JellyPages.com

Saturday, August 13, 2011

Sila Tabah!


Salam 'alaik..


Tiba-tiba terasa malu pada diri sendiri. Betapa lemahnya saya apabila berdepan dengan ujian Tuhan. Baru diberi dugaan sedikit, hati saya sudah goyah. Ingin sekali saya meresapi semangat Muhamad Hairuman Miskon.

Saya petik keratan berita ni dari harian metro 11 ogos 2011:

SLIM RIVER: Biarpun dugaan dihadapinya maha hebat apabila kedua-dua tangan dan kaki kiri dipotong akibat terkena renjatan elektrik November tahun lalu, Muhamad Hairuman Miskon ternyata anak muda berjiwa kental apabila tetap berkeyakinan tinggi untuk meneruskan kehidupannya.




“Saya tidak menganggap dunia sudah berakhir, sebaliknya berasa diri bertuah kerana masih ‘dipinjamkan’ Allah sebelah kaki lagi untuk meneruskan kehidupan.Saya juga tidak rasa bernasib malang kerana sedar ramai lagi insan di dunia ini nasib mereka lebih malang,” katanya.


Muhamad Hairuman berkata, dia juga bersyukur kerana dikurniakan kakak dan abang ipar yang bekerja keras untuk memastikan dirinya mendapat rawatan dan pulih seperti sedia kala.




****************************************************************************************


pengajarannya mudah! betapa beruntungnya kita yang masih punya anggota yang lengkap.Tapi kita sering merungut malah sering sahaja menggunakan pancaindera kita pada perkara yang tak sepatutnya. Saya sungguh terkesan dengan ayat mangsa. betapa beliau beruntung masih dipinjamkan Allah sebelah lagi kakinya. Kita yang lengkap kedua belah kaki ini, adakah kita bersyukur? Kita masih punya kedua belah tangan, adakah kita bersyukur? Bagaimana cara kita bersyukur? adakah dengan cara mendedahkan aurat itu sebagai tanda kita bersyukur? Adakah dengan cara meninggalkan solat itu bukti kita bersyukur? Adakah dengan cara kita merungut sewaktu diberi ujian itu menjadi bukti kita telah bersyukur? Tepuk dada, tanyalah iman.


Benar sekali. Allah memberikan segalanya percuma buat kita. Udara yang kita hirup ini adalah udara percuma. Bumi yang kita pijak ini adalah percuma. Pancaindera yang kita miliki ini adalah percuma. Percuma buat kita kerana pemilik mutlaknya adalah DIA. Terlalu banyak nikmat yang dipinjamkan, dan bila-bila masa sahaja nikmat itu boleh ditarik kembali. Mungkin nikmat penglihatan atau mungkin juga nikmat pergerakan. Siapa tahu apa yang akan berlaku hari esok. BERSYUKURLAH sebelum terlambat!














saya merenung tangan sendiri. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya menghadapi hari2 mendatang tanpa jari jemari ini. Apatah lagi tanpa tangan! ya Allah, hamba bersyukur. Benar2 bersyukur..Jangan palingkan hati hamba dari bersujud dan bertasbih padaMU. Hamba mohon dengan sangat~

2 comments:

tayn sabri said...

like like like! :)
syukur alhamdulillah. :)

SAYA said...

sgt2 bersyukur:) sampaikan rs mcm nk nangis..semoga perasaan bersyukur ini di bawa sehingga ke liang lahad..