JellyPages.com

Tuesday, July 5, 2011

BERANI: jom gaduh!

Salam 'alaik.



Apa ertinya sebuah keberanian? Adakah berani bertinju atau mungkin berani berkelahi? HAMKA pernah menulis dalam bukunya bahawa tentera yang berjuang di medan perang dengan bersenjata lengkap, belum tentu boleh disebut berani. Benar sekali. Keberanian itu bukan hanya perlu dimiliki oleh nelayan kecil untuk menghadapi ombak-ombak besar, bukan juga penternak yang menjaga haiwan ternakannya dari dibaham binatang buas. Tetapi keberanian itu harus ada pada semua manusia untuk menghadapi ujian hidupnya. Tepat sekali anologi HAMKA bahawa hidup itu hanya semata-mata rantai kesulitan yang sambung bersambung. Tidak siapa tahu apa yang menantinya pada hari esok. Manusia yang berani adalah manusia yang sanggup menghadapi kesulitan dan tenang mengemudi akal dan nafsunya.


Kesulitan dalam hidup umpama sang lebah di taman bunga. Ia menyebabkan kehidupan itu penuh dengan kejutan dan warna-warni. Apabila bertemu dengan kesulitan, saat itulah dapat dilihat mana yang berani mana yang penakut, mana yang berjiwa kecil dan mana yang berjiwa besar. Sesukar manapun kesulitan yang dihadapi, kesanggupan untuk menghadapinya adalah titik tolak sebuah keberanian.

Begitu juga dalam kita memilih sesuatu pendirian, jangan kita takut dibenci orang jika pendirian kita itu berdasarkan pandangan dan penyelidikan, bukan asal ngomong! walaupun begitu, mestilah kita juga siap untuk mengubah pendirian itu jika terdapat alasan yang kukuh untuk mengubahnya. Menurut HAMKA, jika kita telah berani menentukan pendirian, mengapa kita tidak berani untuk mengubah pendirian itu? Keberanian untuk berubah bukan mudah. Terkadang saat kita memilih untuk berubah, kita diuji sehingga akhirnya keberanian kita terpadam. Kesedaran dari dalam diri benar-benar bisa menyuburkan keberanian. Yakinlah bahawa semakin besar kesulitan dalam sebuah kehidupan, semakin besar ganjaran yang menanti. Mana mungkin sekeping syiling 50 sen dapat membeli rumah sebesar istana!!


Segalanya tepat sekali. Keberanian bukannya atas kesediaan membela diri, tetapi juga atas kesediaan memberi dan menerima. Memberi nasihat adalah berani tetapi menerima nasihat dan mengaplikasikan nasihat tersebut adalah lebih berani. Berkata-kata itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya adalah sukar.








monolog: aku ingin sekali menjadi berani. Berani menghadapi kesulitan-kesulitan hidup dan berani dalam mengawal akal dan nafsu. Aku mahu berani BERUBAH!

4 comments:

Anonymous said...

insyaALLAH kita mampu menjadi org yang brani tu swi ^_^..heart u!

sri said...

insyaAllah:D aminn~ kdg2 terasa mcm terslh pilih haluan.sy mahu jd BERANI!!

Anonymous said...

saye do'akan yang sebenarnye awk bukan salah plh haluan cume awk masih belum dpt lihat sebenar hikmahnye :) dan insyaALLAH xlame lg awak akan nmpk bahawa inilah laluan yang terbaik utk awk :)..smile buddy :>

sri said...

tq my dear fren:) i rily hope so. semoga awk juga dimudahkan dlm menghadapi cubaan n ujian hidup^_^