sekarang ni, cukup baik ke kita ni untuk dapat sesuatu yang baik?? haa senang cerite camni la..kite g depan cermin..pastu telek2 la diri kite sikit..lebih kurang macam muhasabah diri depan cermin la. baik tak kita untuk dapat sesuatu  yang baik? Allah tu adil..Maha Adil..sebelum kita minta sesuatu yang baik, maka kita lah yang harus baik terlebih dahulu..ni barula adil kan??

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


tak salah untuk kita mengingikan sesuatu yang baik..itu bagus sebenarnya sebab tu salah satu cara mendorong kita untuk jadi baik..berubahlah sekarang supaya yang tebaik sentiasa jadi milik kita:) lagipun, siapa kita hari ini menentukan siapa anak2 kita akan datang..kalau kita adalah perokok tegar,tak mustahil anak2 kita nanti pun akan kuat pengepam! kalau kita suka ponteng kelas, gamaknya anak kita pun kaki ponteng la..kalau kita jenis malas nak tolong mak abah kita, haa beringat la ye..jangan menyesal kalau nanti anak2 kita pun akan buat perkara yang sama kat kita..







nak husband yang baik!(mode gatal dah datang..ahaha) kene berubah mulai saat ni..

Saturday, October 2, 2010

aduhai dunia

salam 'alaik..

terasa sedih la bila ada kawan send pic ni kat saya..umm terasa sedih betul! kadang-kadang saya jadi terfikir..alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang mandi biar sampai basah..


(gambar ni sy dapat dr emel..sekadar utk berkongsi)

cuba tengok! apa yang kita rasa? ada rasa sedih tak? rasa kelaka pon ade jugak kan? alang-alang dh tunjuk betis + peha tu, baik tak payah pakai tudung terus..adela nampak janggal sangat..ni tak! ade ke patut pakai separuh-separuh (T__T) bukan rambut je aurat kita! aurat perempuan adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan..

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

dunia kita makin tua dan semakin banyak karenah manusia. ada yang pakai tudung tapi nampak jambul.

(hanya sekadar contoh)

ada yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek. ada yang dah cantik dah pakai tudung tapi baju pulak ketat sangat..umm sekarang ni pakai tudung tu cuma fesyen je..sikit sangat yang betul-betul tutup aurat seperti yang dianjurkan dalam suruh An-Nur ayat 31..sebenarnya semua tahu tentang suruhan bertudung ni..tau ape hukum bertudung  ni..tapi senang je alasannya..
"ala,aku tak bersedia lagi la..tunggula hati aku betul-betul dah  terbukak nak pakai tudung nanti..aku tak nak la bila pakai tudung ni sekejap pakai sekejap tak.." 
kalau kita berada dalam golongan yang ni..cepat2 la beristighfar..kawan, awak tau ke bile ajal awk datang? apa tunggu la..berubah la sekarang! kita tak tau ajal kita ni bila..perubahan tu kan bermula dari diri kita sendiri..memang la amik masa sikit nak berubah ni tapi apa salahnya kalau kita cuba sikit-sikit dari sekarang kan?^_^ ala mula-mula je rasa janggal tapi lama2 nanti mesti ok..believe me:)

ada pulak yang berfikiran macam ni.."ala, dah penat la pakai tudung.actually this is the real me..aku penat la nak hipokrit2 ni..dulu aku pakai tudung sebab terikat dengan undang2 sekolah.sekarang aku bebas!" ni memang berlaku..semoga kita tak tergolong dalam golongan ni..ruginye la kan..dah cantik2 pakai tudung, kita biar kan lelaki yang bukan mahram tengok susuk tubuh kita..kalau kita dalam golongan ni,cepat2 la sedar bahawa hati kita ni sedang dipalingkan oleh syaitan..bertambah rugi bila kita solat 5 waktu cukup tapi tang tudung tak lepas pulak..

kita cuba la pakai tudung ni slow2..kalau nak bermula dengan pakai selendang @ shawl pon xpe..yang penting kita ada usaha untuk bertudung dan seterusnya cuba untuk istiqamah..



Friday, October 1, 2010

amboi! sombong betul~

salam 'alaik..
disebabkan sekarang ni mengajar sementara kat kampung ni, maka sekali sekala ada la juga saya berjalan kaki ke kedai..almaklumlah, hikayat orang yang tak pandai bawak moto..membonceng memang hebat!umm maka di suatu petang yang indah (bersama hembusan bayu yang sepoi-sepoi bahasa) saya pun berjalan kaki ke kedai yang mengambil masa 5 minit lebih untuk sampai..tiba- tiba saya disapa oleh seseorang..."amboi! apolak gaghang bona ghoman e tu??cubo la sonyum sikit..sogham ghaso e an nak togo..sombong na" (amboi! apela garang sangat muka tu..cubela senyum sikit..seram aku nak tegur..sombong sangat") begitulah bunyi nya..saya pun terfikir la..tak kan la nak jalan sambil terseyum-senyum?kang mau ade yang cakap kite ni 3 suku..ahaha tergelak dalam hati akhirnya..begitu mudah orang melabel kan kita sombong hanya kerana tak senyum waktu jalan kaki..



