JellyPages.com

Saturday, September 18, 2010

sebuah penghijrahan itu

salam 'alaik..
pejam celik pejam celik terasa betapa pantas masa berlalu..pelbagai pengalaman hidup yang kita telah lalui yang menjadi guru terbaik dalam hidup kita..menjadikan kita kuat dan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi hari-hari mendatang..


setiap kali kita bertemu hari baru,setiap kali itulah kita cuba berhijrah..alangkah malang dan ruginya kita jika kita masih ditakuk yang lama..penghijrahan yang bukan hanya perjalanan sebuah destinasi tetapi juga penghijrahan untuk akhlak diri..penghijrahan dalaman ke arah yang lebih baik...tidak dinafikan, untuk kita berhijrah secara keseluruhan memang sukar malah lebih sukar dari mendaki gunung!

setiap dari kita ini adalah da'ie..da'ie yang berhak dan perlu untuk menegur sesama kita..kita sering berpendapat bahawa kita ini tidaklah sebaik mana untuk menegur teman kita..maksud saya menegur itu samalah juga dengan berdakwah..kita sering terasa bahawa kita tidak layak untuk menegur orang lain disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang ada dalam diri kita sehinggakan kita lupa bahawa dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna..pasti ada kekurangan dan cacat celanya..di sinilah berguna perjalanan dakwah..kita menegur di samping proses untuk membaiki diri..jika semua orang berfikir bahawa orang yang baik sahaja boleh menegur orang lain,itu adalah silap! percayalah,jika kita mampu menegur orang lain ini bermakna kita juga mampu memperbaiki diri kita..dan perubahan @ penghijarahan itu bukan hanya berlakau untuk tempoh sehari dua sahaja.tetapi biarlah untuk selama-lamanya..jika kita berhijrah dari tidak bertudung kepada bertudung, biarlah ia kekal..jika kita berhijrah dari bertudung pendek kepada bertudung labuh, biarlah ia kekal..jika kita berhijrah dari pemarah kepada penyabar,biarlah ia kekal..harus kita ingat akan satu perkara..PERBUATAN BAIK ITU PASTI SUKAR UNTUK DILAKUKAN.PASTI BANYAK HALANGAN DAN DUGAAN..tetapi janganlah kita mudah berputus asa dan mengalah..janji Allah itu pasti..



Allah akn terus menguji hati hamba-hambanya sebagai tanda kasih dan sayangNya DIA kepada kita..semoga ditetapkan hati kita dan diluruskan niat kita di atas landasan kebenaran..Ya Tuhan kami,jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan nikmat dan rahmatMu kepada kami..aminn ya Rabbal 'Alamin~

0 comments: