JellyPages.com

Wednesday, September 8, 2010

kisah sedih lagi

salam 'alaik~
alhamdulillah kitamasih diberi peluang untuk menumpang di muka buminya..meneruskan kehidupan yang tidak tahu bila penghujungnya..semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur..aminn~

ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..hanya beberapa hari lagi yang tinggal..bagaimana dengan iman kita? bagaimana dengan amal kita?bergandakah ia?? puasa mengajar kita banyak perkara..mengajar untuk berjimat, mengawal hawa nafsu, meningkatkan amal untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan banyak lagi..alangkah ruginya jika kita tidak merasai apapun sepanjang ramadhan ini..

2 kisah yang berlaku yang membuatkan saya jadi berfikir terus tentang fikrah seorang manusia yang bernama islam.

kisah 1:
di bazar ramadhan yang penuh sesak.memang padat dengan manusia yang pelbagai ragam, pelbagai warna kulit dan pelbagai karenah..di salah satu gerai, ada seorang makcik berketurunan cina bersama 5 orang anaknya yang kecil-kecil belaka..tak menang tangan nyonya tu nak melayan karenah anaknya ditambah dengan tangisan salah seorang anak nyonya tadi. agak bingit la situasi di situ tapi sesuatu yang memeranjatkan semua orang telah berlaku.
seorang gadis MELAYU yang beragama ISLAM mendekati nyonya tadi dan dengan selamba menengking nyonya tersebut. "makcik,yang bijak sangat bawa anak ramai-ramai kat sini tu kenapa?buat sesak je.orang nak beli makanan buka,dia pun sibuk juga nak isi tembolok!"
ya Allah,malunya saya saat itu. tak sangka perkataan tersebut boleh keluar dari mulut gadis berkenaan. mana hilangnya rasa malu dan rasa hormat kepada orang tua? kenapa begitu mudah nafsu amarah menguasai dirinya?kesian tengok nyonya tu terkebil-kebil menahan malu diperhatikan oleh orang ramai.
saya sangat kesal dengan situasi tu tapi apakan daya.apalah yang boleh saya lakukan..



kisah 2:
kami 3 beradik,ke bandar untuk mencari perlatan langsir.dlm perjalanan balik,kami follow kereta seorang pakcik.abang saya sengaja mendekatkan jarak kereta dan dengan cepat capai kopiah.saya pelik juga dengan tindakan abang saya tu..rupa-rupanya pakcik tadi sedang hisap rokok.umm mungkin pakcik tu cina la kot!tapi bila abang memotong kenderaan pakcik tu terbukti dia adalah melayu + islam!tasbih punya la besar tersangkut kt cermin pandang belakang.ish rasa geram je.pakcik tu siap tunjuk beliau menghisap rokok dan hembus asap rokok tu.langsung takde perasaan hormat kn orang lain..





dunia semakin tua..kita tidak tahu bila penghujungnya..tapi malangnya,kita tetap leka seolah-olah dunia itu tiada penamatnya..ingatlah janji Allah itu pasti!bersujudlah kepadaNYA selagi roh masih dijasad~

Wednesday, September 1, 2010

kenangan main mercun~

assalamualaikum...
salam ramadhan:)
alhamdulillah,syawal pun semakin dekat..tinggal lagi 10 hari je nak raya^_^ semoga Allah kuatkan stamina iman dan kudrat kita untuk mendapatakn lailatul qadr:) aminn~


apabila syawal semakin dekat ni, teringat pula kenangan zaman kanak-kanak..mercun dan kanak-kanak memang sukar untuk dipisahkan.dulu-dulu, kanak-kanak tak pandai nak banyak songeh ni..tak modified langsung mercun-mercun yang ada.sebab tu la, time kecik-kecik dulu mak abah tak kisah sangat kami adik beradik nak main mercun..mercun yang jadi favourite kecik-kecik dulu ialah mercun papan..


bila dapat je mercun ni, saya dengan adik akan pisahkan mercun ni satu satu lepas tu,simpan di tempat yang selamat!ahaha....lepastu,adik saya yang lelaki akan mulakan operasi mencari katak dan saya pula akan mencari cicak..cari la dalam 4, 5 ekor cicak pastu simpan dalam plastik..

*
*
*
*
*
10 minit kemudian
*
*
 tiba masa berkumpul,kami akan tunjukkan hasil tangkapan masing-masing^_^ kenapa nak cari cicak dengan katak tu??nak buat ape??

tibalah masa yang dinantikan..ambil 2 atau 3 biji mercun kemudian sumbatkan ke dalam mulut haiwan tangkapan tadi..lepas tu, bakar lah mercun tadi..tapi kene cepat-cepat lari kalau tak memang terperciklah sisa-sisa haiwan tadi..kalau katak pulak, letaklah mercun tu banyak sikit..umm ni la aktiviti zaman kanak-kanak dulu..terasa kejam sangat tapi time kanak-kanak  yang penting adalah keseronokan!seriously,memang sangat seronok (^_^)/

sekarang,dah tak buat lagi aktiviti-aktiviti macam tu..hanya tinggal kenangan..selamat lah sang katak dan sang cicak :D bila dah jadi anak dara ni, waktu-waktu macam ni,sibuk tolong mak buat kuih^^





selamat hari raya buat semua kawan-kawan yang kenal atau pun tak kenal..mohon maaf jika ada tersalah kata atau terguris hati..semoga kita bertemu lagi dengan ramdahan yang akan datang..aminn

Thursday, August 26, 2010

wahai kau bunga


bayu berpuput lembut
menyentuh sayu kelopakmu
kau menari bagai ratu
menarik sang lebah menghisap madu
malah
kumbang turut terpana
liuk lentokmu menggegar jiwa
kau menjadi angkuh dan bangga
kononnya
kaulah penyeri dunia
wahai kau bunga
lenggokmu yang mempesona
bisa meratah iman si pemuja
mengapa kau cepat lupa
setelah kau layu tak bertenaga
kau akan dibiar sepi
oleh sang kumbang yang tak berhati







kecantikan dan keelokan paras bukan untuk dibanggakan tetapi untuk disyukuri dan menjadi bukti keagungan ILAHI..semoga kita bukanlah bunga yang melalaikan sang kumbang tetapi bunga yang penuh dengan rasa rendah hati dan malu pada yang bukan ajnabi~

Monday, August 23, 2010

pengajaran ramadhan

salam 'alaik~
alhamdulillah kita masih dapat berjumpa dengan Ramadhan..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..aminn

sedikit kisah pengajaran yang berlaku pada hari ini..
mak dan abang saya ajak pergi ke supermarket untuk beli barang-barang dapur..memang ramai sangat orang time tu..troli yang saya bawa tu siap berlanggar-langgar dengan troli lain..sesak!
dipendekkan cerita.......selepas membeli barang-barang yang patut, kami pun bergerak keluar dari supermarket tersebut (fuhh lega^_^)
saya sebagai tukang tolak troli bergegas tolak troli ke kereta..abang saya pula mata melilau kiri kanan..tiba-tiba abang saya bercakap dengan kuat..

"kot ye pun tak puasa pakcik,hormat la sikit orang-orang yang puase."
(saya pun tercari-cari siapa yang abang saya maksudkan sebab tak nampak siapa-siapa pun di situ)

"kau nak puasa,lantak kau la..aku tak nak puasa,lantak aku la! KUBUR LAIN-LAIN"

abang saya pun menjawap:"nasib baik kubur lain-lain pakcik..kalau tak,mesti takde siapa yang nak duk sekubur dgn pakcik!"

berderau darah saya dengar jawapan pakcik tu..sambil menghisap rokok dan menyedut air sirap,pakcik tu buat muka selamba...ya Allah,terasa sedih di hati ni..kita sebagai orang islam sendiri pun tidak menghormati kedatangan ramadhan..islam kah kita jika begini perlakuan kita??tepuk dada tanyalah iman..

nak dijadikan cerita,habis je pakcik tadi bercakap kasar beliau tiba-tiba tersedak..siap terbatuk-batuk tak berhenti! pakcik tu terus buang rokok dan air sirapnya..
saya yakin itu adalah peringatan dari Allah..berfikir dahulu sebelum berkata-kata. jangan main ikut sedap mulut je..perkara wajib dimain-mainkan...ditambah pula,puasa itu wajib bagi umat islam.kenapa kita begitu tegar untuk melanggar perkara yang diwajibkan ke atas kita?kematian itu adalah rahsia Allah..entah esok,entah lusa ajal akan datang menjemput kita..di saat itu, taubat tidak akan diterima lagi!



Allah pinjamkan kita sebuah kehidupan..di dalamnya,DIA campakkan perasaan kasih dan sayang sebagai pelengkap..tetapi mengapa kita mengingkariNYA sehingga seolah-olah ia adalah milik mutlak kita??usia yang tersisa ini gunakanlah untuk beribadah dan beramal di jalanNYA~