JellyPages.com

Sunday, March 28, 2010

kebingungan (o_O)

kita jadi bingung..semakin maju pembangunan negara, semakin banyak kemudahan, semakin rosak akhlak kita. kenapa ye??kita bukan sesiapa untuk memikirkan masalah negara tetapi kita berhak memikirkan soal umat Nabi Muhammad lantaran kita adalah khalifah di muka bumi ini..kita adalah pendakwah yang ditugaskan untuk meyebarkan ajaran Allah dan sunnah Rasulullah..apatah lagi selepas wafatnya Rasul kita yang terakhir..tanggungjawab itu berada di atas bahu kita..ye betul la tu..kamu la..kamu pun..dan kamu..

antara tanggungjawab yang gagal kita lakukan:

1) apa yang menyedihkan kita...tangan-tangan kita sendiri yang merosakkan alam..macam mane kita nak laksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim kalau kita sendiri pakai kain nampak betis??macam mana kita nak jalankan tanggungjawab tu, kalau kita sendiri pakai baju yang nipis yang berpakaian tapi sebenarnya telanjang??

"ewah-ewah,sedapnye mulut tu bercakap..walaupun aku macam ni tapi aku tak tinggal sembahyang tau. walaupun aku macam ni tapi hati aku baik.. cuba kau jangan nilai aku dari luaran aku je.."

eh, tak ke pelik tu..kenapa kita solat tapi hati kita masih tak mampu dibentuk??kita solat tapi kita masih buat perkara-perkara yang dilarang Allah S.W.T..terang-terang kaum hawa ni diwajibkan untuk menutup aurat tapi kita disalahkan pulak sebab nilai mereka dari luar..

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu. (Hadis Riwayat Muslim)

part ni lagi best..alasan ni digunakan untuk menerangkan pada kita supaya jangan nilai dari luaran tapi hati dan amalan..MasyaAllah..kat situ dah terang-terang bagi tau "...DAN AMALAN KAMU." kita amalkan tak perintah Allah??tepuk dada tanya iman..baik tu dah bagus dah..tapi kan lagi bagus kalau tutup aurat^^

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kita masih menjejaki suspek dalam kes pembuangan bayi itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan satu daripada tangannya bercerai dari badan akibat digigit anjing liar.(sumber:metro ahad)

2) dunia kita ni makin kejam..eh silap-silap..bukan dunia yang kejam tapi manusia yang kejam..bayi tu tak salah!! cuba kita pulak suruh anjing gigit tangan orang yang buang bayi tu..tengok cemana sakit nya dia rasa..bayi kecil yang tak berdosa,yang tempat sepatutnya adalah di dalam dakapan sang ibu....ya Allah,kenapa manusia semakin kejam..mana hilangnya perikemanusiaan??
hari-hari ada je kes buang bayi ni..kes samun la,kes rompak la..kes rogol la..yang lebih menyedihkan kebanyakan kes ini melibatkan orang melayu islam!
apa dah jadi ni??dah tak de tempat yang selamat sekarang ni..kes bunuh sana-sini..kekejaman berleluasa..ye inilah tanda-tanda kiamat..bersiap sediakah kita untuk menghadapinya??

"ya Allah,aku berlindung denganMU dari azab kubur dan azab api neraka..Dan aku berlindung denganMU dari fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung denganMU dari fitnah Dajjal."

amiin ya Rabbal 'alamin~

0 comments: