Buat Cinta Halalku,
Walau usia perkahwinan kita baru setahun jagung, tetapi ujian yang
datang cukup untuk membuatkan kita hampir tersungkur. Mungkin kerana kita masih
muda. Masih sukar mencari penyelesaian dan pertimbangan. Dalam tak sedar, ujian
ini menjadikan kita matang. Kita dapat merasakan cinta dan sayang kita semakin
bercambah. Bukan kerana kita mahukan kesempuranaan tetapi kerana kita mahukan
mawaddah warahmah. Kita berkongsi air mata dalam setiap doa yang kita
panjatkan. Kita takut hati kita rapuh, iman kita luruh. Kita berjanji untuk
menjadi nadi satu sama lain. Di dalam dakap fajar siddiq, kita menadah
keampunan dan minta untuk dipinjamkan kekuatan. Kita bukan takut untuk
tersungkur lagi tetapi kita takut jika kita digolongkan dalam golongan
hamba-hambaNYA yang rugi. Kita berharap Allah panjangkan jodoh kita bukan hanya
di dunia tetapi sampai syurga. Cinta halal ini benar-benar membuatkan kita kuat
dalam menempuh ujianNYA. Terima kasih Tuhan kerana menjadikan aku dari tulang
rusuknya.