JellyPages.com

Wednesday, October 27, 2010

politik la pulak!

salam 'alaik..semoga kita masih dalam iman dan islam..insyaAllah~

okeh entri kali ni ditulis untuk meresapi semangat pilihanraya kecil di galas dan batu sapi..almaklumlah umo sekarang dah membolehkan saya menjalankan tanggungjawap kepada negara..ye, tanggungjawap untuk memilih siapa pemerintah! anak-anak muda sekarang pon macam malas nak fikir hal2 politik ni..(saya akui saya sendiri pon macam tu jugak, tapi ADA SEBAB kenapa saya jadi macam tu)

kononnya, negara sekarang ni nak aim la budak2 muda belia ni join pilitik..masalahnya,  mahasiswa/i kebanyakannya ditakut-takutkan dengan macam-macam perkara bila terlibat dengan politik di universiti! haaa tula sebabnya rasa macam malas je nak amih tau.
hakikatnya, pergolakan politik yang berlaku dalam Universiti tu sama je dengan PRU/PRK..sama yang amat sangat! kelebihan sume dapat kat pihak yang memerintah dan yang membangkang ni, susah nak dapat apa2!

ni yang berlaku sendri pada saya~pehh pengalaman tu! dan inilah antara penyebab saya dah kurang minat dengan politik!


waktu 2nd year kt U, time pilihanraya kampus...oh time ni saya agak aktif la dengan politik kampus ni..saya join Pro Mahasiswa (macam pembangkang la ni).peh memang syok join diorg..sume benda terjaga..baik dari segi pergaulan mahupun dari segi sahsiah dan akhlak..memang tip top!makanan rohani pon sentiasa ade:) jadi, bila time meraih undi ni, saya pon terlibatla..pihak aspirasi (pemerintah la ni) ni memang lengkap serba-serbi dan memang ramai la yang join diorang..kenapa ramai??ahahaha senang je..diorang disogok dengan duit! duit topup bagi, duit belanja bagi, makan pun tanggung! hoi2 sape tak suke??time belajar ni, kalau dapat duit, makan dan tpoup free sume orang nak kn??ye, begitulah hakikatnya~ tapi kami2 ni (Pro M) cuma ada semangat je..saya pon, takde la terlalu aktif sangat join diorang  meraih undi sebab saya TAKUT! saya benci jadi penakut..tapi saya telah diugut! ugut nak buang kolej la,nak black list nama laT__T..dan ugutan tu berjaya menakut-nakutkan saya..dua orang senior dari aspirasi panggil saya dan menghentam saya dengan perkataan2 yang menakutkan dan bertubi-tubi..saya sorang plak tu! sape tak takut..dah la xbanyak tau benda2 camni..nama saya di ambil (nasib baik kad matrik x kene amik sekali). diorang cakap kalau nampak saya lagi join meraih undi,SIAP! kene tolak merit la, kene buang hostel la, dan sampai tahap kene buang U! sape tak ketaq lutut kan??


start dari kejadian tu, saya jadi slow..mentang2 aspirasi yang pimpin, macam ni diorg buat..lelaki perempuan tido sama2 dalam 1 bilik! kononnya nak rancang strategi nak raih undi..betul ke tu??macam ni ke nak kita jadikan pemimpin??sape yang undi aspirasi dapat habuan..yang tak undi diorang kene black list nama! (undi rahsia maa..mana kaw tau aku undi sape?) tapi hakikatnya, diorang letak nombor kat kertas undi tu..memang kebanyakan budak2 1st year undi diorang sbb budak2 ni takut..haish kotor betul cara camni..

satu malam yang hening dalam area kul 10pm..saya nak g cafe..tibe2 saya ditahan! "akak, duk kolej ni ke??kad matrik mane?nak raih undi e??" peh2 salam pon takde,selambe je budak ni.."dik, apsal tahan akk ni,akk nak cepat!" kata saya dengan tegasnye (padehal takut sebab diorang ramai..5orang)"akak ni wakil pro M ye? dah la kak, tak payah la..pro M mesti kalah punye..korang bukan ada duit pon.sape nak sokong korang?" saya pun muka dah merah2 sikit (bukan sebab malu tapi sebab marah!) "apesal pulak awk kate akak wakil pro m?" diorg dengan selamba jawap.."selalaunya yg pakai tudung2 labuh ni, mesti proM!" wow, manisnye mulut budak2 ni..mulut saya lagi manis.."aah yelakan, yang tak pakai tudung, yang pakai tudung nampak jambul..tu sume aspirasi la kan??"sebenarnye saya perli 3 orang di antara mereka yang rambut ala-ala byonce..(kaw ingat rambut ko kari2 camtu lawa ke?)


haa dan saya belajar sesuatu dari itu..apa yang berlaku dalam kampus, tu jugak la yang berlaku dalam pilihanraya umum/pilihanraya kecil! yang ada duit, sogok je dekat rakyat..time tu la tunjuk kan keprihatinan pada rakyat..betul2 kan jalan sikit..bagi bantuak kewangan sikit..buruk-burukkan pembangkang banyak..
(bukan bermaksud saya ni sokong pembangkang, tapi saya menceritakan mengikut pengalaman)..


semoga PRK di galas dan batu sapi pada 4nov nanti akan lebih telus dan bersih~




ye...pengalaman tu adalah guru terbaik! 

3 comments:

tayn sabri said...

haha! rambut ala2 beyonce! x boleh bla! :P

HaziratulQuds said...

pergh. apsal aku x tau pon cter kau kene ugut2 bagai?

ok. mesti sbb ak xtv join kolej 2nd year.haha

SAYA said...

tayn:ahaha aku mmg terpike beyonce je time tu:p

quds:banyak kali kot aku kene ugut T_T apetah lagi bile aku pakai jaket isi tu~