hakikatnya.........orang-orang yang sombong itu ada 3 petanda
:
1)kedekut yang berterusan
sifat kedekut ni rupa-rupanya salah satu tanda yang kita ni sombong..yela,mesti kita terasa semua yang kita ada adalah milik kita dan tak boleh share dengan orang lain.kite pun jadi kedekut dengan orang lain sedangkan kita tak sedar bahawa dalam rezeki kita ada rezeki orang lain..tak rugi pon kita share ape yang kita ada dengan  orang lain..pasti kita akan terasa damai dan tenang je dalam hati..kalau tak percaya,mohle kita cube^_^
mungkin nampak normal la kan orang yang kedekut dengan orang lain ni,tapi sebenarnya ada jugak orang yang kedekut dengan diri sendiri! ya Allah,kalau dah untuk diri sendiri pun kedekut,macam mana nak hidup bermasyarakat?sekali-sekali kita kene jugak meraikan diri sendiri..betul kan? mungkin jugak orang kedekut ni cepat kaya tapi apa gunanya kaya harta tapi budi bahasa ZERO~(semoga kita bukan dalam golongan ini)

2)gelisah dengan ketentuan Tuhan
penah tak kita mengeluh dengan apa yang jadi kat kita??tipula kan kalu kata tak penah! semua orang mesti pernah mempertikaikan apa yang pernah jadi dalam hidup dia.(termasuk lah saya..oh Allah,forgive me T__T)
rupa-rupanya ini pun tanda-tanda yang kita ni sombong..sombong dengan Allah..seolah-olah kita mempertikaikan kekuasaannya..bila diberi ujian kita gelisah..diuji dengan rasa sakit pon kita menyungut..sakit perut pun menyungut..kita siap salahkan makanan yang kita makan tu..sedangkan rasa sakit tu sebenarnya penghapus dosa-dosa kecil kita..nauzubillah,semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini..


“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

3)memandang tinggi pada diri sendiri
ko salah! aku betul! ko paham tak ko salah! ada sesetengah orang yang macam ni..tak penahnye dia salah..dia jela yang betul..reject mentah-mentah cadangan orang lain..dah kita ni namanya pun manusia..manala penah tak buat silap kn?kalau kita rasa kita ni best sangat,kita kene ingat ada yang lebih best dari kita..kalau kita rasa kita berkuasa, Allah lagi berkuasa dari kita..ala,senang-senang cerita la kan,kalau kita ada harta,ada kedudukan,ada nama nanti kita akan mati..bila kita mati, kita dikapankan dengan kain  putih jugak sama macam orang lain..kita dikuburkan dalam tanah jugak sama macam orang lain..berhentilah merasa diri kita hebat.mulakan langkah sekarang dan ubah diri kita menjadi seorang yang tidak berada dalam golongan-golongan ini..insyaAllah~

Saturday, September 18, 2010

sebuah penghijrahan itu

salam 'alaik..
pejam celik pejam celik terasa betapa pantas masa berlalu..pelbagai pengalaman hidup yang kita telah lalui yang menjadi guru terbaik dalam hidup kita..menjadikan kita kuat dan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi hari-hari mendatang..


setiap kali kita bertemu hari baru,setiap kali itulah kita cuba berhijrah..alangkah malang dan ruginya kita jika kita masih ditakuk yang lama..penghijrahan yang bukan hanya perjalanan sebuah destinasi tetapi juga penghijrahan untuk akhlak diri..penghijrahan dalaman ke arah yang lebih baik...tidak dinafikan, untuk kita berhijrah secara keseluruhan memang sukar malah lebih sukar dari mendaki gunung!

setiap dari kita ini adalah da'ie..da'ie yang berhak dan perlu untuk menegur sesama kita..kita sering berpendapat bahawa kita ini tidaklah sebaik mana untuk menegur teman kita..maksud saya menegur itu samalah juga dengan berdakwah..kita sering terasa bahawa kita tidak layak untuk menegur orang lain disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang ada dalam diri kita sehinggakan kita lupa bahawa dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna..pasti ada kekurangan dan cacat celanya..di sinilah berguna perjalanan dakwah..kita menegur di samping proses untuk membaiki diri..jika semua orang berfikir bahawa orang yang baik sahaja boleh menegur orang lain,itu adalah silap! percayalah,jika kita mampu menegur orang lain ini bermakna kita juga mampu memperbaiki diri kita..dan perubahan @ penghijarahan itu bukan hanya berlakau untuk tempoh sehari dua sahaja.tetapi biarlah untuk selama-lamanya..jika kita berhijrah dari tidak bertudung kepada bertudung, biarlah ia kekal..jika kita berhijrah dari bertudung pendek kepada bertudung labuh, biarlah ia kekal..jika kita berhijrah dari pemarah kepada penyabar,biarlah ia kekal..harus kita ingat akan satu perkara..PERBUATAN BAIK ITU PASTI SUKAR UNTUK DILAKUKAN.PASTI BANYAK HALANGAN DAN DUGAAN..tetapi janganlah kita mudah berputus asa dan mengalah..janji Allah itu pasti..



Allah akn terus menguji hati hamba-hambanya sebagai tanda kasih dan sayangNya DIA kepada kita..semoga ditetapkan hati kita dan diluruskan niat kita di atas landasan kebenaran..Ya Tuhan kami,jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan nikmat dan rahmatMu kepada kami..aminn ya Rabbal 'Alamin~