JellyPages.com

Thursday, August 26, 2010

wahai kau bunga


bayu berpuput lembut
menyentuh sayu kelopakmu
kau menari bagai ratu
menarik sang lebah menghisap madu
malah
kumbang turut terpana
liuk lentokmu menggegar jiwa
kau menjadi angkuh dan bangga
kononnya
kaulah penyeri dunia
wahai kau bunga
lenggokmu yang mempesona
bisa meratah iman si pemuja
mengapa kau cepat lupa
setelah kau layu tak bertenaga
kau akan dibiar sepi
oleh sang kumbang yang tak berhati







kecantikan dan keelokan paras bukan untuk dibanggakan tetapi untuk disyukuri dan menjadi bukti keagungan ILAHI..semoga kita bukanlah bunga yang melalaikan sang kumbang tetapi bunga yang penuh dengan rasa rendah hati dan malu pada yang bukan ajnabi~

Monday, August 23, 2010

pengajaran ramadhan

salam 'alaik~
alhamdulillah kita masih dapat berjumpa dengan Ramadhan..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..aminn

sedikit kisah pengajaran yang berlaku pada hari ini..
mak dan abang saya ajak pergi ke supermarket untuk beli barang-barang dapur..memang ramai sangat orang time tu..troli yang saya bawa tu siap berlanggar-langgar dengan troli lain..sesak!
dipendekkan cerita.......selepas membeli barang-barang yang patut, kami pun bergerak keluar dari supermarket tersebut (fuhh lega^_^)
saya sebagai tukang tolak troli bergegas tolak troli ke kereta..abang saya pula mata melilau kiri kanan..tiba-tiba abang saya bercakap dengan kuat..

"kot ye pun tak puasa pakcik,hormat la sikit orang-orang yang puase."
(saya pun tercari-cari siapa yang abang saya maksudkan sebab tak nampak siapa-siapa pun di situ)

"kau nak puasa,lantak kau la..aku tak nak puasa,lantak aku la! KUBUR LAIN-LAIN"

abang saya pun menjawap:"nasib baik kubur lain-lain pakcik..kalau tak,mesti takde siapa yang nak duk sekubur dgn pakcik!"

berderau darah saya dengar jawapan pakcik tu..sambil menghisap rokok dan menyedut air sirap,pakcik tu buat muka selamba...ya Allah,terasa sedih di hati ni..kita sebagai orang islam sendiri pun tidak menghormati kedatangan ramadhan..islam kah kita jika begini perlakuan kita??tepuk dada tanyalah iman..

nak dijadikan cerita,habis je pakcik tadi bercakap kasar beliau tiba-tiba tersedak..siap terbatuk-batuk tak berhenti! pakcik tu terus buang rokok dan air sirapnya..
saya yakin itu adalah peringatan dari Allah..berfikir dahulu sebelum berkata-kata. jangan main ikut sedap mulut je..perkara wajib dimain-mainkan...ditambah pula,puasa itu wajib bagi umat islam.kenapa kita begitu tegar untuk melanggar perkara yang diwajibkan ke atas kita?kematian itu adalah rahsia Allah..entah esok,entah lusa ajal akan datang menjemput kita..di saat itu, taubat tidak akan diterima lagi!



Allah pinjamkan kita sebuah kehidupan..di dalamnya,DIA campakkan perasaan kasih dan sayang sebagai pelengkap..tetapi mengapa kita mengingkariNYA sehingga seolah-olah ia adalah milik mutlak kita??usia yang tersisa ini gunakanlah untuk beribadah dan beramal di jalanNYA~

