JellyPages.com

Wednesday, September 8, 2010

kisah sedih lagi

salam 'alaik~
alhamdulillah kitamasih diberi peluang untuk menumpang di muka buminya..meneruskan kehidupan yang tidak tahu bila penghujungnya..semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur..aminn~

ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..hanya beberapa hari lagi yang tinggal..bagaimana dengan iman kita? bagaimana dengan amal kita?bergandakah ia?? puasa mengajar kita banyak perkara..mengajar untuk berjimat, mengawal hawa nafsu, meningkatkan amal untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan banyak lagi..alangkah ruginya jika kita tidak merasai apapun sepanjang ramadhan ini..

2 kisah yang berlaku yang membuatkan saya jadi berfikir terus tentang fikrah seorang manusia yang bernama islam.

kisah 1:
di bazar ramadhan yang penuh sesak.memang padat dengan manusia yang pelbagai ragam, pelbagai warna kulit dan pelbagai karenah..di salah satu gerai, ada seorang makcik berketurunan cina bersama 5 orang anaknya yang kecil-kecil belaka..tak menang tangan nyonya tu nak melayan karenah anaknya ditambah dengan tangisan salah seorang anak nyonya tadi. agak bingit la situasi di situ tapi sesuatu yang memeranjatkan semua orang telah berlaku.
seorang gadis MELAYU yang beragama ISLAM mendekati nyonya tadi dan dengan selamba menengking nyonya tersebut. "makcik,yang bijak sangat bawa anak ramai-ramai kat sini tu kenapa?buat sesak je.orang nak beli makanan buka,dia pun sibuk juga nak isi tembolok!"
ya Allah,malunya saya saat itu. tak sangka perkataan tersebut boleh keluar dari mulut gadis berkenaan. mana hilangnya rasa malu dan rasa hormat kepada orang tua? kenapa begitu mudah nafsu amarah menguasai dirinya?kesian tengok nyonya tu terkebil-kebil menahan malu diperhatikan oleh orang ramai.
saya sangat kesal dengan situasi tu tapi apakan daya.apalah yang boleh saya lakukan..



kisah 2:
kami 3 beradik,ke bandar untuk mencari perlatan langsir.dlm perjalanan balik,kami follow kereta seorang pakcik.abang saya sengaja mendekatkan jarak kereta dan dengan cepat capai kopiah.saya pelik juga dengan tindakan abang saya tu..rupa-rupanya pakcik tadi sedang hisap rokok.umm mungkin pakcik tu cina la kot!tapi bila abang memotong kenderaan pakcik tu terbukti dia adalah melayu + islam!tasbih punya la besar tersangkut kt cermin pandang belakang.ish rasa geram je.pakcik tu siap tunjuk beliau menghisap rokok dan hembus asap rokok tu.langsung takde perasaan hormat kn orang lain..





dunia semakin tua..kita tidak tahu bila penghujungnya..tapi malangnya,kita tetap leka seolah-olah dunia itu tiada penamatnya..ingatlah janji Allah itu pasti!bersujudlah kepadaNYA selagi roh masih dijasad~

1 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.