JellyPages.com

Saturday, July 10, 2010

apa yang kau cari??

salam 'alaik..

kisah ini begitu menyentuh hati saya..saya jadi terfikir dan mula bermuhasabah diri untuk mencari jawapan..


ada seorang lelaki yang kehilangan sukatan yang diperbuat daripada bulu. dia tidak tahu siapa yang mengambilnya. ketika dia sedang solat, tiba-tiba dia teringat siapa yang mengambil sukatan tersebut. dengan sebab itu, dia cepat-cepat menghabiskan solatnya dan berkata kepada pekerjanya supaya cepat-cepat pergi mengambil sukatan tersebut daripada si fulan..pekerjanya pun bertanya, "bila tuan mengingatinya?" tuannya menjawab,"ketika aku sedang solat." kemudian pekerjanya berkata,"rupanya tuan mencari sukatan,bukan mencari Allah." hati tuannya tercuit mendengar kata-kata itu..lantas pekerjanya dimerdekakan..

masyaAllah,semoga kita dijauhkan dari hal-hal seperti ini..
tetapi, hakikatnya inilah yang sering kita hadapi..alangkah sukarnya mencari khusyuk dalam solat..kadangkala makanan yang ingin kita beli muncul dalam fikiran kita sewaktu solat..sudah terang,yang kita cari adalah makanan bukannya keredhaan Allah..
biasa juga dialami,barang yang hilang ditemukan dalam solat..contohnya kunci rumah,kunci kereta,telefon bimbit dan banyak lagi..aneh bukan??semuanya muncul sewaktu kita sedang solat! ini adalah angkara syaitan yang melalaikan kita dan melarikan tumpuan kita dari mengingati Allah seterusnya mencuri khusyuk kita.

Rasulullah SAW bersabda: "barangsiapa solat 2 rakaat, hatinya tidak ingat sesuatu pun tentang dunia, maka dosa yang terdahulu akan diampuni."

dirawikan dari Hatim al-Ashom. dia ditanya tentang solatnya. maka dia menjawab:
-ketika tiba solat, kusempurnakan wudhukku.
-aku pergi ke tempat solat,aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku..lalu kudirikan solat.
-aku jadikan kaabah di depan mataku,sirat di bawah tapak kakiku,syurga di kanan ku, neraka di kiriku, malaikat maut di belakangku dan ku kira itu adalah solatku yang terakhir.
-kemudian aku berdiri di antara berharao dan takut,aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tertil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas.



cukuplah Allah yang kita cintai kerana tiada cinta yang bisa menyelamatkan kita dari bahang api neraka selain dari cintanNYA~

Sunday, July 4, 2010

hakikat cinta

salam 'alaik...


orang kata,cinta itu tidak perlu dicari..ia akan datang sendiri bila tiba masanya..saya jadi tertanya-tanya..betul ke??

ada pula orang kata, cinta ibarat rama-rama..makin dikejar makin ia pergi..tapi,apabila kita berdiam diri,ia akan datang menghampiri..umm mungkin ini salah satu sebab mengapa kita tidak perlu mencari cinta..

ada pula pendapat mengatakan,cinta itu adalah gabungan perasaan manusia..di dalamnya ada masam,masin,pahit,manis,suka,duka,derita,air mata,ceria,bahagia dan banyak lagi..
umm kalau macam tu,cinta ni tak la best sangat pun..tapi kenapa orang mengagung-agungkan cinta???sehinggakan ada yang tersungkur di sebabkan cinta..sehingga kan lahirnya anak yang tidak sah taraf disebabkan cinta..sehingga ada anak-anak yang di 'tong sampahkan' gara-gara cinta..

hakikatnya, cinta itu memang perlu di cari..
sebelum kita mencintai seseorang,cintailah diri kita sendiri..tetapi sebelum kita mencintai diri sendiri,cintailah Allah yang menciptakan kita..bagaimana untuk kita mencintai Allah??adakah dengan cara menunggu??adakah cinta kepada Allah itu akan hadir sendiri di dalam hati kita jika kita tidak memupuknya??mungkin kita boleh berkata dengan megahnya betapa kita mencintai Allah..tetapi adakah perbuatan kita mencerminkannya??adakah pakaian kita mencerminkannya??adakah pergaulan kita mencerminkannya??

jika kita cinta Allah,kita akan berusaha sedaya upaya memelihara aurat kita..
jika kita cinta Allah, kita akan berusaha menjaga solat kita..
jika kita cinta Allah, kita akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga pergaulan kita..

sebelum kita berjaya melakukan semua ini, jangan lah kita bermimpi untuk mencari cinta manusia..kerana itu bermakna,kita gagal untuk mencintai diri sendiri..cinta yang tidak di dasarkan kepada Allah, adalah cinta yang sia-sia..cinta seumpama itu adalah sangat menyakitkan.

saya terfikir..mengapa kita rakus mencari cinta manusia sedang kita tahu terkadang cinta manusia itu hanya menyakitkan??
mengapa kita tidak berlumba-lumba mencari cinta Allah sedang kita tahu cinta Allah itu tidak pernah  mengecewakan??sekali kita mencari.10 kali DIA memberi..apabila kita buntu,DIA tunjukkan jalan keluar..apabila kita tersesat,DIA kembalikan kita ke pangkal jalan..DIA tidak pernah mempertikaikan cinta kita padaNYA..tiada satu pun syarat diletakkan untuk kita mencintaiNYA..yang paling penting,kita tidak akan pernah dikecewakan oleh cintaNYA..

ayuh sama-sama kita mencari cinta Allah..itulah cinta yang hakiki dan abadi..cinta yang kekal fid dunya wal akhirat..dan cinta yang membuatkan kita bisa menyayangi insan lain....






semoga kita dijodohkan dengan insan yang memberikan cintanya pada Allah..hanya insan inilah yang akan menjaga kita sebaiknya di dunia dan akhirat lantaran cintanya yang mendalam kepada sang Pencipta..aminn

Thursday, May 6, 2010

itulah kita

kita selalu berharap agar orang sekeliling kita memahami kita..
kita selalu berharap agar orang sekeliling kita sedar akn kewujudan kita..
kita selalu berharap agar nasib sentiasa menyebelahi kita..
kita selalu berharap..
berharap..
dan terus berharap..
terkadang kita terlupa untuk menggantungkan harapan itu pada yang Maha Esa..
terkadang kita terlupa bahawa qada' dan qadar Allah lebih berkuasa dari segalanya..

kita sedih bila ditimpa masalah..kita sedih bila ditimpa musibah..tapi kita tak sedar, dalam kesedihan kita itu kita turut menyebabkan orang2 disekeliling kita berduka..kita mahukan kawan..kita mahukan teman..tapi kenapa bila kita dah mendapatkannya, kita seperti tidak menghargainya??? itukah cara kita bersyukur dengan rahmat kurnianNya?? duka yang kita lalui itu adalah duka teman kita juga..kenapa kita simpan duka itu seorang diri sehingga menjadi dendam di hati??


bila ditimpa musibah, kita mengeluh..kita terasa betapa tidak adilnya Tuhan pada kita..mengapa kita diuji sedemikian rupa?? mengapa kita yang perlu menghadapinya?? kita sering terlupa, Allah mengaturkan segalanya buat kita..kita mengeluh itu untuk apa?? untuk menunjukkan kekecewaan pada ketentuan Tuhan?? jangan! jangan kita lakukan itu..tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA..siapa kita untuk mempertikaikan ketentuanNYA?? ingatlah betapa ujian itu membuatkan kita semakin dekat denganNYA..ujian itu sebenarnya membuatkan kita sedar betapa indahnya hidup di bawah rahmat Tuhan..betapa indahnya hidup apabila solat,ibadah,hidup dan mati kita serahkan segalanya pada DIA..kebergantungan itu membuatkan kita sedar betapa Allah meminjamkan segalanya pada kita, maka DIA berhak mengambilnya semula.



ingatlah...
jika kita berselipar,lihatlah pada mereka yg berkaki ayam..
jika kita berjalan, lihatlah pada mereka yang bertongkat..
jika kita sempurna, lihatlah pada mereka yang cacat..


BERUSAHALAH UNTUK MENJADI HAMBANYA YANG BERSYUKUR..




setiap taqdir adalah untuk kebaikan hambaNYA. termasuk DOSA.. dosa mampu membuat kita bertaubat, dan dosa juga mampu buat kita jauh dari riak dlm ibadah...dosa..menyedarkan hakikat bhwa kita adalah hambaNya yg sangat memerlukanNYA. bertaubatlah selalu.biarpun dosa itu kdg2 kita tak pasti akan diulang lagi..

Wednesday, April 28, 2010

exam mode

salam jihad kawan2 sekalian (^_^)
alhamdulillah, hari ni selesai sudah semua paper:D dengan izinNYA selamat lah 3 tahun saya menjadi pelajar jurusan genetics.. Bismillahi tawakkaltu 'alallah..dengan nama Allah, aku bertawakal kepadaMU..amin

selesai je paper human and medical genetics tadi, sorang kawan saya kol..meluahkan ke 'frust' an beliau terhadap paper yang diambilnya..siap nangis2 lagi..saya pun jadi serba salah..beliau nampak sangat frust..satu je yang saya bagi tahu kat beliau..kita dah usaha, so selebihnya kita tawakal la .. teringat pesanan sorang kawan..yang membezakan kejayaan seorang muslim dan non muslin adalah pada tawakalnya..tiada istilah tawakal bagi non muslim sebab bagi mereka semuanya datang dari usaha mereka sendiri..kalau mereka berusaha,selayaknya la mereka berjaya..
ini tidak berlaku kepada seorang muslim..setelah berusaha dan berdoa, kita perlu bertawakal..bertawakal kepada Allah dengan menyerahkan segalanya pada DIA..apa pun yang kita dapat selepasnya adalah di bawah kehendakNYA jua..alangkah indahnya jika kita sentiasa menggantungkan harapan padaNYA..


kita akan belajar bersungguh-sungguh dengan harapan supaya dapat result best, mudah dapat kerja tapi kita tak niatkan pun fi sabilillah..sebab tu la bila result kita rendah, kita akan kecewa..kita mengeluh..kita jadi patah semangat..kalau kita tawakal padaNYA, insyaAllah perasaan2 macam ni dapat dibendung...
 kadang-kadang kita selalu terfikir..kenapa la mereka2 yang tak study sangat tu boleh je dapat result best tapi kita yang berhempas pulas ni dapat banyak tu je..kita pun mula la tak puas hati..berwaspadalah dengan perasaan tak puas hati tersebut kerana kita seolah-olah tak puas hati dengan ketentuan Allah..moga2 dijauhkan perasaan ini dari kita..

lain pulak halnya bila meniru ni..saya tak pernah nampak orang meniru depan mata saya..tapi ada kawan2 yang menyatakan ketidakpuasan hati  mereka pada si peniru..banggakah kita kalau dapat result cemerlang hasil peniruan kita tu??berjaya pada nama sahaja tidak seindah dan tidak semanis berjaya dengan disertakan usaha yang bersungguh-sungguh, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal dengan bersungguh-sungguh..kita sedia maklum bahawa doa adalah senjata utama kita..jadi kenapa kita tak menggunakannya..sama-samalah kita berusaha untuk meletakkan Allah ditempat pertama..peperiksaan itu adalah umpama perjuangan..selagi tak habis masa menjawap janganlah kita menyerah dengan meletakkan pena di sisi..mana lah tau,saat-saat akhir pula kita mendapat ilham untuk menjawap..sebab tulah perlunya berjuang sehingga ke titisan pena terakhir^^

harapan bukan satu bebanan..tetapi satu perjuangan yang membuatkan kita bangun setiap kali terjatuh~

lepas ni tak tau bila lagi boleh sit exam..nak kerja dulu then baru sambung master..insyaAllah..mohon doanya:D