Wednesday, August 18, 2010

fatamorgana dunia


Aku tersungkur di lubuk kehinaan

Pabila aku terus dihanyutkan
oleh keindahan fatamorgana yang melalaikan
Setiap saat aku merintih
Pada dosa yang membelit tenggorokan
Dek mengikut telunjuk durjana
Yang tiada perikemanusiaan
Aku lemas dalam lautan dosa
Membuatkan aku Terkapai dalam kebisuan
Menanti jasad yang bisa menyelamatkan
Sampai kapan harus aku menunggu
Aku kelelahan dalam senduku yang panjang
Tolonglah Tuhan
Campakkan sedikit benih kecekalan
Agar aku tabah menongkah badai ini
Biarpun geloranya bisa menghancur lumatkan
tingkatkan iman dan taqwaku
Agar aku peroleh nadi semangat
Sebelum rohku terbang dilangit tinggi
Meninggalkan jasadku kaku tak bersemadi




ya rabb, aku mohon jangan Kau pisahkan aku dengan RahmatMu. jangan Kau biarkan aku terus leka dengan fatamorgana dunia.tolanglah aku wahai sang Pencipta.peliharalah aku agar aku jauh dari nerakaMU..aminn~

Friday, August 6, 2010

syukur~

assalamualaikum wbt..

Kenapa la kita ni susah sangat untuk bersyukur? Saya sendiri sering mencari penyelesaian untuk soalan ini. Memang betul, kita boleh cakap yang kita ni bersyukur dengan kurniaan dan limpah rahmat darinya tapi adakah perbuatan kita turut mencerminkan rasa syukur tersebut? Tepuk dada tanyalah iman!
Contoh terdekat..bila kita dapat je result exam, kita terus nak compare dengan kawan-kawan lain. End up kita pun akan rasa frust and not satisfied dengan apa yang kita dapat. Adakah dengan cara ini kita bersyukur? Adakah dengan cara ini kita redha dengan ujian Allah? Sehingga membuatkan kita lupa bahawa setiap ujian yang sang Pencipta berikan bersesuaian dengan kudrat makhluknya. Tapi kita refused dengan semua ni. Kita menyalahkan takdir dan ia samalah seperti kita menyalahkan Tuhan!



kita sering bertanya pada diri sendiri..kita berbuat baik pada orang, menolong orang bila kita susah tapi bila kena kat batang hidung kita, tak siapa pon yang nak datang tolong..kita pun mula la rasa down yang teramat sangat..kita mula mengungkit kembali kebaikan yang kita pernah buat..sehingga kita terlupa, jika kita bersyukur dengan ujian NYA pasti Allah membuka jalan dan mempermudahkan kita untuk mencari jalan keluar..pokoknya,usahlah kita kecewa sehingga kita jatuh terduduk..bangunlah, redha dan besyukur dengan qada' dan qadar yang ditetapkan Allah..jika kita jatuh untuk kali ke 100, maka bangunlah untuk kali ke 101..jelaslah, kita perlu terus bangun dan jangan menyerah kalah..carilah kekuatan melalui rasa syukur(^_-)

Memang betul..untuk berjaya kita perlu compare diri kita dengan orang yang di atas kita..inilah penyuntik semangat kita untuk terus menggapai bintang dan menggantungkan bintang kita tu untuk menyinari orang lain..tapi jika kita mahu belajar bersyukur, bandingkanlah diri kita dengan orang yang di bawah kita..kita boleh merasai hidup selesa tetapi ada saudara kita yang hidup dalam ketakutan..kita boleh merasai nikmat makanan sehingga berlaku pembaziran sedangkan ada saudara kita yang terpaksa berlapar..kita masih berdaya untuk bergerak bebas tapi ada saudara kita yang terlantar sakit, tidak berkaki,tidak bisa makan,tidak berteman..ya Allah, terlalu banyak nikmatMu tetapi terlalu sedikit aku bersyukur kepadaMu.. tolonh Ya Allah,jangan Kau golongkan kami dalam golongan orang-orang yang rugi..










Belailah hati kita dengan bermuhasabah..kerana dengan muhasabah hati yang beku bisa cair seperti air yang mengalir tenang dan damai~