JellyPages.com

Saturday, July 10, 2010

apa yang kau cari??

salam 'alaik..

kisah ini begitu menyentuh hati saya..saya jadi terfikir dan mula bermuhasabah diri untuk mencari jawapan..


ada seorang lelaki yang kehilangan sukatan yang diperbuat daripada bulu. dia tidak tahu siapa yang mengambilnya. ketika dia sedang solat, tiba-tiba dia teringat siapa yang mengambil sukatan tersebut. dengan sebab itu, dia cepat-cepat menghabiskan solatnya dan berkata kepada pekerjanya supaya cepat-cepat pergi mengambil sukatan tersebut daripada si fulan..pekerjanya pun bertanya, "bila tuan mengingatinya?" tuannya menjawab,"ketika aku sedang solat." kemudian pekerjanya berkata,"rupanya tuan mencari sukatan,bukan mencari Allah." hati tuannya tercuit mendengar kata-kata itu..lantas pekerjanya dimerdekakan..

masyaAllah,semoga kita dijauhkan dari hal-hal seperti ini..
tetapi, hakikatnya inilah yang sering kita hadapi..alangkah sukarnya mencari khusyuk dalam solat..kadangkala makanan yang ingin kita beli muncul dalam fikiran kita sewaktu solat..sudah terang,yang kita cari adalah makanan bukannya keredhaan Allah..
biasa juga dialami,barang yang hilang ditemukan dalam solat..contohnya kunci rumah,kunci kereta,telefon bimbit dan banyak lagi..aneh bukan??semuanya muncul sewaktu kita sedang solat! ini adalah angkara syaitan yang melalaikan kita dan melarikan tumpuan kita dari mengingati Allah seterusnya mencuri khusyuk kita.

Rasulullah SAW bersabda: "barangsiapa solat 2 rakaat, hatinya tidak ingat sesuatu pun tentang dunia, maka dosa yang terdahulu akan diampuni."

dirawikan dari Hatim al-Ashom. dia ditanya tentang solatnya. maka dia menjawab:
-ketika tiba solat, kusempurnakan wudhukku.
-aku pergi ke tempat solat,aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku..lalu kudirikan solat.
-aku jadikan kaabah di depan mataku,sirat di bawah tapak kakiku,syurga di kanan ku, neraka di kiriku, malaikat maut di belakangku dan ku kira itu adalah solatku yang terakhir.
-kemudian aku berdiri di antara berharao dan takut,aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tertil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas.



cukuplah Allah yang kita cintai kerana tiada cinta yang bisa menyelamatkan kita dari bahang api neraka selain dari cintanNYA~

0 comments: