JellyPages.com

Wednesday, January 4, 2012

Memang berbeza

Salam 'alaik..

Oh seronoknya bila tengok adik2 kita yang baru nak masuk darjah satu. Semangat yang sungguh luar biasa. Muka mereka cukup bersih untuk menimba ilmu. Pakaian sekolah yang cukup rapi dengan rambut tersikat kemas. Beg sekolah Ben10 dan Agry bird mengindahkan lagi pagi hari ni.

Hari pertama saya menjadi pelajar darjah satu, saya menangis meraung2 kat tepi kantik sekolah. Siap peluk tiang lagi. Semuanya gara2 takde pengalaman ke sekolah. Tapi budak2 zaman sekarang ni relaks je. Al maklumlah dari umur 4 tahun parents dah hantar ke sekolah. Takde masalah untuk sesuaikan diri dengan persekitaran.



Bila tengok persiapan sekolah  adik2 kita ni, memang jauh betul bezanya dengan zaman kita dulu. Pakaian sekolah 3 pasang, kasut sekolah 3 pasang. Wahhh memang mewahh! hari2 kasut dan baju boleh tukar. Bawa duit belanja pun RM3 paling sikit.

Memang berbeza dengan zaman kita dulu. baju sekolah hanya sepasang. Menjelang ke hari Jumaat tu, memang baju dah bau belacan. Kasut sekolah pulak dah macam kain buruk. Lagi teruk kalau time hujan. Kasut tak kering tapi terpaksa jugak pakai sebab kasut ada sepasang je. Caranya mudah sahaja. Pakai stokin lepastu balut kaki dengan plastik. So takde la stokin tu basah sekali. Bijak betul idea mak kita ni. Duit belanja pun bawa 50 sen je.  Time tu, 50 sen memang dah mewah sangat2 la. Siap ada baki lagi! Takde pulak budak2 zaman dulu ada masalah obesiti. Betul tak?

Dari sudut survival, budak2 zaman dulu lagi banyak kelebihan. Pergi sekolah naik basikal atau bas sekolah. Bila time basikal rosak, kene naik bas. Lepastu lupa pulak nak tunggu bas sebab dah biasa naik basikal. Bila lari kat tempat bas, bas dah jalan. Alamatnya kene jalan kaki la balik rumah. Berjalan sejauh 2km lebih!  Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.  Dan yang paling penting, pengalaman2 inilah yang menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Menjadikan kita lebih fleksibel bila berhadapan dengan masalah.

Memang betul. Bila kita dah biasa hidup senang, kita akan mengeluh bila ditimpa susah. Kita akan rasa kecewa bila apa yang kita harapkan tidak menjadi milik kita. Sehingga kita lupa semuanya adalah aturan Allah.






hidup ini umpama roda. Mana mungkin kita akan sentiasa berada di atas tanpa jatuh ke bawah!

4 comments:

Qqiu said...

memang rezeki adik2 kita sekarang ni beruntung sangat, nak2 yang ada adik beradik yang dah besar2, lagi la dapat banyak pasang baju la, kasut la...kita dulu asyik dapat hak yang turun temurun jer...hehe...

tapi allah dah sediakan rezeki masing2, DIA bagi sesuai dengAn keperluan kita bukan keinginan kita...

SAYA said...

betul2 :) adik2 memang untung sgt2. semuanya lengkap ade depan mata.Tapi bersyukur sgt2 pernah lalui kesempitan tu. Kita jadi lebih fhm erti bersyukur.


Ramai org boleh berusaha untuk bersabar, tp sedikit org yg berusaha utk bersyukur.

Cahaya Petunjuk Nuha said...

Ye lah, ramai budak2 sekarang ni terlampau dimanjakan. Asal mintak, semua dapat. Tak terkecuali adik2 saya. Tp sy bersyukur saya susah dulu waktu belajar. Saya lebih menghargai kehidupan =)

sri said...

memang betul pon cik nuha :) waktu kita melalui kesusahan2 dulu, kita banyak merungut tp sekarang ni baru kita nampak kesan dan kelebihannya. sy pon bersyukur sgt2 pernah melalui saat2 susah waktu belajar dulu.Banyak mengajar saya untuk kuat dan tabah dlm hidup~