JellyPages.com

Monday, April 19, 2010

macam-macam~

salam jihad..semoga hari ini lebih baik dari semalam..alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih memberikan kita ruang untuk menumpang di bumiNYA.. syukur kerana kita masih diberikan kerendahan hati dalam segala hal yang kita lakukan..tetapi tanpa kita sedar terkadang kita cuba menzahirkan kebaikan dek mahukan title "rendah hati."

semalam,perjalanan dari stesen komuter seremban ke stesen komuter ukm mengambil masa lebih kurang 45 minit..mata pun dah layu je..nagntuk nya masyaAllah.macam tak tidur semalaman..tiba-tiba, satu perbualan antara 2 orang makcik ni membuatkan mata jadi segar bungar..nak tergelak pun ada jugak :P
salah seorang makcik ni, menceritakan perihal kawannya..



makcik 1: hari tu, ada orang datang rumah aku nak kutip derma..untuk anak yatim katanya..mujurlah aku memang dah siap-siap packing baju-baju lama anak aku..aku bagi je mereka baju-baju tu..
makcik 2: ye ke kak!bagus lah akak ni..lagipun bagi kat anak-anak yatim..banyak pahala kita dapat..akak bagi baju je ke??
makcik1: (suaranya menjadi lebih bersemangat) eh kau ni!tak kan la aku nak bagi baju je..banyak lagi la yang aku bagi..tapi aku malas la nak cakap..nanti kata aku riak pulak..
makcik2: eleh yela akak tu..entah-entah akak bagi baju je tak?? (sambil senyum menyindir)
makcik1: ala kau ni..saja je tau nak suruh aku bagitau..aku bagi la duit derma sekali..derma ikhlas..(makcik tersebut terus tersenyum..mungkin sedang memikirkan betapa ikhlasnya beliau)
makcik2: yeke??berapa banyak akak derma??kalau setakat rm50 ke, rm 60 ke, saya tak heran sangat kak..(perli lagi..makcik ni asyik perli je..saya pun tak paham..)
makcik1:kau ni..tak kan la aku nak bagi banyak tu je..aku bagi rm500..(saya terkedu seketika)

 ayat dalam perbualan di atas telah diubah suai tetapi masih memberikan maksud yang sama..

memang segar bugar mata saya selepas dengar perbualan ni..makcik1 kata beliau ikhlas..ye mungkin asalnya beliau memang ikhlas..tapi dek kerana makcik2 yang asyik menyucuk ni tak pasal-pasal je makcik1 jadi riak..siap bagitau berapa beliau derma..mungkin beliau tak bermaksud nak bagitau tapi dek kerana dicabar, semua kebaikannya terserlah..kebaikan ni,walaupun disembunyikan tetap akan kelihatan..jadi kita tak perlu bersusah payah menceritakan kebaikan kita kepada orang lain..bukan sahaja boleh membawa kepada riak dan takabur tetapi juga membawa kepada ujub (bangga diri)..sebagai contoh makcik1..cuba kita menempatkan diri kita sebagai makcik1..mesti kita bangga je nak cerita kebaikan dan sifat dermawan kita tu pada orang lain kan..time syok-syok cerita tu,mesti terdetik dalam hati kita "rupa-rupanya aku ni ada sikap dermawan..tak sangka betul..bila dah cerita kat orang lain,baru aku sedar kelebihan diri aku." bila dah timbul perasaan-perasaan macam ni, di mana agaknya KEIKHLASAN itu diletakkan?? ikhlas atau tidak hati kita itu,Allah lah yang menilainya.memang mulut cakap ikhlas tapi dalam hati siapa tahu??


kisah yang diceritakan oleh makcik tadi membuatkan saya berfikir..susahnya kita nak mengIKHLASkan diri kita dalam melakukan sesuatu..inilah salah satu agenda syaitan..terus  menyesatkan manusia sehingga hari kiamat..BERWASPADALAH!!!

wallahua'lam~

Sunday, April 11, 2010

kisah 5 perkara


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan benda pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

dalam kehidupan kita seharian, perkara yang paling sukar untuk kita elakkan ialah bercakap buruk tentang orang lain. mungkin kita cuma berniat untuk bercerita, tapi tak sangka pulak dah 'ter' mengata tentang orang lain..kita perlu selalu mengingatkan diri kita ataupun kawan-kawan kita bahawa mengata orang ni boleh menghilangkan
 pahalan kita.


ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T: "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." 
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

sumber cerita:Daawah.com

Friday, April 9, 2010

awak lah~~

berkata Uwais Al-Qarni: "kerana aku terlalu mengejar amar makruf nahi mungkar, aku kehilangan kawan."
biar hilang kawan kerana perjuangan..tapi jangan hilang teman seperjuangan...

teman
kau umpama layar
yang menjadi peneman
saat aku menongkah badai
bahkan
saat aku tertunduk kekecewaan
kau hulurkan tangan
agar aku bisa bangun
menelusuri denai harapan

 setiap manusia memerlukan satu penghijrahan..bukan sahaja penghijrahan dari sudut perjalanan tetapi juga penghijrahan dari segi akhlak dan tingkah laku..tanpa kita sedar, sebenarnya setiap saat kita berubah..lebih-lebih lagi kaum hawa...lagi-lagi bila munculnya bulan purnama..cepat nak merajuk la, nak nangis la, nak marah la..al -maklum lah hormone regulation dah berubah..

begitu juga dalam berkawan..
mungkin,hari ni,kita selesa sangat dengan kawan yang ni, esok lusa kita selesa dengan kawan yang lain plak..tapi kalau dah namanya kawan, sampai bila-bila pun tetap kawan kan?? (as,saya pinjam ayat awk:P)
tapi sama ada kita sedar atau tak,kawan ni banyak mempengaruhi hidup kita..kalau kita tersalah pilih kawan..kita juga yang susah..bak kata orang lama "kalau berkawan dengan tukang buat besi, kita pun terkena karatnya,kalau berkawan denga penjual minyak wangi,kita pun terkena wangiannya." memang betul lah kita ni perlu pandai pilih kawan. tak salah kita kawan dengan semua orang..hatta pencuri sekalipun.tapi jangan la kita ikut sikap buruknya tu..yela,kalau kita tak kawan dengan pencuri tu,siapa yang nak nasihatkan dia,nak tegur dia??kan3?? 
iman kita ni bertambah dan berkurang.saya sangat takut bila iman tu berkurang.saat ni,mungkin kita mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tak elok.sebab tu la,kita perlukan kawan yang betul-betul boleh bimbing kita dan ubah kita menjadi seseorang yang lebih baik. tak kan la kita nak berada di takuk yang lama. batu yang keras pun bila dititik air,lama-lama lekuk juga..ada yang kata,kawan yang baik adalah kawan yang boleh terima kita apa adanya..tapi bagi saya itu salah. kawan yang baik adalah kawan yang boleh menegur kita saat kita salah,boleh memberi semangat pada kita saat kita jatuh,boleh bergelak ketawa bersama kita saat kita gembira dan boleh menangis bersama saat kita kecewa.

saya mungkin bukan teman yang baik buat awk..tapi saya akan berusaha untuk itu..kalau saya tersalah, awk berhak tegur saya..sebab sampai bila-bila pun awak adalah kawan saya..ye awk lah^^

terima kasih KAWAN(^__-)


Thursday, April 8, 2010

sedikit petua^^

salam 'alaik...alhamdulillah hari ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas yang membolehkan jantung kita menjalankan proses pengepaman darah untuk mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan kita.. syukran Ya Rabb:D semoga hari ini lebih baik dari semalam..aminn
 
hari ni, semua assignment berjaya di hantar..lega lah sikit sebab boleh fokus untuk exam pulak. walaupun demam exam dah mula terasa tapi entah macam mana sempat pulak buka blog Dr. Fadzilah Kamsah..terjumpalah petua ini...


ye kawan-kawan..petua mencari pasangan^^

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
ulasan saya: mungkin maksud kat sini, pasangan kita itu adalah orang yang kita kenal..orang yang kita kenal tapi berada jauh dari kita (contoh: belajar di Amerika-->asmalina,anda adalah contoh terdekat) juga dikira sebagai orang yang dekat dengan kita..kerana saya tidak mendefinisikan "jauh" itu sebagai jarak.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
ulasan saya:selalu je saya dengar orang cakap.."ala,kalau dah jodoh, tak kemana.."saya rasa itu tak berapa tepat..kalau tak usaha dan tak bertawakal boleh dapat ke??orang lama pun ada cakap "yang pipih tak kan datang melayang,yang bulat tak kan datang bergolek." haa see??kalau goyang kaki je, tak datang rezeki tu..

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
ulasan saya: pantang maut sebelum ajal..(ringkas dan padat)

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
ulasan saya: kita ni selalu nak sesuatu yang baik.tapi kalau kita sendiri tak baik (mungkin dari segi akhlak) macam mana kita nak dapat pasangan yang baik..Allah pun dah janji.."perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
ulasan saya: marilah kita bersangka baik dengan orang-orang disekeliling kita. husnul- zhon (bersangka baik) ini boleh membuatkan kita rasa selesa dengan orang-orang di sekeliling kita. hati yang baik itu, pasti akan dimiliki oleh orang yang mempunyai hati yang baik juga (^^.)

sebarang petua-petua  lain boleh la ke blog Dr. Fadzilah Kamsah :D

tak tahu kenapa buat entri ni..tapi boleh diaplikasikan kn?? (^_^)/