JellyPages.com

Monday, April 19, 2010

macam-macam~

salam jihad..semoga hari ini lebih baik dari semalam..alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih memberikan kita ruang untuk menumpang di bumiNYA.. syukur kerana kita masih diberikan kerendahan hati dalam segala hal yang kita lakukan..tetapi tanpa kita sedar terkadang kita cuba menzahirkan kebaikan dek mahukan title "rendah hati."

semalam,perjalanan dari stesen komuter seremban ke stesen komuter ukm mengambil masa lebih kurang 45 minit..mata pun dah layu je..nagntuk nya masyaAllah.macam tak tidur semalaman..tiba-tiba, satu perbualan antara 2 orang makcik ni membuatkan mata jadi segar bungar..nak tergelak pun ada jugak :P
salah seorang makcik ni, menceritakan perihal kawannya..



makcik 1: hari tu, ada orang datang rumah aku nak kutip derma..untuk anak yatim katanya..mujurlah aku memang dah siap-siap packing baju-baju lama anak aku..aku bagi je mereka baju-baju tu..
makcik 2: ye ke kak!bagus lah akak ni..lagipun bagi kat anak-anak yatim..banyak pahala kita dapat..akak bagi baju je ke??
makcik1: (suaranya menjadi lebih bersemangat) eh kau ni!tak kan la aku nak bagi baju je..banyak lagi la yang aku bagi..tapi aku malas la nak cakap..nanti kata aku riak pulak..
makcik2: eleh yela akak tu..entah-entah akak bagi baju je tak?? (sambil senyum menyindir)
makcik1: ala kau ni..saja je tau nak suruh aku bagitau..aku bagi la duit derma sekali..derma ikhlas..(makcik tersebut terus tersenyum..mungkin sedang memikirkan betapa ikhlasnya beliau)
makcik2: yeke??berapa banyak akak derma??kalau setakat rm50 ke, rm 60 ke, saya tak heran sangat kak..(perli lagi..makcik ni asyik perli je..saya pun tak paham..)
makcik1:kau ni..tak kan la aku nak bagi banyak tu je..aku bagi rm500..(saya terkedu seketika)

 ayat dalam perbualan di atas telah diubah suai tetapi masih memberikan maksud yang sama..

memang segar bugar mata saya selepas dengar perbualan ni..makcik1 kata beliau ikhlas..ye mungkin asalnya beliau memang ikhlas..tapi dek kerana makcik2 yang asyik menyucuk ni tak pasal-pasal je makcik1 jadi riak..siap bagitau berapa beliau derma..mungkin beliau tak bermaksud nak bagitau tapi dek kerana dicabar, semua kebaikannya terserlah..kebaikan ni,walaupun disembunyikan tetap akan kelihatan..jadi kita tak perlu bersusah payah menceritakan kebaikan kita kepada orang lain..bukan sahaja boleh membawa kepada riak dan takabur tetapi juga membawa kepada ujub (bangga diri)..sebagai contoh makcik1..cuba kita menempatkan diri kita sebagai makcik1..mesti kita bangga je nak cerita kebaikan dan sifat dermawan kita tu pada orang lain kan..time syok-syok cerita tu,mesti terdetik dalam hati kita "rupa-rupanya aku ni ada sikap dermawan..tak sangka betul..bila dah cerita kat orang lain,baru aku sedar kelebihan diri aku." bila dah timbul perasaan-perasaan macam ni, di mana agaknya KEIKHLASAN itu diletakkan?? ikhlas atau tidak hati kita itu,Allah lah yang menilainya.memang mulut cakap ikhlas tapi dalam hati siapa tahu??


kisah yang diceritakan oleh makcik tadi membuatkan saya berfikir..susahnya kita nak mengIKHLASkan diri kita dalam melakukan sesuatu..inilah salah satu agenda syaitan..terus  menyesatkan manusia sehingga hari kiamat..BERWASPADALAH!!!

wallahua'lam~

7 comments:

Puan Nurussalwa said...

salam,
menariknya cerita ni..
hm..rasa riak tu sering timbul dalam hati2 yg kurang mengerti yg segala amalnya perlulah bertunjangkan keikhlasan semata-mata kerana Allah..
dan sesungguhnya segala puji dan syukur hanyalah milik Allah SWT..
sama2 kita menjaga hati agar tidak disinggahi sifat mazmumah yg dibenci Allah..

terima kasih atas perkongsian..
:)

SAYA said...

w'salam:D

syukran manna salwa..memang susah untuk ikhlaskan hati semata-mata kerana Allah..sebab tu la penting sangat untuk kita mendidik hati kita mulai sekarang..kalau ada yang sy tersalah,awk tegur la sy ye^^

terima ksh jd kawan sy(^_-)

Anonymous said...

betol betol. so, kesimpulannye, bila buat baik, xpayah heboh kat orang kan. senyap2 je sudah. yg penting ALLAH je tau. :)

Puan Nurussalwa said...

sama2.. ^_^
dan sama2 jugalah kita tegur-menegur n igt-mengingati..
terima kasih kembali ya sri..

SAYA said...

tayn: betul2:D kita tanamkan dalam hati bahawa "kita tak perlu terkenal di dunia tapi biarlah kita terkenal DI SANA." tapi memang susah nak mendidik hati ni..sma2lah kita berusaha^^

manna salwa: sama2^_^
seronok dapat kenal dgn awk:D

Anonymous said...

hehe. mari mari. :D

Puan Nurussalwa said...

^_^ seronok jg kenal dgn awk..