JellyPages.com

Tuesday, February 15, 2011

Mahabbah (cinta)

Salam Maulidur Rasul :)

Rasulullah SAW bersabda: "selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat lapan puluh kali, maka Allah mengampuni dosanya setahun."



Ada satu kisah, di mana seorang lelaki yang tidak pernah membaca selawat kepada Nabi SAW. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi SAW. Baginda tidak menoleh kepadanya. Lelaki itu berasa pelik lantas bertanya, :wahai Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?" Rasulullah menjawap, "Tidak." Lelaki itu bertanya lagi, "Jika begitu, mengapa engkau tidak menoleh kepadaku?" Rasulullah lantas menjawab, " Kerana aku tidak mengenalimu." Lelaki itu bertanya lagi, " Mana mungkin engkau tidak mengenaliku. Aku adalah lelaki umatmu. Para ulama' telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih dari ayah  ibunya." Rasulullah berkata, " Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan bersalawat kepadaku. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun. Sejak itu dia mewajibkan dirinya berselawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, beberapa hari selepas itu dia bermimpi melihat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata, "sekarang aku sudah mengenalimu dan aku syafaati engkau." Ini kerana cintanya kepada Rasulullah. Rasulullah telah menjanjikan syafaatnya buat lelaki tersebut..
(syafaat: pertolongan dari Rasulullah yang diberikan oleh Allah untuk untuk memenuhi hajat2 atau melepaskan manusia daripada kesusahan dan kesengsaraan.)

Bagaimana dengan kita? Layakkah kita mendapat syafaat/ pertolongan dari Rasulullah di yaumul qiyamah nanti? Berapa banyak kita bersalawat kepada Nabi SAW dalam sehari? Mungkinkah Rasulullah akan mengenali kita? Tepuk dada, tanyalah iman! Jangan tanya pada selera kerana selera sering saja mengikut telunjuk nafsu..



Barangsiapa mengaku 4 hal tanpa bukti 4 hal, pengakuannya dalah DUSTA.

  • barangsiapa mengaku cinta syurga, namun tidak taat, jelaslah dia berbohong.
  • barangsiapa mengaku cinta Nabi, tetapi dia tidak menyukai ulama' dan fuqara, maka pengakuannya tidak benar.
  • barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, itu tanda dia berdusta.
  • barangsiapa mengaku cinta kepada Allah SWT, tetapi dia mengeluh saat ditimpa bala dan musibah, maka pengakuannya adalah bohong.
Engakau derhaka,
Tetapi mengaku cinta pada-NYA
Inilah keanehan zamanku
Jika benar engkau cinta
Tentulah engkau mentaati-NYA selalu
Pencinta akan taat pada kekasihnya!





ayuh kita perbanyakkan selawat buat junjungan besar Nabi SAW.. Semoga kita akan mendapat syafaat dari baginda pada hari pembalasan kelak..aminn ya Rabbal 'alamin~

5 comments:

Anonymous said...

swi digi tenq 4de reminder*_<

sri said...

welcome2 cik zt:)

Anonymous said...

ala..cemane ko taw

Anonymous said...

ala..cemane ko taw

sri said...

chemical bonding kan??ofkos la tau:D