Salam 'alaik~
Mungkin ini adalah salah satu sikap yang memang tertanam dalam diri setiap insan. "Baik kita tak payah bersusah payah buat sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa pada kita." Ye, hakikatnya semua orang pun buat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya, bekerja untuk mendapatkan bayaran atau mungkin buat baik untuk mendapatkan pujian. Even dalam hal-hal ibadah pun, kita mengharapkan balasan! of course kita mengharapkan syurga Allah..Betul kan? Beginilah yang terjadi pada seorang budak dan datuknya.
Thursday, February 24, 2011
Buat apa baca Quran?
Posted by SAYA at 6:55 PM 1 comments
Tuesday, February 15, 2011
Mahabbah (cinta)
Salam Maulidur Rasul :)
Rasulullah SAW bersabda: "selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat lapan puluh kali, maka Allah mengampuni dosanya setahun."
Ada satu kisah, di mana seorang lelaki yang tidak pernah membaca selawat kepada Nabi SAW. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi SAW. Baginda tidak menoleh kepadanya. Lelaki itu berasa pelik lantas bertanya, :wahai Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?" Rasulullah menjawap, "Tidak." Lelaki itu bertanya lagi, "Jika begitu, mengapa engkau tidak menoleh kepadaku?" Rasulullah lantas menjawab, " Kerana aku tidak mengenalimu." Lelaki itu bertanya lagi, " Mana mungkin engkau tidak mengenaliku. Aku adalah lelaki umatmu. Para ulama' telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih dari ayah ibunya." Rasulullah berkata, " Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan bersalawat kepadaku. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada selawat mereka kepadaku."
Kemudian lelaki itu terbangun. Sejak itu dia mewajibkan dirinya berselawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, beberapa hari selepas itu dia bermimpi melihat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata, "sekarang aku sudah mengenalimu dan aku syafaati engkau." Ini kerana cintanya kepada Rasulullah. Rasulullah telah menjanjikan syafaatnya buat lelaki tersebut..
(syafaat: pertolongan dari Rasulullah yang diberikan oleh Allah untuk untuk memenuhi hajat2 atau melepaskan manusia daripada kesusahan dan kesengsaraan.)
Bagaimana dengan kita? Layakkah kita mendapat syafaat/ pertolongan dari Rasulullah di yaumul qiyamah nanti? Berapa banyak kita bersalawat kepada Nabi SAW dalam sehari? Mungkinkah Rasulullah akan mengenali kita? Tepuk dada, tanyalah iman! Jangan tanya pada selera kerana selera sering saja mengikut telunjuk nafsu..
Barangsiapa mengaku 4 hal tanpa bukti 4 hal, pengakuannya dalah DUSTA.
- barangsiapa mengaku cinta syurga, namun tidak taat, jelaslah dia berbohong.
- barangsiapa mengaku cinta Nabi, tetapi dia tidak menyukai ulama' dan fuqara, maka pengakuannya tidak benar.
- barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, itu tanda dia berdusta.
- barangsiapa mengaku cinta kepada Allah SWT, tetapi dia mengeluh saat ditimpa bala dan musibah, maka pengakuannya adalah bohong.
Posted by SAYA at 6:30 PM 5 comments
Wednesday, February 9, 2011
PENYAKIT
Salam 'alaik..
Sekarang ni cuaca dh tak menentu..Bila time panas, panas sangat2..cahaya matahari mencarak dengan cemerlangnya..bila time hujan pulak, memang sejuk betul..perubahan cuaca ni menyebabkan sesetengah orang yang tak kuat antibodi akan mudah dijangkiti demam. Bila cakap pasal demam ni, kita sangat concern dengan penyakit ni..Dan biasanya demam ni datang dengan package dia iaitu selsema dan batuk..Kita pun mula la menggelabah cari ubat batuk la, ubat selesema la..Siap simpan stok Panadol berpapan-papan (ye, saya pon buat cmni jugak -_-''). Hakikatnya, kita ni memang sangat menjaga kesihatan lahiriah kita..Cepat je kita cari inisiatif untuk sembuh..
Tapi kita lupa akan satu hal. Penyakit HATI..Sakit ni lagi parah dari sakit lahiriah sebenarnya tapi sangat sedikit orang yang ambil tahu cara-cara nak ubati penyakit ni.Sedangkan nak ubati penyakit ni tak perlukan kos langsung!! Penyakit hati contohnya hasad dengki, mudah marah, dendam, tamak, kedekut susah betul kita nak kikis dari dalam diri kita..Bahkan kita biar je penyakit ni bersarang dalam hati-hati kita seterusnya merosakkan pula anggota-anggota lainnya. Seperti tubuh badan kita boleh lemah dan mati jika tidak makan dan minum, begitu jugalah hati kita ni yang boleh mati jika tidak diberi makan. Berilah hati kita santapan rohani dengan cara mengingati Allah (zikrullah) dan bermuhasabah diri. Jangan biarkan hati kita ni terus-terusan sakit!!
Rasulullah SAW bersabda: "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah HATI."
Apa tunggu lagi kawan2?? Jom sama2 kita ubat penyakit hati ni. Cepat sembuhkan hati kita sebelum sakitnya bertambah parah! Ubatinya bermula saat ini kerana perubahan memerlukan masa tetapi ia tidak mustahil ^_^
Posted by SAYA at 10:14 PM 3 comments