JellyPages.com

Wednesday, February 9, 2011

PENYAKIT

Salam 'alaik..

Sekarang ni cuaca dh tak menentu..Bila time panas, panas sangat2..cahaya matahari mencarak dengan cemerlangnya..bila time hujan pulak, memang sejuk betul..perubahan cuaca ni menyebabkan sesetengah orang yang tak kuat antibodi akan mudah dijangkiti demam. Bila cakap pasal demam ni, kita sangat concern dengan penyakit ni..Dan biasanya demam ni datang dengan package dia iaitu selsema dan batuk..Kita pun mula la menggelabah cari ubat batuk la, ubat selesema la..Siap simpan stok Panadol berpapan-papan (ye, saya pon buat cmni jugak -_-''). Hakikatnya, kita ni memang sangat menjaga kesihatan lahiriah kita..Cepat je kita cari inisiatif untuk sembuh..



Tapi kita lupa akan satu hal. Penyakit HATI..Sakit ni lagi parah dari sakit lahiriah sebenarnya tapi  sangat sedikit orang yang ambil tahu cara-cara nak ubati penyakit ni.Sedangkan nak ubati penyakit ni tak perlukan kos langsung!! Penyakit hati contohnya hasad dengki, mudah marah, dendam, tamak, kedekut susah betul kita nak kikis dari dalam diri kita..Bahkan kita biar je penyakit ni bersarang dalam hati-hati kita seterusnya merosakkan pula anggota-anggota lainnya. Seperti tubuh badan kita boleh lemah dan mati jika tidak makan dan minum, begitu jugalah hati kita ni yang boleh mati jika tidak diberi makan. Berilah hati kita santapan rohani dengan cara mengingati Allah (zikrullah) dan bermuhasabah diri. Jangan biarkan hati kita ni terus-terusan sakit!!



Rasulullah SAW bersabda: "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah HATI."












Apa tunggu lagi kawan2?? Jom sama2 kita ubat penyakit hati ni. Cepat sembuhkan hati kita sebelum sakitnya bertambah parah! Ubatinya bermula saat ini kerana perubahan memerlukan masa tetapi ia tidak mustahil ^_^