JellyPages.com

Tuesday, October 12, 2010

in LOVE~

salam 'alaik..

 orang selalu cakap, kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..ahaha of course la tak bunyi kan..kalau bunyi la,ish2 memang scary la tu.. actually, semua orang pun tau, peribahasa ni dikaitkan dengan cinta sebelah pihak..teruk sangat ke cinta sebelah pihak ni??

"Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid."


subhanallah..bagus sebenarnye kita menyembunyikan perasaan kita ni..lagi-lagi kita kaum hawa ni..bukan senang nak simpan or pendam sorang2 perasaan kita ni..mesti kita tercerita juga kat besties kita..kalau kite story kt orang lain terasa ringan la sikit beban  perasaan tu..eh yeke?? (ntahla takde experience la pulak:p)






hakikat cinta tu banyak cabangnya..cinta pada ibu bapa,pada haiwan,pada tumbuhan,pada alam,pada sesama manusia dan yang paling agung CINTA ALLAH..semua cinta ini wujud dan tidak boleh disangkal..tetapi sejauh mana cinta tu dikawal supaya tak tersasar?? ni la yang kita takut sangat2.. bukti 'cinta' bukannya bermaksud boleh pegang2 tangan and 'so on.' kita perlu berhati-hati bab2 ni..logiknya memang ada..yela kan, before kahwin dah pegang sane pegang sini..lepas tu tibe2 tak jadi kahwin..haa tak ke bala tu! biarlah segala-galanya tentang kita ni kita simpan special untuk husband kita sebab kita diciptakan dari tulang rusuknya..lebih kurang macam tanda terima kasih la..tak gitu?? (ok, ni hanya dari sudut pandangan insan yang naif erti cinta)


bila jadi bende2 tak best camni la yang menyebabkan perasaan cinta tu lebih baik disembunyikan..tak payah nak canang2 macam ayam bertelur.."telur sebijik, riuh sekampung!" tup2 clash pulak..haa kite jugak yang malu kan? keep it as a secret..secret between kita dgn Allah..DIA tau sape yang terbaik untuk kita..


bile fikir2 balik, cinta manusia ni complicated kan??semua sudut perlu dipertimbangkan..conclusionnya..cinta Allah juga yang senang..kita lari la sejauh mana pun dari Dia tapi bila kita datang balik padaNya, Dia takkan menolak kita. bahkan Dia tunjukkan kita jalan keluar untuk semua masalah kita..subhanallah..inilah cinta hakiki..Dia tak pernah meminta tapi sentiasa memberi..alangkah manisnya cinta macam ni..kita tak kan pernah kecewa dengan cinta yang satu ni..kita tak kan pernah dikecewakan, tak kan pernah ditolak dan tak kan pernah ditinggalkan menangis sendirian..











jika setiap cinta perlukan balasan, maka cinta ialah barang dagangan.kerana itulah cinta Allah tak pernah meminta tetapi sentiasa memberi~







0 comments: