JellyPages.com

Friday, June 3, 2011

gara-gara jari dipotong

Ada seorang raja yang sangat menyenangi sikap seorang pembantunya. Raja memilih pembantu ni sebagai orang kepercayaannya.Lelaki ni sangat baik dan selalu bagi nasihat yang berguna untuk si raja. Semua masalah dan keputusan, mesti raja nak bincang dengan lelaki ni. Oleh sebab tu, ke mana sahaja si raja ni pegi mesti dibawa sekali lelaki tadi.


Satu hari, si raja telah digigit oleh anjing. Jari raja cedera dan lukanya bertambah parah. Raja bertanya pada pembantunya sama ada apa yang berlaku ni petanda buruk atau tidak. Pembantunya pun menjawap, "Buruk atau baik, susah saya nak cakap." Akhirnya, jari raja terpaksa dipotong. Raja tanya lagi pada pembantunya sama ada ini petanda baik atau buruk. Pembantunya masih lagi memberikan jawapan yang sama. "Tuanku, buruk atau baik, susah saya nak cakap." Raja menjadi marah pada pembantunya. Dia memenjarakan pembantunya yang setia itu dek kerana jawapan si pembantu yang tidak memberangsangkan.



Pada suatu hari, Raja pergi memburu kancil di hutan. Oleh kerana terlalu teruja memburu kancil tersebut, raja telah tersesat ke dalam hutan yang tebal. Keadaan menjadi lebih burk lagi apabila raja telah ditangkap oleh orang asli yang tinggal di dalam hutan tersebut. Mereka menangkap raja untuk dijadikan hidangan pada tuhan mereka. Tiba-tiba mereka terpandangkan jari raja yang tidak sempurna itu. Raja itu tidak sesuai lg untuk dijadikan korban kepada tuhan mereka. Raja pun dibebaskan dan berjaya pulang kembali ke istana.


Akhirnya, raja faham maksud pembantunya "Buruk atau baik, susah saya nak cakap." Kalau jari raja tidak dipotong sudah tentu raja telah menjadi korban. Raja menyuruh pembantunya dibebaskan dan memohon maaf pada pembantunya. Raja terkejut kerana pembantunya sedikit pun tidak menyimpan dendam dan memarahinya. Pembantunya berkata, "Tuanku memenjarakan saya bukanlah satu perkara yang buruk buat saya. Jika tuanku tidak memenjarakan saya sudah  tentu tuanku akan mengajak saya berburu di hutan. dan sudah pasti orang2 asli itu akan memilih saya pula untuk menjadi korban setelah mengetahui bahawa tuanku tidak sempurna anggota. Tuanku pasti boleh lihat sendiri betapa sesuatu perkara yang  berlaku itu, buruk atau baik, memang susah untuk kita nilai pada awalnya."



Moral: mungkin saat kita melalui satu-satu ujian, kesusahan dan dugaan itu kita terasa berat dan rasa tak berdaya. Tapi kita lupa akn satu hal. Di hujung setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Anggap sahaja dugaan2 dalam hidup itu sebagai satu kejutan dan platfom untuk kita belajar erti hidup. Hamka pernah menulis dalam bukunya, "ramai orang boleh berusaha untuk bersabar tetapi tidak ramai orang yang tahu untuk bersyukur."



2 comments:

Unknown said...

ramai orang mengaku bersyukur tapi kenyataan tak penah bersyukur. manusia itu tetap tamak, sudah dalam genome. al-kauthar. :)

SAYA said...

memang betul..pnehotypic changes boleh berlaku jika ada interaksi antara faktor persekitaran dan faktor genetik tp masalhnya kita ni tak pernah berusaha untuk ke arah itu..tetap mahu berada di takuk yg lama~