JellyPages.com

Thursday, January 31, 2013

THE FACT OF LIFE~

Salam 'alaik..



Dalam hidup kita ni, ada macam-macam jenis orang. Ada yang sangat2 care pasal kita, ada yang suka mengata kita belakang2, ada yang always support kita in every condition, and of course ada yang akan blame kita and tak puas hati dengan setiap action yang kita buat. Well, that is what we called a LIFE. The colorful of life.





bestkan kalau hidup kita warne warni cmni?
                                              
                                                   


The fact is, Semua org kita jumpa dlm hidup ni ada tugas dia masing2. To HELP you, to HURT you and to LOVE you.. tp paling penting to make you the person you should be.. semua ada tujuan. Bila diorang datang dalam hidup kita, bermulalah tugas dia untuk melengkapkan hari-hari kita. Untuk bantu kita, untuk sakitkan kita dan untuk buat kita bangun semula. Tapi bila dorg pegi makna nya tugas diorg dah selesai..




kita hanya seorang pengembara. Yang akan melalui setiap babak kehidupan dengan cara yang berbeza-beza. Tapi, itulah kecantikan sebuah kehidupan. Acuan sedih, marah, kecewa dan gembira menjadikan kehidupan ini adalah satu persinggahan yang patut dinikmati oleh semua orang :D










Wednesday, January 30, 2013

CHECKED

Salam 'alaik..

Kadang-kadang saya sendiri tak faham kenapa kita ni nak cepat sangat jump to conclusion. The fact is, kita tak layak pun nak menghukum orang.  Sebab setiap orang pun tak lari dari buat salah but the different is how serious the mistakes yang kita dah buat.

selalu sangat kita dengar, "ala kalau dia jenis yang solat cukup 5 waktu, mesti dia tak buat kesalahan macam ni." Eh, cop-cop. Orang yang solat cukup 5 waktu ni maksum ke? tak kan buat salah ke? Hakikatnya, every people makes mistake.

Dan sebenarnya, tak pelik bila orang yang slat cukup 5 waktu tu buat salah sebab manusia memang tak lari dari melakukan kesalahan. Yang peliknya ialah bila kita solat cukup 5 waktu tapi kesalahan yang kita buat makin bertambah-tambah seolah-olah takde pembaikan pun dalam diri kita. Kalau kita jadi macam ni, better kita check balik solat kita. Mabye something wrong some where.

OK, saya tulis macam ni cuma untuk ingatkan diri saya. sebab dalam kita tak sedar. ada hari-hari yang kita banyak sgt buat salah. So kene check balik lah semua tu.





JOM JADI MUSLIMAH YANG LEBIH BAIK!

Tuesday, January 29, 2013

reminder

Salam 'alaik..

Ya, menghadapi ujian bukan mudah. Even ujian time sekolah pun kita berhempas pulas buat preparation. Inikan pulak ujian dari Allah. 


Kadang- kadang kita duk terfikir, kenapa la kita yang diuji? kenapa la kita yang terpaksa lalui semua ni? Tapi kita selalu lupa, ada lagi orang yang dapat ujian yang lagi teruk dari kita yang lagi berat dari kita. At least, kita menghadapi ujian ni dengan masih ada kedua belah tangan, masih ada kedua belah kaki, masih ada mata dan masih mampu untuk bergerak. Bila difikir-fikirkan balik, ujian kesihatan la yang paling susah sekali kita nak hadapi. Kalau dah tak sehat tu, nak buat apa pun susah. nak buat kerja pun tak boleh. Tapi nak tak nak, hidup perlu diteruskan. Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi DIA bagi apa yang kita perlu. 


Yup, kita perlu ujian ni untuk jadikan kita kuat, untuk uji keimanan kita dan untuk angkat kita ke satu darjat lagi. Nampak tak betapa perlunya kita bersyukur. Allah pilih kita untuk diangkat darjatnya. Wow, hebatkan?? So, don't be sad and keep moving! :D


Thursday, December 27, 2012

cinta halal-ku

Buat Cinta Halalku,


Walau usia perkahwinan kita baru setahun jagung, tetapi ujian yang datang cukup untuk membuatkan kita hampir tersungkur. Mungkin kerana kita masih muda. Masih sukar mencari penyelesaian dan pertimbangan. Dalam tak sedar, ujian ini menjadikan kita matang. Kita dapat merasakan cinta dan sayang kita semakin bercambah. Bukan kerana kita mahukan kesempuranaan tetapi kerana kita mahukan mawaddah warahmah. Kita berkongsi air mata dalam setiap doa yang kita panjatkan. Kita takut hati kita rapuh, iman kita luruh. Kita berjanji untuk menjadi nadi satu sama lain. Di dalam dakap fajar siddiq, kita menadah keampunan dan minta untuk dipinjamkan kekuatan. Kita bukan takut untuk tersungkur lagi tetapi kita takut jika kita digolongkan dalam golongan hamba-hambaNYA yang rugi. Kita berharap Allah panjangkan jodoh kita bukan hanya di dunia tetapi sampai syurga. Cinta halal ini benar-benar membuatkan kita kuat dalam menempuh ujianNYA. Terima kasih Tuhan kerana menjadikan aku dari tulang rusuknya.