JellyPages.com

Saturday, October 2, 2010

aduhai dunia

salam 'alaik..

terasa sedih la bila ada kawan send pic ni kat saya..umm terasa sedih betul! kadang-kadang saya jadi terfikir..alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang mandi biar sampai basah..


(gambar ni sy dapat dr emel..sekadar utk berkongsi)

cuba tengok! apa yang kita rasa? ada rasa sedih tak? rasa kelaka pon ade jugak kan? alang-alang dh tunjuk betis + peha tu, baik tak payah pakai tudung terus..adela nampak janggal sangat..ni tak! ade ke patut pakai separuh-separuh (T__T) bukan rambut je aurat kita! aurat perempuan adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan..

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

dunia kita makin tua dan semakin banyak karenah manusia. ada yang pakai tudung tapi nampak jambul.

(hanya sekadar contoh)

ada yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek. ada yang dah cantik dah pakai tudung tapi baju pulak ketat sangat..umm sekarang ni pakai tudung tu cuma fesyen je..sikit sangat yang betul-betul tutup aurat seperti yang dianjurkan dalam suruh An-Nur ayat 31..sebenarnya semua tahu tentang suruhan bertudung ni..tau ape hukum bertudung  ni..tapi senang je alasannya..
"ala,aku tak bersedia lagi la..tunggula hati aku betul-betul dah  terbukak nak pakai tudung nanti..aku tak nak la bila pakai tudung ni sekejap pakai sekejap tak.." 
kalau kita berada dalam golongan yang ni..cepat2 la beristighfar..kawan, awak tau ke bile ajal awk datang? apa tunggu la..berubah la sekarang! kita tak tau ajal kita ni bila..perubahan tu kan bermula dari diri kita sendiri..memang la amik masa sikit nak berubah ni tapi apa salahnya kalau kita cuba sikit-sikit dari sekarang kan?^_^ ala mula-mula je rasa janggal tapi lama2 nanti mesti ok..believe me:)

ada pulak yang berfikiran macam ni.."ala, dah penat la pakai tudung.actually this is the real me..aku penat la nak hipokrit2 ni..dulu aku pakai tudung sebab terikat dengan undang2 sekolah.sekarang aku bebas!" ni memang berlaku..semoga kita tak tergolong dalam golongan ni..ruginye la kan..dah cantik2 pakai tudung, kita biar kan lelaki yang bukan mahram tengok susuk tubuh kita..kalau kita dalam golongan ni,cepat2 la sedar bahawa hati kita ni sedang dipalingkan oleh syaitan..bertambah rugi bila kita solat 5 waktu cukup tapi tang tudung tak lepas pulak..

kita cuba la pakai tudung ni slow2..kalau nak bermula dengan pakai selendang @ shawl pon xpe..yang penting kita ada usaha untuk bertudung dan seterusnya cuba untuk istiqamah..



0 comments: