JellyPages.com

Saturday, April 3, 2010

transit perjalanan

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah


Syarat-syarat perjalanan:
Di tuju kepada semua penumpang
  • Diminta ambil perhatian kerana kita akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
  • Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulama' dan cendekiawan.
Barang yang di benarkan:

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

  • amal solah
  • sedekah jariah
  • anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
  • ilmu yang bermanfaat
Saat dan waktu berlepas:

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Semoga bergembira dengan perjalanan ini sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

0 comments: